SATU.

219 49 64
                                    


H I D U P   A T A U   M A T I.



Aku terjaga dari tidur yang ngeri. Sudah lama tidak mimpikan sesuatu yang ngeri seperti ini.

Tuala yang disangkut aku ambil lalu berjalan terus ke dalam bilik mandi. Badan sudah melekit , otak sudah rimas memikirkan tentang kerja.

"Polis polis. Ada kerja bila ada kes, tiada kes, tiada kerja."

Aku seorang polis. Setiap hari datang kerja, lansung tiada kes yang perlu diuruskan. Yang ada cuma kes ringan. Merompak , meragut, suudah biasa dengar.

Aku bukan mahu semua orang jadi jahat. Bukan salah mereka, tapi salah pekerja dalam balai polis ini. Aku yang sepatutnya menguruskan kerja-kerja ringan itu.

Bila ada kes berat, aku yang kena ambil tempat, sedangkan mereka bertugas untuk kes yang berat, bukan kes yang ringan.

"Selamat pagi, kuda" tegur Yoongi selamba.

"Pergi mampos"

Yoongi & Hoseok berpisah tiada. Sehari kalau tidak bergaduh, tidak sah! Ada saja yang hendak digaduhkan!

"Ada kes apa harini? Lepas ini, kalau ada kes baru call aku, inii tiada kes, suruh datang office. Lepastu, takde kes!"

"Kau bebel apa ni kuda, aku ni rindu dengan kau, sengaja suruh kau datang." jelas Yoongi seraya tersenyum menunjukkan gusinya itu.

Hoseok melemparkan buku notanya ke kepala Yoongi. Lelaki itu hanya mengaduh sakit , sudah masak dengan perangai kawan baiknya yang kononnya cool.

Kring!!!!!

Loceng kecemasan berbunyi. Hoseok & Yoongi melihat antara satu sama lain.

"Tak sia-sia aku suruh kau masuk office!" Jerit Yoongi kepada Hoseok.

Hoseok dan Yoongi berlari tergesa-gesa bersama pistolnya ke luar balai polis. 7 buah kereta polis sudah tersedia. Hoseok & Yoongi masih tercegat dihadapan pintu balai, tidak tahu apa yang berlaku.

Masing-masing tidak tahu apa-apa. Hanya keluar apabila loceng kecemasan berbunyi.

"Jungwoo, kenapa ni?" Tegur Hoseok kepada rakan sekerjanya.

"Sebuah keluarga mati!" Jerit Jungwoo.

"Hoseok & Yoongi , ikut kereta 4." Arah ketua kes kepada mereka berdua.

"Jangan sentuh mayat-mayat tu Yoongi!" Hoseok menarik lengan Yoongi secepat mungkin.

"Kau janganlah terkejutkan aku kuda! Nak terkeluar jantung aku ni, kau tahu!" Marah Yoongi.

Mereka berdua keluar dari rumah tersebut, berjalan ke arah ketua polis daerah Ilsan itu.

"Lansung tiada kesan pembunuhan. Nak kata dicekik, lansung tiada kesan kena cekik" kata Tuan Jang selaku ketua kes.

"Kalau mati secara tiba tiba, takkan satu keluarga mati secara serentak? Kebetulan? Mustahil." ujar Yoongi.

[C] death - hoseokWhere stories live. Discover now