bab 1

673 19 0
                                    

“Haa! Kenapa kau termenung ni?” sergah Sarah yang aku sendiri tidak tahu sejak bila dia mucul.

“Ishh kau ni terkejut aku lah” marahku pada Sarah

“Ok sorry lah. Asal kau asik termenung je dari tadi?” soal Sarah kepada aku dan terus saja dia mengambil tempat di sebelah aku untuk mendengar cerita aku.

“Mak aku kat kampung dia nak aku kahwin dengan anak ketua kampung aku” jawab aku dengan keluhan di akhir ayat aku.

“Serius? Baguslah ! Aku pun dah lama mengindam nasi minyak kau” sambil ketawa kegembiraan. Aku tidak tahu sama ada dia gembira atau sengaja mahu mengusik aku. haihh nasiblah ada kawan macam ni.

“Kau ni aku serius lah ni!” marah aku. Bengang sungguh aku dengan sikap Sarah yang tidak pernah serius dengan apa yang aku cakapkan. 

“Alaa... Janganlah marah. Aku bergurau je tadi. Apa yang kau risau? Kahwin jelah” cadang Sarah.

“Masalahnya aku tak suka dia!” aku betul-betul tidak suka dengan anak lelaki Pak Mail, Haikal Danial. Bukannya sebab dia tu penanggih dadah atau perogol bersiri tetapi sejak aku dibangku sekolah lagi dia suka sangat mengusik aku. Aku sering menjadi bahan lawaknya. Pernah sekali dia mengusik aku dengan menakutkan aku dengan kumbang sehinggakan aku terjatuh dan kain aku koyak hampir ke paras lutut. Masa itu aku berada di tingkatan 4 dan dia pula di tingkatan 5. Selepas kejadian yang memalukan itu aku terus berjanji pada diri aku untuk tidak memaafkan kesalahan dia. Sejak hari itu juga aku tidak lagi berjumpa dengan Haikal Danial. Aku ada juga ada mendengar khabar yang dia sudah melanjutkan pelajarannya ke Jordan selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Kata ibu aku dia menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan. Baru aku tahu budak ‘senget’ ni nak jadi doktor rupanya.

“Kenapa kau tak suka dia? Dia buruk ke?” soal Sarah dengan penuh berminat untuk mengetahui bakal suami aku. Ehh? Bakal suami ke? Ishh aku tak nak kahwin dengan dia!

“Dia tu tak lah buruk. Biasa je” jawab aku endah tak endah je. Haikal Danial bukanlah buruk mana pun. Dia memiliki paras rupa yang tampan dan tinggi orangnya. Senang cerita dia memiliki kesemua ciri-ciri lelaki idaman Malaya. Waktu di sekolah dulu dia menjadi lelaki kegilaan ramai gadis pada waktu itu. Tidak hairanlah kalau dia sering kali mendapat hadiah pada sambutan hari kekasih. Tapi bukankah menyambut hari kekasih itu haram? Setahu aku juga Haikal Danial tidak pernah melayan gadis-gadis di sekolah kami dahulu. Katanya lebih senang dengan kehidupan single nya itu.

“Haa ‘biasalah tu’ masih ada rupa lah kan? So kau nak takut apa? Kahwin je lah. Ke dia dah ada yang punya? Nama dia siapa?” tanya Sarah dengan soaln yang bertubi-tubi. Minah ni kalau bab-bab kahwin ni cepat betul sel-sel otak dia berhubung.

“Memanglah ada rupa tapi aku tak suka dia lah. Dia suka usik aku dulu masa sekolah. Mak aku ada cakap yang dia masih single. Tapi itu bukan alasan untuk aku kahwin dengan dia. Hmmm... nama dia Haikal Danial”

“Alaaa.. come on lah Adriana Marina, takkan sebab masa silam kau tak nak kahwin kot? Itukan masa dia kecik. Entah belum mumayiz lagi. Itu sebab perangai macam budak-budak suka mengusik. Aku dengar nama dia je aku dah tau dia tu mesti handsome ala-ala Justin Timberlake gitu” tersengih-sengih Sarah menyatakan ke-handsome-man Haikal Danial sambil menunjukkan aksi gediknya.

“Kau ni tergedik-gedik ni kenapa? Aku kahwinkan jugak kau dengan mamat ni karang” ugutku pada Sarah.

“Kau gila?! Ikutkan hati nak je aku kahwin dengan Mr Haikal Danial tapi mana aku nak campak pakwe aku tu?” soal Sarah pada aku. “Dahlah Puan Adriana Marina, saya nak mandi dulu. Awak tu pun pergilah mandi kang apa pulak kata Encik Haikal Danial yang ‘bakal isteri’nya ni tak suka mandi macam kambing” sambil menekankan ayat ‘bakal isteri’ itu kepada aku. tanpa berfikir panjang aku terus melemparkan bantal kepada Sarah.

PyschoWhere stories live. Discover now