BAB 1

1.2K 7 0
                                    

Hari sudah hampir gelap. Camelia Natasya masih tenang melayan Netflix walaupun tahu rakan-rakannya akan memarahinya kerana tidak menjawab panggilan dan membalas Whatsapp mereka.

23 Disember, ya harini adalah hari jadinya yang ke-20 tahun. Sudah tentu rakan-rakanya telah menempah bilik untuk mengadakan parti hari jadinya. Disebabkan hari jadinya pada tahun ini terletak pada hujung minggu, dia jadi malas ingin berparti seperti biasa kerana sepanjang minggu dia terpaksa bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya memandangkan cuti sem semakin hampir.

Sedang khusyuk menonton cerita kegemarannya, telefon Tasya berdering kembali untuk kali yang tidak dapat dihitung. Tasya menghela nafas sebelum mencapainya di atas meja yang terletak di sebelah katilnya. Nama yang tertera di telefonnya membuatkan dia mengeluh berat.

'Haih mampuslah aku harini' keluhnya dalam hati.

"Haa angkat pun!!!! Kau saja nak naikkan darah aku kan!!! Turun bawah buka pintu ni cepat aku kat depan rumah kau." pekik Lia setelah panggilannya diangkat.

"Sejak bila kau pandai suruh aku buka pintu untuk kau, masuk jelah Bik Ton ada kat bawah tu la. Rimas la kau ni Lia erghhh" Bebel Tasya.

"Ala nak manja dengan birthday girl pun tak boleh" Rungut Lia. Sejurus itu, Lia terus mematikan panggilan telefon dan keluar dari keretanya lalu menekan lonceng rumah Tasya.

Fasha Atilia yang lebih dikenali sebagai Lia merupakan rakan Tasya yang paling rapat, seperti adik beradik kembar yang berlainan ibu bapa. Keakrabaan mereka bermula sejak kecil lagi kerana ibu mereka merupakan sahabat baik sejak sekolah. Secara kebetulan mereka dilahirkan pada tahun yang sama tetapi berlainan bulan. Lia dilahirkan pada bulan November manakala Tasya pada bulan Disember. Lia dan Tasya semakin rapat apabila ibu Tasya, Datin Rose meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di United Kingdom selepas melawat ibunya iaitu nenek Tasya yang terlantar di hospital. Ibu Lia yang dikenali sebagai Puan Shikin telah diangggap sebagai mamanya yang kedua kerana sejak kehilangan mamanya Puan Shikin yang memberikan kasih sayang seorang ibu sepenuhnya kepada Tasya dan Lia tanpa berbelah bahagi mahupun memilih kasih. Dia telah menganggap Tasya sebagai anaknya sendiri.

Tasya yang pada ketika itu berumur 4 tahun akan ke rumah Puan Shikin yang dihantar oleh papanya sebelum papanya ke tempat kerja. Pada ketika itu kehidupannya tidaklah semewah sekarang kerana papanya masih bekerja di bawah orang sehinggalah dia mampu membuka syarikatnya sendiri pada umur Tasya 15 tahun. Selepas papanya berjaya menjadi usahawan yang terkenal, Tasya tidak selalu ke rumah Puan shikin kerana papanya telah mengupah Bik Ton menjadi pembantu rumah sekaligus menjaga makan pakai Tasya dan abang-abangnya.

Walaupun jarang ke rumah Puan Syikin, apabila ada masa lapang pada hujung minggu Tasya akan meminta abang sulungnya atau papanya menghantarnya ke rumah Puan Shikin dan akan tidur di sana kerana tidak bersekolah. Keakraban Lia dan Tasya mengeratkan lagi hubungan antara keluarga mereka berdua. Papa Tasya iaitu Dato Kamal telah menawarkan pelbagai tawaran dari segi kewangan, modal kepada bapa Lia, Dato Akram yang juga merupakan seorang peniaga kecil-kecillan. Kini mereka telah menjadi rakan kongsi yang berjaya.

Ketukan pintu menyebabkan lamunan Tasya terhenti. Tidak sempat untuk bangun membuka pintu, pintu biliknya telah dibuka terlebih dahulu oleh Lia.

"TASYAAA! Apa kau buat ni Oh My God, kau tak bersiap lagi? Kau tahu kan harini parti hari jadi kau, bangun cepat mandi. Aku tolong kau jadi cantik harini. Ya aku tau kau memang dah cantik tapi aku akan jadikan kau Super cantik harini. Okay sekarang pergi mandi. NOW NOW NOW !!" lia berkata sambal menarik Tasya untuk ke bilik air.

"Aku tak tahu kenapa mulut kau ni murai sangat. Patut abang-abang aku reject kau. Nasib baik ada rupa sikit, kalau tak confirm membujang sampai tua." perli Tasya.

Lia yang mendengarnya terus mencubit lengan Tasya dan menolaknya masuk ke bilik air.

"Shut up and mandi cepat. Sebelum murai jadi helang nanti tak memasal keluar berita parti hari jadi bertukar menjadi parti hari bangkai." habis berkata Lia menjeling Tasya dan menuju ke katil untuk menyiapkan baju yang baru dibeli untuk diapakai oleh Tasya.

Tema Birthday Party untuk tahun ini adalah 'Vampire Night'. Tema ini dipilih oleh Lia kerana pada tahun itu movie yang berjudul The Twilight Saga sangat terkenal, selain itu Tasya juga mempunyai wajah yang mirip dengan pelakon wanita dalam cerita tersebut, Kristen Stewart yang berbeza adalah matanya. Tasya mempunyai mata mirip ibunya yang berwarna biru. Sangat rare untuk dijumpai di Malaysia, sebab matanya itu juga la ramai terpikat dengannya.

Lia memilih gaun berwarna merah paras lutut yang terdedah di bahagian belakang dan mengikut potongan badan Tasya. Gaun itu dapat menaikkan aura dan menjadikan Tasya lebih menawan daripada kebiasaan memandangkan Tasya jarang memakai pakaian yang terbuka sana sini, Lia menganggap apa salahnya setahun sekali Tasya memakai pakaian seksi seperti ini. Walaupun yakin bahawa Tasya tidak akan setuju untuk memakainya tetapi dia akan memujuknya sehingaa berjaya.

Kedengaran pintu bilik air dibuka, Lia mengemaskan gaun yang terletak di atas katil dan duduk bersebelahan gaun tersebut.

"Absolutely no Lia. A big no for that dress!"Ujar Tasya setelah melihat gaun sendat itu di atas katilnya. 'Dah lah sendat, paras lutut pastu warna merah menyala pula. Lia nak aku jadi habuan jantan-jantan kat parti tu ke apa.' marahnya dalam hati.

"Ala Tasya sekali je kau pakai ni, hargai la effort aku ni. Baju ni aku tempah tau, tengok ni warna merah ni bukan biasa-biasa punya merah tau. ukuran pon ikut body kau tau. Gigih tau aku nak kau bersinar harini" pujuk Lia sambil membuat muka comelnya walaupun tahu mukanya tam membantu tapi saja buat cukup rasa.

Tasya mengambil gaun tersebut menelitinya sehinggalah ke bahagian belakang gaun tersebut.

"LIA!!!! Oh My God nonsense gila dress ni. NO WAY aku nak pakai"

" Ala Tasya please please please, seksi sikit je bukan selalu kan. Pakai la untuk aku please." pujuknya berserta mukanya yang comel lagi.

Tasya menjeling geram. 'Kalau aku tak pakai mahu merengek macam budak kecik, pujuk kalau bagi gula-gula memang tak jalan. Mahu kena bawak shopping 7 hari 7 malam. Haih, naya jela kau ni Lia' keluhnya dalam hati.

"Okay aku pakai. dengan syarat kau kena ada dengan aku pergi dan balik. Balik dengan aku. Jangan balik dengan pakwe-pakwe kau tu. Deal?"

"WHAT?!?! Ala pergi ni memang la kena pergi sama-sama tapi balik tu em em em"

"Okay taknak pakai" Ujar tasya lalu mencampakkan gaun tersebut ke Lia dan berlalu ke bilik bajunya.

"Okay okay Tasya, aku balik dengan kau. Tu pun kalau kau larat papah aku la. Kau tau kan parti macamni kalau balik keadaan aku macamana." ujar Lia sambil menuruti langkah Tasya dengan gaun tersebut.

"Okay cun, lemme wear this first kay. Kau taknak salin? Vampire taknak gigit minah pakai jeans."

"Jap lagi la aku tukar, aku pakai makeup dulu. Cepat pakai sana. Tak shabarrr!" kata Lia sambil menepuk tangan.

Good Girl for Bad BoyWhere stories live. Discover now