HIGHSCHOOL OF SEOUL
Kantin sekolahKelihatan seorang pelajar perempuan sedang mencari meja makan di kantin yang penuh dengan pelajar pelajar sekolah tu.
"Aku nak duduk mana ni?" Tanyanya pada diri sendiri. Kedua dua belah tangannya kelihatan penuh.
Tangan belah kanan memegang bekal yang dia bawak dari rumah manakala tangan belah kiri pula memegang cawan minuman yang baru saja dia beli di kantin.
Cari punya cari meja makan yang masih kosong di kantin tu, akhirnya dia terjumpa juga satu meja makan yang tiada sesiapa disitu.
"Kenapa meja makan ni kosong? Hurmm takpelah. Aku duduk jerlah kat sini."
Dia pun melabuhkan punggungnya di atas bangku kantin itu. Kemudian, dia membuka penutup bekal makanannya.
"Alahh tak bestlah makan nasi goreng kimchi sejuk sejuk. Meh aku panaskan." Pelajar itu memegang bekal makannya lalu ada haba keluar dari tapak tangannya.
"Panas panaslah baru sedap." Sambungnya lalu dia menyuapkan sesudu nasi goreng kimchi ke dalam mulutnya.
Semasa syok dia menikmati makannya, 5 orang pelajar perempuan yang lain menuju ke arahnya.
"Woi Eunkyo. Apa kau buat kat meja kitaorang?" Tegur queenka di sekolah itu yang menggelar diri mereka sebagai ITZY.
"Aku tengah makanlah. Takkan membuang pula kat sini." Balas pelajar yang bernama Choi Eunkyo itu.
Ketua ITZY iaitu, Hwang Yeji memandang kawannya secara bergilir gilir dan memberi satu isyarat pada kawan kawannya.
"Blah kau dari sini." Ryujin mengambil tindakan dengan melemparkan bekal Eunkyo yang masih dipenuhi dengan nasi goreng kimchi.
Eunkyo terdiam. Tetiba, aura api mengelilingi badannya. Matanya juga bertukar menjadi merah dan berapi.
Eunkyo bangun dari duduknya lalu memandang 5 queenka itu dengan pandangan yang penuh dendam.
"Berani kau lempar bekal makanan aku! Kau tau tak membazir! Baik kau pergi dari sini sebelum aku bakar korang hidup hidup!" Marah Eunkyo.
5 queenka itu pandang antara satu sama lain.
"Berani kau lawan cakap queenka yer. Mari sini kau!" Luna memegang lengan Eunkyo tapu disebabkan aura api yang mengeliling badannya, Luna menarik semula tangannya.
"Aucchh panas." Adu Luna, kepanasan. Eunkyo tersenyum nipis.
"Itu baru sikit, Luna. Mari sini aku bakar korang pula." Eunkyo datang menghampiri kelima lima queenka itu.
Satu api kecil keluar melalui tapak tangan Eunkyo. ITZY dah kebelakang, ketakutan.
"Cikgu, cikgu. Kat sana." Jerit seorang murid yang berada di kantin itu. Dia telah memanggil cikgu sebelum masalah ini lagi teruk.
Aura api yang mengelilingi Eunkyo tadi, kini sudah reda apabila kelihatan cikgu Lee berada di kantin.
"Apa yang berlaku sebenarnya ni? ITZY, korang buli pelajar lagi ke?" Tanya cikgu Lee pada ITZY sambil bercekak pinggang.
"Yer cikgu. Dio-" Tak sempat Eunkyo habiskan ayat dia, Lia dah menyampuk.
"Mana ada cikgu. Eunkyo tu yang tetiba nak marah kat kitaorang. Kitaorang tak buat apa apa pun." Sampuk Lia lalu menyorok di belakang cikgu Lee.
Pandangan cikgu Lee yang mulanya pada ITZY, kini bertukar ke arah Eunkyo.
"Eunkyo, cikgu nak kamu jumpa dengan pengetua sekarang." Arah cikgu Lee. Eunkyo terpaksa akur.
Dia pun menuju ke pejabat pengetua seperti yang diarahkan oleh cikgu Lee sambil itu, dia bermonolog sendiri.
"Tak guna punya ITZY. Diorang yang kacau aku, aku juga yang kena." Monolog Eunkyo sorang diri.
+☆+☆+☆
An another applyfic by
S A N S H I B E R -
+☆+☆+☆
Special tags ❤
aimimia ryntz_ woosanperiodt- byunbaekhyuniee04 whiteprinceruki_ SAVAGE_MINGI HayunShiber yeosyi8 jiemeow -yeolllie woosan_hyun woon_cloudTags 👉
+☆+☆+☆
NEXT : INTRO PT2
YOU ARE READING
⤬ Heroes Highschool S1 : Heroes Born [Applyfic]
De TodoSTATUS : CLOSED , HIATUS Heroes Highschool, sekolah dimana pelajar pelajar disana merupakan pelajar yang mempunyai kuasa magis yang luar biasa. × Tetiba nak buat AF lagi lah × Start : 130420 × End : XXXX