Bab 2

426 18 0
                                    

Aku melipat baju-baju untuk di bawa pulang ke kampung halaman esok. Berat sungguh hati aku untuk pulang ke kampung. Mama menelefon aku semalam menyuruh aku pulang ke kampung untuk membincangkan hal perkahwinan aku dengan Haikal. Ikutkan hati mahu saja aku lari ke negara orang asalkan aku tidak perlu berkahwin dengan Haikal. Terngiang-ngiang aku apa yang mama katakan semalam, “Ina jangan kecewakan mama dan papa ya?”. Itulah ayat dia. Hati aku ni selembut sutera mana mungkin aku sakiti hati mama dan papa. Tapi jika dituriti aku seperti memperjudikan masa depan aku. Haihhh.... nak ditelan mati mak nak diluah mati bapak. Aku tak ada pilihan lain selain balik ke kampung esok.

“Kau balik pukul berapa esok?” tanya Sarah yang tiba-tiba saja muncul. Dia ni agaknya ada bela-bela kot. Asik muncul tiba-tiba je.

“Esok pagi, lepas subuh aku terus gerak” jawabku yang masih lagi melipat baju.

“Aikk? Awalnya... tak sabar-sabar eaa nak kahwin?” tuduh Sarah dengan senyuman yang penuh dengan seribu satu maksud.

“Ha..ha..ha.. tak kelako” jawab aku seperti Dato Ramli M.s dalam Akademi Fantasia. Serius aku minat gila dengan Dato ni. Charming tak hingat! Hehe.

“Kelako lah sebab tu kau gelak” sambil ketawa terbahak-bahak

“Malas aku nak layan kau. Dah lah aku nak tido. Esok nak gerak awal.” Aku menolak Sarah keluar dari bilik aku. Kalau aku tidak berbuat demikian sampai ke subuh Sarah akan berbual dengan aku. Pernah suatu ketika dahulu, Sarah berbual dengan aku mengenai buah hatinya sehingga aku lewat untuk ke sekolah esoknya. Habis pagi itu aku dimarahi pengetua kerana lewat ke sekolah. Terus satu hari aku bad mood untuk mengajar anak murid aku. Ya! Aku seoarang cikgu di Sekolah Menengah Seri Aman di Johor Bahru.

“Yelah.. yelah... tak payah lah halau aku macam kucing kurap” adu Sarah sambil menepis tangan aku.

Selepas saja Sarah beredar dari kamar, aku terus saja merebahkan badan aku di katil yang empuk.

“Aku nak kahwin dengan Haikal Danial? Haikal Danial?” ujarku seorang diri di bilik itu. Aku terfikir, bolehkah aku hidup bersama Haikal Danial? Aku tak cintakan dia.

“Ina tak nak kawin dengan Haikal, mama” lalu menekup mukaku di bantal dan menangis. Selepas itu, aku terus terlena dengan air mata yang masih bersisa.

***

Aku lebih senang pulang ke kampung pada awal pagi kerana bagi aku pada waktu pagi kereta tidak banyak dan aku boleh memandu dengan aman dan damai. Nasib saja sekarang ni waktu cuti sekolah kalau tak macam manalah aku nak balik ke kampung? Jadi seoarang cikgu ni mana boleh suka-suka hati aku je nak cuti. Mama memang pandai memilih waktu yang sesuai untuk memberitahu  aku berita buruk yang suam-suam kuku ni.

Akhirnya aku tiba juga di kampung halaman pada pukul 10 pagi. Masa untuk aku sampai ke sini tidaklah mengambil masa yang lama kerana mama dan papa cuma duduk di Batu Pahat, Johor sahaja. Sampai je dirumah terus saja aku menguhulurkan tangan untuk bersalaman dengan mama dan papa. Aku memeluk mama erat. Sungguh aku rindu dengan mama. Rasanya sudah hampir 2 bulan aku tidak pulang ke kampung.

“Mama.. papa.. sihat?” soalku dengan senyuman dibibir.

“Sihat, Alhamdulillah” Jawab mama dan papa serentak.

“Mana Miza?” tanya aku pada mereka. Miza adalah adik bongsu aku. Aku cuma mempunyai seorang akak dan adik perempuan saja. Kakak aku, Amirah Farhana sudah berkahwin dengan seoarang usahawan yang berjaya di Kuala Lumpur. Perasaan cemburu seringkali muncul dalam hati aku dengan apa yang dimilikki Kak Hana. Sudahlah suaminya berharta di tambah pula dengan rupa yang tampan. Memang ummpphhh lah orang cakap.

PyschoWhere stories live. Discover now