H I D U P A T AU M A T I.ㅡ
"Sekarang ni, bukan negara kita je yang kena! Benda tu dah merebak ke seluruh dunia!" Jerit Tuan Jang.
Ingin saja Hoseok menyampuk. Dia tidak perlu untuk marah semua pekerja, benda sudah terjadi.
Masing masing hanya menundukkan wajah, memikirkan tentang kehidupan senidiri. Mereka tidak tahu apa yang akan berlaku. Alangkah indah jika mereka dapat putarkan masa.
"Semuanya datang dari Wuhan, China. Virus ni bermula dari sana. Minggu lepas , Jungwoo dan dua lagi rakannya meninggal dunia disebabkan oleh virus ni"
Sudah tentu Jungwoo berjangkit dengan Tuan Do semasa dia membantu Tuan Do tempoh hari.
Hoseok berasa lega kerana dia sempat menahan tangan Yoongi semasa Yoongi cuba untuk memegang mayat keluarga yang mati dua minggu lepas.
ㅡ
Semakin hari semakin meningkat jumlah orang yang dijangkiti. Semakin hari, semakin meningkat jumlah kematian.
Korea sudah mencatatkan 200 kematian selama 3 minggu.
Bukan negara Korea yang mencatatkan jumlah pesakit yang tertinggi , malah Itali telah menjadi negara yang tinggi jumlah kematiannya. Sehari sudah ada 1000 kes kematian.
Hoseok hanya memegang erat tangan Yoongi. Kawannya itu masih lagi dibelenggu rindu, merindui seluruh ahli keluarganya.
"Yoongi, jangan sedih. Kau kena berdoa semoga roh keluarga kau tenang. Kita tak tahu masa depan kita Yoongi. Bukan kau seorang , malah ramai lagi yang kehilangan keluarga"
Yoongi hanya termenung. Tidak tahu lagi apa yang perlu dibuat.
Esok, mereka akan meronda keseluruh taman perumahan di daerah Ilsan itu.
ㅡ
Sudah 2 bulan berlalu. Jumlah pesakit meningkat, ramai pekerja balai polis Ilsan telah dikuarantin gara-gara virus ini.
Hanya 274 orang sahaja yang telah sembuh. Tetapi, jumlah kematian masih lagi meningkat.
Seluruh negara sudah terkena wabak COVID-19 ini. Semua orang yang masih hidup hanya memikirkan tentang pengakhiran cerita ini.
"Patah balik. Jasa anda amat dihargai , demi keluarga & negara, abang kena patah balik." Arah Hoseok kepada seorang lelaki yang ingin keluar ke bandar dengan alasan yang tidak munasabah.
Semua orang diminta duduk di rumah. Hoseok bersyukur, masih ada pelakon dan penyanyi yang sanggup mendermakan wang yang banyak kepada negara sendiri dan negara lain.
#bukanmacamartismalaysia.
ㅡ
"Ada 8 kematian dicatat pagi tadi. Korang bekerja ni, jaga diri sendiri. Kita bukan boleh jaga sesama sendiri. Semuanya nasib. Semuanya atas diri sendiri."
"...elakkan bersentuhan dengan orang lain. Pakai topeng. Ingat semua tu" jelas Tuan Jang.
ㅡ

YOU ARE READING
[C] death - hoseok
Short Story❥• SHORT STORY BY : JEONNCOCO 2020 © Ada yang hidup, ada yang mati. Semuanya telah ditentukan. "Aku jujur sayangkan kau Hoseok" - Min Yoongi. ㅡ Pemergian seorang sahabat adalah sebuah pengakhiran yang pahit. -About COVID19- Start & End : 14 April 20...