"Pelajar tingkatan 1, sila beratur di sebelah kiri saya diikuti dengan tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan akhir sekali tingkatan 5."
Arah pengawas perempuan itu. Nasib baiklah bilik taklimat itu besar. Muatlah pelajar pelajar baru disitu.
"Sebelum kita mulakan, mari saya memperkenalkan diri saya. Saya ketua pengawas Heroes Highschool ni dan kamu semua boleh panggil saya Sangra. Selamat berkenalan."
(Adik aku jadi sunbaenim aku tho 😂)
Pengawas itu sempat memperkenalkan dirinya sebelum membahagikan pelajar pelajar baru itu ke kelas masing masing.
Selesai mengasingkan pelajar mengikut tingkatan, kini pembahagian kelas bermula.
"Di sekolah kita ni, terdapat 4 kelas, iaitu Topaz Widow, Emerald Hawk, Emethyst Strange dan Sapphire Marvell. Jadi, saya akan bahagikan korang di antara 4 kelas itu. Kita mulakan dengan tingkatan 1."
Terang Sangra lagi. Sebagai ketua pengawas, dia perlu menerangkan segalanya mengenai Heroes Highschool ini.
"Baik, sila dengar dengan baik baik ya. Saya mula dengan tingkatan 1 dulu. Cho Minjung, kelas Sapphire Marvell. Song Yungi, kelas Topaz Widow dan Jeong Gunho, kelas Emethyst Strange."
"Tingkatan 2 pula, nasib baik tingkatan 2, ada 2 orang sahaja. Harry June, kelas Emethyst Strange dan Park Hwaseong, kelas Emerald Hawk."
"Ouhh...tingkatan 3 untuk tahun ni ada sorang je. Ahn Chaeriel, awak ke kelas Topaz Widow. Baik, kita teruskan ke tingkatan 4 ye. Kim Jennie, kelas Sapphire Marvell. Jung Woosan, kelas Emethyst Strange dan Yugi Amane serta Yugi Tsukasa, kelas Emerald Hawk."
"Kita beralih pula ke tingkatan 5. Choi Eunkyo, Jung Mina dan Im Jikyung, kamu bertiga kelas Topaz Widow. Jung Hanyoo, Yoon Jaesung dan Choi Eunra, kamu bertiga pula kelas Sapphire Marvell."
"Itu sahaja untuk harini. Kamu semua dah boleh tukar baju dan ke kelas masing masing. Gunakan manik gelang itu untuk pergi ke kelas korang. Baik, sila bersurai."
Sangra si ketua pengawas mengingatkan semula kesemua pelajar baru itu. Mereka pun keluar dari bilik taklimat Diamond League.
+☆+☆+☆
Selesai menukar pakaian, Eunkyo saja menunggu Mina di luar tandas. Sambil menunggu, Eunkyo memakai lencana yang diberikan bersama dengan pakaian seragam dan gelang itu.
"Woahhh!" Sebaik sahaja Eunkyo memakai lencana itu, satu lambang api dan haba kelihatan.
"Eunkyo, tak sangkakan kita sekelas. Adakah ini dinamakan jodoh?" Tegur Jikyung yang baru sahaja keluar dari tandas lelaki.
"Jodoh kepala kau. Apa yang kau maksudkan dengan 'tak sangka'? Padahal kau dah tau kan yang kau sekelas dengan aku. Ingat aku tak nampak ke apa yang kau buat masa Sangra sunbaenim umumkan kelas kita tu." Bebel Eunkyo, langsung tidak memandang ke arah Jikyung yang berada disebelahnya.
Jikyung tersengih dan mengusap belakang lehernya. Eunkyo ni tau tau jer.
"Eunkyo, jom. Eh? Ni siapa? Pakwe kau ke?" Akhirnya, Mina keluar juga dari tandas. Dia masih tidak memakai lencananya itu.
"Ehh memang taklah. Dia ni sepupu aku je. Tak lebih dari tu." Balas Eunkyo, sempat dia menjeling ke arah Jikyung. Dia tau yang Jikyung tengah sengih sengih disebelahnya.
"Dahlah, jom gerak. Nanti lambat pula masuk kelas." Eunkyo sukarela mencabutkan sebutir manik gelangnya lalu mencampakkan ke lantai. Satu bulatan besar muncul.
Eunkyo, Mina dan Jikyung kini berada di hadapan kelas Topaz Widow.
"Kyung, kau pergilah ketuk pintu." Arah Eunkyo. Mina mengangguk setuju memandangkan Jikyung je lelaki antara mereka berempat.
"Yerlah. Sebab aku sayang kau, aku buat."
(Jangan ingat aku menggedik eh. Dah kat form Jie kata Eunkyo tu crush Jikyung. Aku buat jerlah.)
Ttok ttok ttok
Jikyung mengetuk pintu kelas Jade Widow. Kelihatan seorang guru membuka pintu kelas itu.
"Ouhh, kamu bertiga ni pelajar baru tu kan? Ha silakan masuk." Guru itu mempelawa Mina, Eunkyo dan Jikyung masuk ke dalam kelas Topaz Widow.
Masuk sahaja mereka bertiga ke dalam kelas. Banyak mata yang memandang ke arah mereka. Ada juga yang berbisik bisik.
"Baiklah kelas, kita ada 3 orang pelajar baru. Sila kenalkan diri kamu bertiga." Arah guru tersebut.
"Annyeong Jung Mina imnida. Selamat berkenalan semua."
"Annyeong Choi Eunkyo imnida."
"Annyeong. Nama diberi Im Jikyung. Selamat berkenalan anda anda semua."
Mereka bertiga memperkenalkan diri mereka dihadapan kelas.
"Baiklah, Eunkyo, Mina dan Jikyung, kamu boleh duduk di tempat yang masih kosong yer." Kata guru itu. Mereka bertiga pun duduk ditempat yang masih kosong.
"Aku nak duduk sebelah kau boleh Eunkyo? Alang alang ada 3 tempat kosong kat belakang tu. Nanti Mina duduklah dengan pelajar lelaki tu, kau pula duduk dengan aku."
Eunkyo menjeling Jikyung. Ada ada je idea dia nak rapat dengan Eunkyo.
"Takyah nak menggedik. Kau duduk jer sebelah lelaki tu." Kata Eunkyo jujur lalu dia menyimpulkan lengannya dengan lengan Mina dan menariknya ditempat duduk yang masih kosong.
Jikyung berjalan lemah longlai ke arah lelaki yang akan jadi tablemate dia tu.
"Susah betullah Eunkyo tu." Monolog Jikyung sambil berjalan ke arah tempat duduknya.
+☆+☆+☆
Maaf kalau nama kelas buruk hikss. Aku ambik dari nama gemstone + nama karakter avengers.
Topaz Widow
Emerald Hawk
Emethyst Strange
Sapphire Marvell+☆+☆+☆
NEXT : F O U R
![](https://img.wattpad.com/cover/220307668-288-k437719.jpg)
YOU ARE READING
⤬ Heroes Highschool S1 : Heroes Born [Applyfic]
De TodoSTATUS : CLOSED , HIATUS Heroes Highschool, sekolah dimana pelajar pelajar disana merupakan pelajar yang mempunyai kuasa magis yang luar biasa. × Tetiba nak buat AF lagi lah × Start : 130420 × End : XXXX