Bertarung Nyawa

38 1 0
                                    

     Mayat bergelimpangan di sana dan sini. Bau hanyir darah menusuk ke hidung Alang Nadim. Walau dalam kesakitan yang amat akibat luka, Alang Nadim menggagahi juga dirinya bergerak ke arah susuk tubuh yang yang telah menyelamatkan nyawanya sebentar tadi.

     Siapakah gerangan pemuda itu. Berani amat melangkah ke barisan hadapan menentang musuh tanpa gentar. Hatinya tertanya-tanya sambil merapati ke arah jasad yang entah masih bernyawa atau tidak. Benaknya tak henti-henti berdoa agar dipanjangkan nyawa pemuda itu agar dirinya berkesempatan berterima kasih atas budi yang telah ditaburkan.

     Doanya termakbul..Masih ada alunan naik turun pada dada pemuda itu menandakan dia masih bernyawa..dirasai pula nadi pada pergelangan tangannya...

     "Alhamdulillah,...masih bernyawa" getus Nadim perlahan.

     Alangkah terkejutnya dia saat membuka penutup kepala pemuda itu...

     "Mashaallah...perempuan..." dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya.

     Susuk tubuh yang disangka kesatria itu rupanya seorang wanita. Patutlah tubuhnya agak kecil berbanding dengan dia dan sahabat-sahabatnya yang lain. Terus diangkat tubuh itu dan dibawanya ke arah khemah penyelamat.

     "Tuan hamba,...tolong selamatkan orang ini...Dia telah menyabung nyawanya demi hamba sebentar tadi ". Diletakkan tubuh yang tidak bermaya itu di atas pangkin. Sahabatnya Andak sedikit tergamam..

     "Perempuan...???.." soalnya tidak percaya.

     "Ya...Andak..." Ditariknya kain pengikat pinggangnya lalu dibalutnya luka yang masih mengalir darahnya pada bahu wanita itu. Luka pada lengan kirinya juga pedih terasa, tapi tidak dihiraukannya.

      " Alang Nadim,...tuan hamba juga cedera...berehat dulu..."Kata-kata sahabatnya Andak tidak dihiraukan.

" Tak mengapa Andak,...tuan hamba tengok-tengokkan dia sebentar,...hamba nak ke sana, nak mencari daun senduduk buat ubati lukanya...."Terus dia bergerak ke bawah. Dari semalam dia perasan ada beberapa batang pokok senduduk di sana..

      Sambil itu, hatinya terus tertanya-tanya, bagaimana perempuan itu boleh berada di barisan hadapan bala tentera. Dari mana gerangan asal usulnya?...siapa gerangan ibu bapanya...?Gerangan siapakah guru persilatannya...Hebat sekali permainan senjatanya..Atau...adakah dia pengintip musuh..?

     Ah...masakan begitu...kalau musuh kenapa dia bermati-matian menyelamatkannya sebentar tadi. Sungguhpun begitu dia perlu berhati-hati..

     "Aduh...!" Hembusan angin petang makin menusuk pedih ke lukanya pada lengan kiri.

      Diambilnya secekak daun senduduk. Diramas-ramas dalam genggaman lalu dituam pada lukanya. Ditariknya kain pengikat kepalanya..Dengan amat sukar, dibalutnya kejap-kejap pada lengannya. Terasa koyakan luka pada lengannya makin membaham sakitnya...

     Sementara itu di khemah penyelamat, Si Andak sibuk menyelamatkan askar-askar perang yang tercedera bersama beberapa orang pembantu...Ilmu mengubati orang sudah sebati dalam dirinya yang diwarisi dari datuknya itu..Namun begitu, dia akui bila berhadapan dengan situasi panik begitu hatinya agak gusar...apatah lagi ada pesakit yang diluar dugaan ini.

     "Dari mana timbulnya perempuan ini..lukanya amat parah...jika lambat dirawat, kemungkinan nyawanya menjadi pertaruhan." Fikir benaknya..Darah merah pekat masih mengalir pada bahu wanita itu.

     Diambilnya kain bersih pada peti ubatan di sebelahnya..dibasahkan sedikit dengan air, lalu dibersihkan kesan darah pada tepi-tepi kain balutan luka yang dibuat oleh sahabatnya Alang Nadim tadi...Alhamdulillah, alunan naik turun nafas pada dada wanita itu agak stabil, menunjukkan keadaannya masih kurang membahayakan.

     Kagum sekali Andak dengan sahabatnya Alang Nadim yang juga merupakan saudara sepupunya , yang sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain dari dirinya sendiri. Setiap kali ke medan pertempuran begitulah sikap Nadim..Bertuah ibu dan ayah Nadim kerana melahirkan manusia berani lagi mulia itu..

     "Andak...bagaimana keadaannya..?Agak terperanjat Andak bila disergah Alang Nadim begitu...

     "Hamba nampak keadaannya tak berubah dari tadi..." jujur dia memberikan jawapan.

     Alang Nadim kebuntuan,... Diserahkan seberkas pokok senduduk yang sempat diambilnya tadi kepada Andak. Dia terduduk di sebelah tubuh perempuan itu..Dia memandang wanita itu dengan perasaan yang gusar amat..Belum pernah dia menghadapi situasi begitu..

     Musuh menggegar umpama halilintar tidak pernah gentar ditentangnya...tapi...mengapa hari ini kerana seorang perempuan yang telah menyabung nyawa untuk dirinya membuatkan dia kian lemah, huru-hara jiwanya memikirkan nyawa wanita itu yang kian bahaya..

     "Allahuakbar....Kau selamatkanlah dia..Kau selamatkanlah juga pendekar-pendekar lain yang tercedera dalam pertempuran tadi" Itu sahaja yang mampu didoakan saat ini.

     Dibantunya Alang Andak untuk membuka balutan luka pada bahu wanita itu...Dengan hati-hati Andak membersihkan luka itu dengan kain yang telah dibasahkan tadi, kemudian dia menutup luka itu dengan daun senduduk yang telah dihancurkan tadi. Kemudian luka itu dibalut semula dengan kain balutan yang masih tersisa dalam peti ubat tadi.

     "Aduh...,!". Terdengar desahan kecil dari bibir yang tidak bermaya itu. Peluh mengalir dari dahinya yang berkerut-kerut menahan kesakitan.

      Nadim dan Andak berpandangan...

      "Alhamdulillah..., "Serentak kedua pemuda itu menghela nafas kelegaan.

     "Tuan hamba....siapakah gerangan tuan hamba...?" Tak sabar rasanya Nadim untuk bertanya siapa gerangan wanita berani itu..

      "Air...air....air.."Segera Nadim mencapai secawan air di sebelah kanannya.

     Dipangkunya kepala wanita itu lalu dengan agak payah disuapkan ke bibir wanita itu. Lelehan air yang tersisa disapu dengan kain pengikat pinggangnya..

     Diletakkan semula kepala wanita itu dengan hati-hati ke atas pangkin itu. Perempuan itu kembali tidak sedarkan dirinya...Hampa lagi hati Nadim..

     "Kenapa Andak..."Disoalnya sahabat baiknya itu dengan suara yang agak gusar sambil memandang pilu pada tubuh yang tidak bermaya itu.

      " Sabar Nadim, hamba rasa biarlah dia berehat dahulu...keadaannya makin baik...darah telah berhenti mengalir dari lukanya...". Disentuhnya bahu sahabat baiknya itu. Simpati amat dia dengan wanita itu. Diusapnya peluh yang membasahi dahinya sendiri.

     Seketika, Alang Nadim beredar dari situ.

     " Sahabat hamba sekalian, uruskan segera jenazah-jenazah askar kita...Rawatlah yang cedera, sesudah subuh esok hari kita akan bergerak ke bumi Permata semula...", lantang suaranya lagak panglima memberi arahan kepada anak buahnya.

      Semua yang ada akur akan arahan ketua mereka. Segera meneruskan kerja sebelum malam menjelma. Esok sesudah subuh, akan bergeraklah mereka semua ke bumi Permata..rindu rasanya pada kampung halaman masing-masing, rindu pada ayah bonda, rindu pada anak dan isteri, rindu pada semua yang ada di sana.

DUA DIMENSI CINTAWhere stories live. Discover now