' Italic ' > suara hati Seokjin
'Bold Italic' > Suara hati Namjoon
•
•
Aku mula bangun dari tidur dalam keadaan saling tak tumpah seperti zombi. Mata aku tak mampu buka dengan seluasnya apabila aku kurang tidur malam tadi memikirkan suara yang datang entah dari mana.
Aku mula berjalan dan pergi ke arah bilik air dengan tak bermaya sekali lalu aku memandang cermin. "OH MY GOD!! NI RUPA AKU KE?!!"
Aku meraba² wajah aku.
Aku mengeluh panjang dan cuba membersihkan diri aku. 'Mana datang suara semalam tu? Menggerunkan la.'
Aku lihat gelang yang berada di tangan aku. Gelang tersebut mula tak berkelip. 'Mungkin halusinasi aku kot ingat gelang tu bernyawa.'
Sekali lagi aku memandang gelang tersebut dan seakan bernyawa semula. 'E-eh?!! Maknanya betul la gelang ni bernyawa!!'
Tiba² aku terdengar suara tersebut datang entah dari mana.
'Hmm... Dah bangun ye... Selamat pagi...'
Aku mula memandang sekeliling dalam bilik air tersebut. "Si-siapa tu?!"
"A-aku tanya siapa tu?!!"
Berulang² kali aku menyoal tapi tiada sahutan. Aku mula membayangkan di dalam rumah ni ada hantu. Dengan segera aku membersihkan diri dan bersiap² untuk pergi ke rumah Jimin.
'Eomma, Jin takut!'
'Jin nama kau. Selamat berkenalan! Nama aku Joon.'
Muka aku mula pucat lesu apabila orang yang bernama 'Joon' bercakap dengan aku melalui isi hati aku. Apabila aku telah bersiap, aku mula mencapai dompet, telefon bimbit serta kunci dan beredar keluar dari rumah.
•
•
•
•
•
Apabila tiba di apartment Jimin, aku mula menekan butang loceng berulang² kali agar Jimin membuka pintu dengan segera.
Setelah beberapa kali aku menekan butang loceng, akhirnya Jimin membuka pintu dalam keadaan mamai. Apabila pintu tersebut terbuka luas, aku masuk tanpa di jemput lalu menutup pintu dengan kuat.
Jimin yang tadi dalam keadaan mamai mula membuka mata dengan luas apabila aku menutup terlalu kuat. "Hyung, kenapa ni?"
"Ji-Jimin... Hy-hyung rasa ka-kat rumah hyung a-ada ha-hantu la!"
"Apa hyung merepek ni?"
Aku mengambil nafas akibat termengah² berlari tadi.
"Chim, kebelakangan ni ada orang dengar dan berkomunikasi dari isi hati hyung." Aku memandang Jimin.
YOU ARE READING
My Soulmate Voice | Namjin
FanfictionApa perasaan korang apabila ada orang tiba² boleh dengar dan berkomunikasi melalui isi hati korang...? . . . Mesti la terkejutkan? Begitu la yang terjadi pada Kim Seokjin seorang pelajar universiti Jurusan Perubatan telah terdengar dan berkomunikas...