“Banyaknya mama masak malam ni. Ada oarang nak datang ke?” soal ku curiga. Pelik aku kenapa mama masak banyak sangat sedangkan di rumah cuma kami empat beranak saja. Dah tu aku tengok semua lauk ni bukan main lagi istemewanya.
“Memang kita ada tetamu malam ni. Haa kamu jangan lupa bersiap cantik-cantik” ujar mama yang masih lagi sibuk menyiapkan hidangan makan malam kami.
“Siapa nak datang, mama?” sambil menolong mama memotong timun untuk hidangan nasi ayam.
“Keluarga bakal mentua kamu lah. Haa Haikal pun ada sekali nanti”
Tersedak aku dengan ucapan mama tadi. Haikal nak datang? Aduhh kenapa time-time macam ni lah dia nak datang? Tak tahu ke mama yang petang tadi aku bergaduh dengan dia? Malas betul aku nak menghadap muka dia.
“Haaa apa yang kamu menungkan tu? Pergilah bersiap. Lepas maghrib nanti mereka sampai” ujar mama yang meninggikan sedikit suaranya untuk menyuruh aku bersiap. Aku tahu aku tak ada pilihan lain selain mendengar arahan mama tadi.
***
Malam ini aku hanya mengenakan baju kurung bercorak bunga kecil berwarna merah jambu dan tudung satin yang aku beli di instagram. Zaman sekarang ni semua orang beli di atas talian saja termasuklah kuih-muih, baju, kasut dan sebaginya. Mudah. Itulah alasan yang sering kali aku dengar mengapa orang ramai membeli barang di atas talian. Walhal ada sesetengah barang itu mereka boleh mendapatkan harga yang lebih murah di kedai-kedai berbanding di atas talian.
‘knock knock’ ketutkan pintu yang jelas kedengaran.
“Akak cepatlah siap. Dia orang dah sampai tu” ujar Miza dari luar bilik ku. Kenapalah hati aku berdebar-debar ni? Tenang Ina. Jangan kalut sangat.
“Ye ye ye! Akak nak keluar lah ni” ujar ku separa menjerit.
Dengan lemah lembuh aku melangkah keluar ke ruang tamu kami. Aku hanya tertunduk malu apabila aku perasan banyak mata yang memadang ke arahku tanpa berkelip. Ya! Orang tu termasuklah Haikal Danial. Aku pakai tudung senget ke? Make up aku buruk ke? Setahu aku aku hanya mengenakan make up yang tipis saja.
“Wah! Cantiknya Ina malam ni” puji Mak salmah
Aku hanya membalas dengan senyuman saja.
“Amboi Haikal tak berkelip mata kamu mak cik tengok. Dah jatuh hati ke?” usik mama kepada Haikal. Ishh mama ni. Mana ada dia nak jatuh hati pada aku. Aku ni tak ada ciri-ciri wanita idaman dia. Haikal terus mengalihkan padangannya apabila diusik begitu oleh mama. Malu lah tu. Hehe.
“Eh dah lah. Jom kita ke dapur. Mak Cik dah siapkan makanan” jemput mama kepada tetamu kami.
Di meja makan aku dan Haikal lebih selesa mendiamkan diri dan menikmati hidangan kami. Ahli keluargaku dan Haikal saja yang rancak berbual. Kadang-kadang mereka ada juga mengusik aku dengan Haikal tapi kami masih lagi memilih untuk mendiamkan diri.
“Eh Haikal jemputlah tambah nasi lagi” pelawa mama kepada Haikal. Haikal yang sedari tadi terlalu fokus pada makanannya sedikit terkejut apabila disapa mama.
“Ehh tak apa lah cik, Haikal pun dah kenyang” balas Haikal.
“Ehh apa pula kenyangnya? Cik tengok Haikal makan sikit je. Haaa Ina amikkan Haikal nasi” ujar mama yang menepuk sedikit bahu ku. Kenapa pula aku? dia ni tak ada tangan ke? Tanpa banyak soal aku hanya menurut kata-kata mama. Semasa aku cuba meletakkan nasi di pinggan Haikal tanpa sengaja aku telah terlanggar air yang berada di hadapan Haikal. Habis basah baju Haikal.
YOU ARE READING
Pyscho
RomanceAdriana Marina terpaksa berkahwin dengan Haikal Danial atas kehendak keluarga. Adriana Marina atau Ina tidak pernah suka dengan perkahwinan yang dirancang keluarga tapi demi kebahagiaan mama dan papa Ina sanggup memperjudikan masa depannya dengan o...