TIGA : Special part <3

98 33 69
                                    

< Kena baca Satu dulu kalau nak baca Tiga, baru faham apa yang berlaku >

D E A T H

5 tahun berlalu. Hoseok sungguh sepi tanpa Yoongi disisinya.

Selepas kematian Yoongi, dia hanya mampu termenung sendirian, mengenangkan semua kenangan mereka bersama.

Covid19 sudah berkurangan, Korea selatan mencatatkan sifar kes positif.

Hoseok berhenti kerja kerana tidak mampu untuk bekerja dengan ketiadaan Yoongi.

Yoongi akan menjadi pemberi semangat dia setiap hari, tapi kali ini tidak.

Hoseok sekarang bekerja sebagai penghantar makanan yang dipesan secara dalam talian.

Dengan cara itu sahaja dia mampu melupakan kesedihan yang menghujani dirinya.

Berjumpa dengan ramai orang setiap hari. Tetapi dia masih ingat akan Yoongi, setiap saat hidupnya itu dia hanya ingat Yoongi.

"Hoseok, hantar sup seolleongtang dengan ramen ni dekat alamat dalam kertas tu."

Hoseok mengangguk lalu mengambil makanan yang telah dipesan untuk dihantar ke alamat yang telah diberikan.

Tersenyum Hoseok tatkala teringat kejadian dimana sup seolleongtang jatuh akibat perebutan makanan diantara dia dan Yoongi.

Akhirnya, dua-dua tidak dapat makan.

"Kwangmun, 21-112. Tak jauh."

Hoseok menekan loceng rumah. Selepes kali ke-10 dia menekan loceng itu, seorang gadis berlari tergesa-gesa ke arahnya.

"Hai abang! Mianhae, abang saya tu dia kacau saya! Kesian abang tunggu lama!"

Hoseok tersenyum melihat kelakuan gadis itu yang riang, ceria saja. Gadis itu beruntung ada abang untuk bergurau.

Sikapnya yang periang itu mengingatkan Hoseok terhadap Yoongi.

"Kenapa tak masak je ramen dekat rumah?"

"Abang saya malas nak masak, dia kata masak sendiri tak sedap. Okaylah, saya pergi dulu! Hati-hati ya abang!"

Gadis itu berlari membawa plastik berisi makanan itu kedalam rumah.

Rambutnya bertoncang dua itu sungguh sesuai dengan bentuk mukanya yang kecil.

"Rindu kau"

Setiap hari Hoseok akan membaca surat yang ditinggalkan Yoongi sebelum dia pergi.

Hanya itu ubat untuk hilangkan rindu terhadap sahabatnya.

Bagi Hoseok, hidup dia cukup membosankan selepas pemergian Yoongi. Tiada teman untuk berborak, tiada teman untuk meluahkan perasaan, tiada teman bergaduh lagi.

Hoseok melelapkan mata. Esok dia bekerja, dia tidak boleh tidur lewat, risau tidak sedar.

Kalau dulu semasa Yoongi masih ada, Yoongilah yang akan jadi alarm Hoseok, mengejutnya setiap pagi.

[C] death - hoseokWhere stories live. Discover now