Aku yang sedang sibuk fokus untuk menyiapkan mixtape mula duduk menyandar akibat kepenatan disebabkan aku keletihan duduk beberapa jam di studio. Headphone masih lagi setia berada di leher aku lalu memejamkan mata seketika.
Tiba² sepasang tangan mula memaut leher aku dari belakang dengan pantas aku membuka mata tersebut dan mendongak memandang siapa empunya tangan tersebut. Pandangan mata aku mula dingin memandang wajah perempuan yang dah melukai perasaan aku beberapa bulan yang lalu.
"Hai Joonie sayang!" aku memandangnya tanpa perasaan. Seketika kemudian bibir aku terukir senyuman yang tiada keikhlasan.
"Hai juga Irene!"
Aku menepis tangan yang masih memaut leher aku lalu memusing kerusi tersebut dan memandang Irene yang berada di depan mata aku. "What do you want from me...?" senyuman yang terukir di bibir aku sebentar tadi mula pudar, yang ada cuma pandangan dingin terhadap Irene.
"Jangan la macam ni Joonie~ Saya tahu awak bukan seorang yang dingin~ dan saya juga tahu yang awak masih sayangkan saya lagi. I also love you babe."
Aku mengangkat kening dan memandang Irene dengan pandangan tak percaya. "Aku tak perlu cinta palsu kau tu."
"But-" belum sempat Irene menghabiskan kata²nya, aku dengan segera bangun dari kerusi dan menarik tangan Irene lalu bawa ke arah pintu bilik studio serta menolaknya keluar.
Sebelum aku ingin menutup pintu bilik studio aku, sekali lagi aku memandang Irene dengan dingin dan memusing bebola mata. "Untuk pengetahuan kau, aku menyesal kenal dan jadikan kau girlfriend aku! Lagi satu cinta aku pada kau dah lama mati!"
Aku menutup pintu dengan kasar sekali lalu mengunci pintu bilik tersebut.
Bam!!! Bam!!! Bam!!!
"YAH KIM NAMJOON!!"
Bam!!! Bam!!! Bam!!!
"KIM NAMJOON!! AWAK DENGAR SINI!!"
"Cinta kita takkan berakhir di sini je Kim Namjoon! Awak dengar tu?!"
Kata²nya sedikit pun tak masuk dalam ingatan aku dan hanya membuat tak endah lalu aku menyambung mendengar mixtape tersebut.
'Ingat aku heran sangat! Pergi mati la perempuan tak guna!'
- x - x -
Setelah sekian lama aku menghadap komputer yang berada di depan aku lalu aku memusing kerusi dan terkejut apabila ternampak kelibat dua orang namja yang sedang duduk bermain kad.
"Yah Yo-yoongi hyung! Hoseok! Ma-macam mana korang berdua masuk studio aku?!"
Pertanyaan aku tak dijawab dan mata aku mula tekun melihat sesuatu yang Yoongi angkat berbunyi tanpa memandang aku.
🔑
Kchinggg! Kchinggg!
🔑
"Aku kan ada kunci spare studio masing². Mana IQ 148 kau tu? Kau sendiri yang bagi cadangan ada kunci spare senang kalau ada yang kunci bilik masing² atau nak discuss."
YOU ARE READING
My Soulmate Voice | Namjin
FanfictionApa perasaan korang apabila ada orang tiba² boleh dengar dan berkomunikasi melalui isi hati korang...? . . . Mesti la terkejutkan? Begitu la yang terjadi pada Kim Seokjin seorang pelajar universiti Jurusan Perubatan telah terdengar dan berkomunikas...