BAB 6

554 7 0
                                    

Selepas memarkir keretanya di garaj rumah, Tasya berlari masuk ke rumah mencari along dan papanya kerana keberadaan kereta mereka berdua menunjukkan mereka berada di rumah menikmati hujung minggu, berehat dari kerja.

Tasya dan Zack menggunakan kereta berasingan, Zack menyuruhnya gerak ke rumah papa terlebih dahulu, katanya dia ingin membelikan buah tangan untuk papanya. Tasya sampai terlebih dahulu.

"Papa! Along! Bik Ton!" jerit Tasya apabila sampai sahaja di muka pintu hadapan. Along dan papa yang sedang menonton televisyen itu terkejut memandang Tasya.

"Kau dah kenapa dik terpekik pekik macamtu" tegur along.

"Ha kamu kemana semalam tak balik, tidur mana? Tengah hari buta baru balik" tanya papa.

"Haaaa itula nak bagitau ni. Sekejap amik nafas jap" kata Tasya sambil menarik nafas panjang sebelum mengambil tempat duduk sebelah alongnya.

"Rahsia." sambungnya pendek.

Zakrul yang dipermainkan adiknya itu terus menggeleteknya di pinggang. Dato Kamal yang memandang hanya menggelengkan kepalanya. Paham benar dengar perangai anak bongsunya itu.

"Main-main eh"

"Hahahaha ala nak bagitau tapi nanti tak surprise la"

"Ada big big surprise untuk papa dengan along harini. Adik dah dapat suprise ni semalam time party birthday adik. Haaa sebut pasal birthday. Mana hadiah adik? haa along mana? papa?" tanya Tasya.

"Surprise nanti adik tau sendiri" jawab along.

"eeeee bagitau jela along" rengek Tasya.

Rengekan Tasya berhenti apabila bunyi hon di luar rumah mereka kedengaran berkali-kali.

"Haaaa surprise papa dengan along dah sampai!" teriak Tasya teruja. Dia tahu papa dan along sangat merindukan angahnya itu terutama papa cuma ego, tak nak mengaku. Yela lelaki kan, biasalah. Tasya berlari anak ke arah pintu untuk menyambut abangnya. Melihat sahaja abangnya dia terus meluru mendapatkan abangnya. Tetapi pergerakkannya berhenti serta merta apabila abang membuka pintu di bahagian penumpang hadapan. 'Aik aku dapat surprise kali ke dua ke acane ni?'

Apabila melihat seorang wanita yang mengenakan blouse bercorak bunga jeans putih serta mengenakan shawl yang dililit kemas Tasya tergamam. 'Cantik!' kata hatinya.

"Hai adik apa ternganga macamtu. Tak nak salam ke kakak ipar awak ni?"

"What? Kakak ipar? Seriously abang?" Tasya terkejut apabila abangnya menyebut wanita di hadapannya ini adalah kakak iparnya. Terkejut sebab wanita itu cantik sangat nak jadi pasangan abangnya.

"Akak, abang santau akak eh? Dia tak hensem pon dapat awek cantik cenggini. Along hensem sado tu pon single mingle" celoteh Tasya mengenakan abangnya sambil menarik tangan bakal kakak iparnya itu untuk masuk ke dalam rumah.

"Nama akak cantik apa? saya Tasya panggil adik je"

"Akak dah tau nama awak dah abang awak dah cerita pasal awak kat akak, noty katanya. Panggil Kak Zira je" sambil mencuit hidung Tasya.

"Takyah caya cakap abang tu, Tasya paling baik paling behave tau kat rumah ni hahaha"

"Behave la sangat" ejek Zack di belakang mereka sambil menjinjing beberapa beg kertas.

Along dan papa yang berada di pintu terkejut. Tasya melihat mata papanya sudah merah.

'tahan nangis ke papa haha nangis jelah eley'

"Assalamualaikum papa, along" ucap Zack yang bergerak mendahului Tasya dan Zira dan bersalaman dengan papa.

Papa yang dari tadi menahan air matanya akhirnya berguguran jatuh juga apabila memeluk anaknya yang lama menghilangkan diri itu. Tasya yang memerhati dari jauh turut menangis kerana untuk kali pertamanya dia melihat papa menangis begitu.

Good Girl for Bad BoyWhere stories live. Discover now