01|🍀a light

688 85 132
                                    

"Selamat pagi Jihyo" sapa kawan baik kepada Song Jihyo yang sedang leka melihat sekuntum bunga ros merah

"Selamat pagi Eunji" jawab Jihyo lembut. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Eunji lalu mengalihkan pandangannya semula ke arah bunga mawar merah yang sudah terbaring elok di atas meja sekolahnya

"Dapat lagi hari ini? Apa yang dah jadi dengan kau semalam?" tanya Eunji prihatin.

Dia bertanya seperti itu kerana dia tahu apa maksud disebalik pemberian bunga mawar merah itu.

"Aku ditinggalkan oleh Mummy and Daddy. Again." jawab Jihyo sedikit pilu

Mengingatkan kembali kejadian semalam membuatkan dia begitu sedih. Mummy and Daddy selalu tinggalkan dia seorang diri di rumah yang besar itu demi kerja mereka.

Eunji mengeluh berat apabila melihat wajah muram Jihyo "Kalini berapa lama?"

"Dua bulan" jawab Jihyo singkat. Dia dah tahu sangat dengan jadual kerja orang tuanya sehingga membuatkan dia muak

"Assa. Aku teman kau" jawab Eunji gembira. Memang dia akan selalu temankan Jihyo apabila orang tua dia tiada di rumah

"Gomawo Eunji-ya. Aku tak tahu apa yang jadi dekat diri aku kalau kau tak ada"

Tangan Jihyo yang berada di atas meja, digenggam dengan lembut, cuba untuk menyalurkan tenaga buat sahabatnya ini. Dia faham dengan keadaan Jihyo sekarang ini. Dibiarkan gantung tanpa bertali.

Siapa sahaja tidak sedih apabila orang tua mereka lebih mementingkan kerja tanpa memperdulikan anak-anak yang kehausan kasih sayang. Ibu bapa merupakan tenaga yang paling penting dalam diri anak-anak, tanpa mereka siapalah diri kita.

"Don't worry. Aku yakin yang suatu hari nanti kau pasti akan mendapat kebahagian yang selayaknya untuk diri kau. Dan salah satunya adalah bunga mawar yang selalu menjadi teman kau" Eunji bertutur lembut

Jihyo tersenyum kecil sebelum memandang bunga mawar yang masih lagi segar itu. Dia tersenyum manis apabila mengingatkan yang bunga ini selalu menjadi peneman dirinya dan dia sangat bersyukur.

"Bagitahu aku Jihyo, adakah bunga mawar ini bermakna untuk kau?" usik Eunji dengan wajah nakal ditayangkan

Dia tahu Jihyo sudah terjatuh hati dengan pemberi bunga mawar merah ini. Lihat sahaja wajah berseri Jihyo ketika bunga ini berada di atas meja mahupun loker, pasti Jihyo tersenyum manis.

Jihyo yang mendengar usikan Eunji itu telah menyebabkan pipinya bertukar merah. Wajah nakal Eunji dipandang sebelum lengan kiri milik Eunji ditampar lembut.

"Sangat bermakna untuk aku Eunji. Kau sendiri tahu. Walaupun aku tak kenal siapa pemberinya, tapi sikap dia yang selalu membuatkan aku lupa dengan masalah menyebabkan aku jatuh hati padanya. Aku berharap sangat yang aku dapat tahu siapa pemberi bunga mawar ini" jawab Jihyo lembut.

Bibirnya tidak boleh berhenti dari terus tersenyum apabila membayangkan pemberi bunga mawar ini.

"Andai kata kau dah jumpa dia and muka dia hodoh gila macam juon. Kau masih lagi cintakan dia ke?" tanya Eunji dengan sengihan nakal

Jihyo pandang wajah Eunji "Bukan rupa yang menjadi ukuran, tetapi keindahan hati dan perasaan "

"Kecantikan dan kekacakkan bukanlah punca kepada keutuhan hubungan tetapi kejujuran hati dan perasaan yang indah yang menjadi tiang kukuh kepada sesebuah hubungan. Aku tak pandang seseorang dari segi rupa, pangkat mahupun darjat, apa yang aku pandang hanyalah nilai dalam diri orang itu" Jihyo berkata dengan penuh lembut dan mendalam

"Untungnya siapa yang dapat kau nanti, sudahlah baik, cantik, sopan santun, lembut, bijak dan semualah. Jealousnya aku dengan kau. Huhu ಥ_ಥ" Eunji menyakat Jihyo sambil mengelap air mata palsunya

(DISCONTINUED)Flower Boy[Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now