BAB 4

650 5 0
                                    

"Auchhh! F*ck!" marah Daniel sambil memegang pipinya yang baru sahaja mendapat habuan daripada boots Dr Marten yang dipakai oleh lelaki itu. Nasib baik boots ni yang tepek kat mukanya, kalau heels Tasya? Habis bocor pipinya. Sudahlah tadi hampir terkena kepalanya.

Daniel yang sudah terbaring menahan sakit itu cuba untuk bangkit melawan semula tetapi alih-alih saja lelaki itu sudah jatuh terduduk di belakangnya sambil memegang kemaluannya. Dalam masa yang sama dia juga ternampak heels Tasya di hadapan lelaki tersebut.

'Nasib baik ada dua kaki, kalau ada lapan kaki, lapan heels tajam macamtu, habis pupus lelaki.'

Daniel yang masih terasa kebas di pipinya hanya memegangnya sambil memerhati sekeliling. Dia tidak perasan ramai yang sedang memerhatikannya, dengan selamba dia duduk di atas bar chair bagi mengurangkan rasa kebas di pipinya. Boleh tahan padu penangan boots tu, bukan takat kebas pipi bibirnya juga berdarah apabila dia tanpa sengaja menyentuh kawasan tepi bibirnya.

Tasya memakai heelsnya yang baru sahaja diambil berhampiran dua lelaki yang sudah jatuh terbaring menahan sakit lalu bergerak ke arah Daniel. Pada awalnya dia risau luka yang dialami oleh Daniel teruk tetapi selepas melihat wajah Daniel yang luka di bibir dan bengkak di pipi itu membuatkan dia hampir tercabut jantung.

'Tasya, orang tu tengah sakit tau. Kenapa kau pikir dia nampak sexy dengan kesakitan yang dia tengah hadap sekarang? Tolong dia la deyy.' marah Tasya kepada dirinya sendiri.

"Daniel, you okay? Maigoddd bibir you luka ni. Jom kita gi klinik." gesa Tasya sambil memegang bibir Daniel sebaik sahaja berdiri di hadapannya.

"Awwwww..."

"Oopss, sorry sorry I tak sengaja. Alamak macamna ni, you boleh jalan tak? Fon I dalam handbag I, handbag I tadi abang I dah bawakkan sekali. You ada fon tak? I call abang kejap. Give me your fone" Tasya yang kalut itu meraba poket seluar jeans Daniel. Tidak sempat untuk mengeluarkan telefon Daniel, Daniel memegang tangannya.

"Baby, relax I'm okay. I boleh jalan lagi la. Jom pegi kereta you. Lia mana?" ujar Daniel sambil turun dari bar chair dan memegang tangan Tasya. Sakit yang dirasakan sekarang tidaklah sesakit hatinya apabila melihat lelaki-lelaki di sekelilingnya memerhatikan setiap inci badan Tasya tanpa berkelip. Bukannya mahu tolong, dari tadi asyik memerhati sahaja. Ingat tengah buat rakaman filem KL Gangster 3 ke?!

Daniel yang masih berjalan dengan gahnya menghampiri Lia yang sudah terlena diiringi Tasya yang dipimpinnya kemas.

"Kita buat show, kawan kesayangan you boleh lena kat sini pulak ya. You nak I papah dia ke nak I dukung dia? or nak I dukung you seret Lia? Haha" gurau Daniel sambil memandang wajah Tasya yang masih kelihatan risau akan dirinya.

"You sure okay? Abang I ada kat luar, kita call dia jela tolong papah Lia."

"Takpe Tasya. I kuat la rileks la. You nak suruh abang you masuk balik sini redah longokkan manusia kat depan tu? Takyah susahkan dia. Come I show you shortcut" Daniel mengangkat Lia untuk taruk dibelakangnya bagi memudahkan pergerakan. Daniel bergerak di hadapan Tasya menuju ke arah pintu belakang kelab itu.

"Tasya pegang baju I, nanti you hilang. I tak Nampak you ni tau kawan you ni Nampak je kurus tpi boleh tahan berat eh. Haha" ujar Daniel yang kerisauan akan kehilangan Tasya kerana Tasya kini sudah menjadi perhatian ramai baik lelaki dan perempuan, dia tak mahu bergaduh lagi di kelab kawan baiknya ini. Kecoh sahaja. Sampai sahaja di pintu belakang, terdapat dua orang lelaki yang berbadan tegap menghampiri Daniel.

"Kenapa ni bro? Ayoo tak macho sudah ini luka-luka." ujar salah seorang lelaki yang berbangsa cina itu.

"Takda apa-apa lah Yong, sikit saja maa. Ada luka-luka laa baru macho kan baby?" kata Daniel memandang Tasya di sebelahnya. Tasya yang diam hanya menjelingnya.

Good Girl for Bad BoyWhere stories live. Discover now