Haikal sedang bersiap-siap untuk pulang ke Johor Bahru pagi ini. Sudah berkali-kali Mak Salmah memujuk agar Haikal tinggal lebih lama lagi di kampung tapi Haikal enggan berbuat demikian. Katanya banyak kerja di klinik. Mak Salmah akur dengan keputusan Haikal. Dia sedia maklum yang anaknya ini seorang yang berpendirian.
“Haikal nak balik pukul berapa ni?” soal Mak Salmah yang masih menyediakan hidangan untuk sarapan pagi mereka.
“Haikal ingat lepas sarapan nak terus balik” ujar Haikal yang baru saja keluar dari bilik air.
“Awalnya... JB tu bukan jauh mana pun. Balik lepas zohor lah” saran Mak Salmah
“Tapi mak....”
“Tak ada tapi tapi. Mak dah beli barang nak masakan untuk kamu” potong Mak Salmah. Haikal menjadi serba salah untuk pulang pagi itu. Takkan dia sanggup melihat emaknya sedih dengan sikapnya itu. Jadi Haikal telah membuat keputusan untuk pulang selepas solat zohor.
Selepas saja sarapan pagi tadi aku terus melabuhkan punggung di hadapan tv. Zaman sekarang ni banyak betul cerita kahwin paksa ni. Tak sangka aku drama,novel kini terjadi dalam hidupku. Tapi pengakhiran novel biasanya happy ending. Boleh ke aku bahagia dengan Haikal? Bolehkah hubungan kami ini berakhir dengan kebahagian? Itulah persoalan yang sering bermain di benak fikiran ku.
“Ina!” jerit mama di dapur. Jeritan itu yang aku rase satu taman kami boleh dengar. Aku tidak terus menyahut panggilan mama itu tetapi terus menuju ke dapur untuk melihat apa yang terjadi.
“Kenapa ma? Kenapa jerit-jerit ni?” soalku
“Nanti tengah hari kamu pergi hantar kuih pada Haikal” arah mama.
“Kenapa pulak nak kena hantar kuih? Eiii tak nak lah”
“Bertuah punya anak. Cubalah belajar pikat hati Haikal tu” ujar mama sambil menghadiahkan aku satu pukulan di lengan kanan ku. Sakit
“Yelah.. yelah.. nanti Ina hantar” kata ku yang sedikit tidak puas hati dengan sikap mama. Asik Haikal.. Haikal.. Haikal.. agaknya mama yang dah jatuh hati dengan Haikal tapi aku yang jadi mangsa kena kahwin dengan dia.
Berat langkahku untuk pergi ke rumah Haikal. Nak balik tu balik je lah. Tak payah susahkan aku. setibanya aku di hadapaan rumah Haikal aku lihat kereta BMW berwarna hitam miliknya masih lagi di halaman rumahnya.
“Assalamualaikum” aku memberi salam kepada seisi keluarga di rumah itu
“Waalaikumusalam” suatu suara garau yang menyahut panggilan ku
“Ina buat apa datang sini?” tanya Haikal dengan membawa beg pakainnya untuk dimasukkan ke dalam perut kereta mewahnya.
“Ina ada bawah kuih sikit. Mama suruh Ina bagi kat Haikal” balasku dengan menghulur bekas yang berisi kuih itu.
“Terima kasih. Haritu pun Ina ada hantar kuih juga kan? Siapa buat?” soal Haikal dan bekas kuih tadi pun sudah beralih tangan.
“Mama yang masak Ina pun ada tolong sikit” balasku.
“Patutlah tak sedap sangat. Kalau Ina tak tolong mungkin kuih tu lagi sedap agaknya” ujar Haikal dengan muka selamba badak je lalu terus ke keretanya untuk memasukkan barang-barang tadi. Geram betul aku dengan sikapnya itu. Nasib lah ni kat rumah kau. Kalau tak harini kau makan kasut saiz 6 harini.
“Awak! Bak sini kuih tu” pinta ku sambil menghulurkan kedua-dua tangan. Haikal jelas terkejut dengan tindakan ku.
“Ehh! Kenapa pula nak ambil balik?” soal Haikal yang sedikit hairan dengan tindakan ku.
“Awak kata kuih haritu tak sedap sebab saya tolong. Kuih yang saya bagi tu pun saya ada tolong buat juga. So, mesti tak sedap. Jadi bagi balik kuih tu” ujarku
“Ehh.. tak boleh.. tak boleh.. awak dah bagi saya lepas tu nak ambil balik. Buruk siku lah” pantas Haikal memasukkan kuih tersebut ke dalam kereta. Takutlah tu kena ambil balik. Kau juga kata tak sedap.
“Ehh Ina ada kat sini ke?” tegur suatu suara yang amat aku kenali. Ya itu suara Mak Salmah.
“Aah. Ina datang nak hantar kuih kat Haikal. Mama suruh sebab dia nak balik harini kan?” balas ku sambil tersenyum manis ke arah wajah tua itu.
“Ouhh kuih? Haikal suka betul kuih yang kamu bagi haritu. Sampaikan dia merajuk dengan Pak Mail sebab pak cik kamu tu habiskan kuih tu” jelas Mak Salmah pada ku. Haikal sedari tadi asik berdiri saja terus berubah air mukanya. Kau ni nak puji aku tu puji je lah. Tak payah malu-malu macam bapok.
“Mak ni....” adu Haikal. Aku tau kau malu kan? Haha.
“Apa? Betul lah tu mak cakap” balas Mak Salmah.
“Apa-apalah mak Haikal gerak dulu. Nanti sampai lambat.” Terus saja Haikal menyalam Mak Salmah. Tidak lama kemudian Pak Mail juga turun untuk bersalaman dengan anak lelaki dia.
“Bawak kereta tu elok-elok. Jangan terburu-buru. Doa tu jangan lupa” pesan Pak Mail.
“Ya yah.. Haikal ingat pesan ayah tu” balas Haikal.
Aku yang berdiri di sebelah Mak Salmah itu hanya mendiamkan diri menyasikkan mereka anak-beranak. Bahagia. Itu saja yang mampu aku katakan.
“Kenapa awak diam macam patung cendana je? Tak nak wish apa-apa ke sebelum saya pergi ni?” soal Haikal. Aku yang terkejut dengan sapaan Haikal itu menjadi buntu dengan soalannya.
“Ahhh?” soalku blur. Pak Mail dan Mak Salmah hanya tersenyum dengan adegan yang tengah kami lakukan ini.
“Tak nak cakap apa-apa ke sebelum saya balik ni?” soalnya lagi untuk kali yang kedua dengan senyuman di bibir. Aku tahu dia pasti mengejek aku dalam hati tu.
“Ahh.. ahhh ye.. awak hati-hatilah memandu” ujarku.
“Tu je ke?” soalnya lagi.
“Habis apa lagi?” tanyaku kembali
“Alaaa cakaplah I love you ke apa ke...” balas Haikal dengan senyuman yang penuh makna.
“Ish kamu ni dah-dah lah menyakat Ina tu. Habis merah muka dia ayah tengok” ujar Pak Mail. Terus meletus gelak tawa dari mereka anak beranak.
“Haikal gurau je... dah dia suka sangat buli Haikal bila tak ada orang” balas Haikal.
“Ok lah Haikal balik dulu. Bye sayang” ujar Haikal kepada ku. Pak Mail dan Mak Salmah hanya tersenyum memerhatikan tingkah laku Haikal. Serius aku malu. Dia ni suka dera aku macam ni. Selepas itu aku terus menyasikan kereta BMW milik Haikal yang berlalu pergi dari halaman rumah sehingga hilang dari pandangan mata.
p/s : thanks sebab sudi meluangkan masa anda untuk membaca. Sorry sebab bab kali ini agak pendek. Saya akan update lagi untuk next bab. tq !
YOU ARE READING
Pyscho
RomanceAdriana Marina terpaksa berkahwin dengan Haikal Danial atas kehendak keluarga. Adriana Marina atau Ina tidak pernah suka dengan perkahwinan yang dirancang keluarga tapi demi kebahagiaan mama dan papa Ina sanggup memperjudikan masa depannya dengan o...