"Ikut pergi mana? Apa apa pun, kitaorang nak panggil awak apa?" Tanya Eunkyo. Jangan pelik yer. Si Eunkyo ni memang jenis banyak tanya.
Mereka bertiga terhenti disebabkan soalan dari Eunkyo tu.
"Ouhh, saya tak kenalkan diri saya lagi yer." Eunkyo dan Jikyung menggeleng menandakan dia tidak memperkenalkan dirinya lagi.
"Maafkan saya. Nama saya Lee Joonyoung. Saya merupakan senior korang dan juga pengawas yang ditugaskan untuk mengambil pelajar baru masuk ke Heroes Highschool ni." Jelas orang itu. Dia juga memberitahu tugasnya di sekolah itu.
Eunkyo dan Jikyung mengangguk serentak, faham dengan penerangan Joonyoung itu.
"Dahlah. Jom sambung berjalan. Nanti lambat pula korang nak dengar taklimat penting dari pengetua." Kata Joonyoung. Mereka bertiga pun menyambung perjalanan mereka.
Tapi dalam kepala Eunkyo, dia tertanya tanya. Kenapa Joonyoung tak guna gelang tadi? Bukan lagi cepat sampai ke?
Beberapa minit kemudian, mereka bertiga akhirnya sampai juga ke bilik dimana taklimat dari pengetua akan berlangsung.
"Saya tinggalkan kamu berdua di bilik ini dulu ya. Untuk pengetahuan korang, nama bilik ni ialah bilik Diamond League." Jelas Joonyoung sebelum meninggalkan Eunkyo dan Jikyung.
"Baik. Kamsahamida Joonyoung sunbaenim." Kata mereka berdua, serentak berterima kasih pada senior mereka kerana telah membawa mereka sampai ke bilik taklimat.
"Nae."
Joonyoung pun beredar dari bilik taklimat yang dinamakan Diamond League itu.
Jikyung membukakan pintu untuk memudahkan Eunkyo masuk ke dalam.
"Gomawo Kyung." Jikyung tersenyum apabila Eunkyo berterima kasih padanya. Selepas Eunkyo masuk ke dalam, Jikyung pula melangkah masuk lalu menutup pintu bilik itu semula.
Kelihatan ramai pelajar di bilik itu yang memerhatikan mereka berdua yang baru saja masuk.
"Ramai juga ye pelajar baru di Heroes Highschool." Kata Jikyung dengan keadaan sedikit berbisik pada Eunkyo. Eunkyo membalasnya hanya dengan anggukan.
"Choi Eunkyo dan Im Jikyung, selamat datang ke bilik taklimat Diamond League. Sila ambil tempat duduk awak berdua." Tegur pengetua Heroes Highschool.
Eunkyo pun duduk disebelah seorang pelajar perempuan yang juga merupakan pelajar baru disitu.
"Annyeong, Choi Eunkyo imnida. Selamat berkenalan." Tegur Eunkyo pada pelajar perempuan yang berada disebelahnya itu.
"Annyeong, Jung Mina imnida. Selamat berkenalan juga, Eunkyo." Mereka berdua pun bersalam menandakan salam perkenalan mereka berdua.
YOU ARE READING
⤬ Heroes Highschool S1 : Heroes Born [Applyfic]
RandomSTATUS : CLOSED , HIATUS Heroes Highschool, sekolah dimana pelajar pelajar disana merupakan pelajar yang mempunyai kuasa magis yang luar biasa. × Tetiba nak buat AF lagi lah × Start : 130420 × End : XXXX