08-[s2]

41 10 0
                                    

pada hari esok,seperti yang dijanjikan wooyoung pergi kerumah minhee.mereka sudah berjanji mahu keluar bersama hari ini.

"awak memang tak ada baju colour lain ke?asik hitam je saya tengok"bebel wooyoung semasa minhee sedang memakai kasut

"aku tak suka colour lain"jawab minhee

"ada jugak ek orang yang tak suka warna lain selain hitam?"perli wooyoung

"ada...aku"jawab minhee lalu bangun setelah selesai mengikat tali kasutnya

"naik kereta aku"minhee mengeluarkan kunci kereta miliknya yang baru diberi oleh wooyoung semalam

"nae..."wooyoung hanya mengikuti arahan minhee sahaja

wooyoung dan minhee masuk ke dalam kereta lalu memulakan perjalanan.tempat yang dituju oleh minhee masih dirahsiakan dan menjadi tanda-tanya bagi wooyoung

"kita nak pergi mana?"tanya wooyoung memecah kesunyian

"kau ikut jelah,jangan banyak tanya"jawab minhee yang sedang fokus dengan permanduannya

"nae..."wooyoung sentap(ni la yeoja zaman sekarang,asal tegur sikit je sentap)

keadaan mula senyap.wooyoung dan minhee tidak bercakap walaupun sepatah.minhee fokus dengan permanduannya manakala wooyoung hanya melemparkan pandangannya ke luar.dalam perjalanan,wooyoung ternampak papan tanda yang menunjukkan mereka baru tiba di incheon.

"awak..."panggil wooyoung setelah lama membisu

"apa?"

"kita nak buat apa kat incheon ni?"tanya wooyoung

"aku nak bawak kau pergi taman"barulah minhee menjawab pertanyaannya

"oh..."

seperti biasa,hanya itu sahaja perbualan mereka.keadaan menjadi sunyi kembali.setelah lama menempuhi perjalanan,mereka sampai di destitasi yang dituju iaitu incheon grand park.

"wah cantiknya!"jerit wooyoung lalu turun dari kereta apabila minhee sudahpun meletakkan keretanya di parking yang disediakan

"minhee jom pergi dekat air pancut tu!"jerit wooyoung lagi setelah melihat minhee keluar dari kereta

"ish cepatlah..."kali ini wooyoung menarik lengan minhee ke kolam air pancut yang berada ditengah-tengah kawasan itu

"kau suka?"tanya minhee sambil melihat wooyoung yang sedang duduk di batu yang berada di tepi air pancut itu

"mestilah lagi-lagi kalau pergi tempat cantik dengan orang yang saya sayang"jawab wooyoung

apabila kata-kata itu keluar dari mulut wooyoung sendiri,air mukanya berubah sedih.dia teringat yang dia pernah cakap seperti itu ketika minhee masih hidup.dia hampir terlupa yang dihadapannya bukan minhee yang dikenalinya dahulu.

"hoi kau okey tak ni?!"tanya minhee yang melihat wooyoung termenung

"hehe saya okey je"kata wooyoung dengan senyuman palsunya

"kajja kita jalan-jalan sekitar sini"wooyoung bangun lalu menggengam tangan minhee sambil berjalan

"kau masih sayangkan dongsaeng aku?"soal minhee tiba-tiba

"ke...kenapa awak tanya soalan tu?"tanya wooyoung pelik

"dari cara kau cakap tadi and dari perubahan air muka kau tadi,dah cukup untuk tunjukkan kau teringat dongsaeng aku and tak mustahil untuk kau masih sayangkan dia"jawab minhee lalu pelepaskan gengaman tangan wooyoung kasar.dia berjalan lebih laju daripada wooyoung

THE BEGINNING OFF [✔]Where stories live. Discover now