Sedari tadi, seorang gadis asyik tersenyum lebar sambil melihat kearah tingkap kereta. Pemandangan pada pagi ini sungguh menyenangkan hati.
Pemandu yang sedang memerhati tingkah laku anak majikannya melalui cermin pandang belakang berasa aneh.
"Pak Mad tengok dari tadi, asyik tersenyum je. Gembira sangat kamu ni."
"Hehe, memanglah gembira. Jue rindu dengan kawan kawan, Pak Mad." Dia melilaukan matanya ke kiri ke kanan untuk mencari bangunan sekolah yang dirinduinya.
Pak Mad hanya menggelengkan kepala. Perangai gadis itu mengalahkan budak budak.
Lelaki itu menghentikan kereta di hadapan pagar sekolah yang tersergam indah. Juliana membuka pintu dan melangkah keluar. Dia melambaikan tangan kearah pemandu itu sambil menutup kembali pintu kereta tersebut.
"Hati hati, ya. Belajar rajin rajin dan jangan tidur dalam kelas!" Lelaki itu sempat memberi pesanan kepada gadis itu sebelum berlalu. Gadis itu tersengih sendirian. Pesanan itu sudah lama tidak didengarinya. Maklumlah, selama sebulan tidak ke sekolah.
Jualiana masih berdiri di hadapan pagar tinggi tadi. Kemudian, pagar itu terbuka dengan sendiri seperti mengalu alukan kehadiran dirinya.
Tangan didepakan seolah olah ingin memeluk sekolahnya itu untuk melepaskan rindu yang terperap di jiwa.
"Eh, Cik Juliana! Tak nak masuk ke? Dah lambat ni." Tegur seorang pengawal. Dia melihat gadis itu dari tadi berdiri dekat tengah jalan sambil mata terpejam.
"Alamak! Lewat lagi.." Dia memandang sekilas jam tangan kulitnya. Dahinya ditepuk perlahan. 'Haih, dah lah hari first. Masuk sekolah lambat pula..' Getus hatinya.
"Sorry, abang Man. Terlebih rindu sampai tak perasan masa berlalu." Ujarnya sambil berlari memasuki kawasan sekolah dan meninggalkan pengawal itu sendirian.
Kaki terus melangkah kearah kelas yang terletak di blok B. Dalam perjalanan, gadis itu dapat menangkap yang ramai pelajar sedang memerhati dirinya.
Ada yang tersenyum dan ada juga yang menahan ketawa. Iya lah, hanya dia saja yang selalu lambat hadir, memang patu jadi perhatian.
Dia menundukkan kepala lantas segera melajukan langkah menuju ke kelas.
🌾🌾🌾
Juliana berhenti daripada berlari. Nafasnya tercungap cungap disebabkan larian beberapa meter dijalankan tanpa warm up.
Dia menarik nafas sedalam dalamnya lalu dihembus dengan perlahan. Perbuatan itu diulangi sebanyak tiga kali.
'Hisy, kalau aku tak bla...bla...bla...' Sedang asyik memarahi diri sendiri tiba tiba sepasang matanya tertancap pada pintu dewan yang hendak ditutup oleh guru bertugas.
"Oh shhh...ops. No carut." Gadis itu mula berlari semula. Hala tujunya sekarang ialah dewan. Ya, dewan. Taklimat akan berlangsung tak lama lagi.
Matanya sempat melirik kearah pintu dewan dan secebis harapan telah membuatkan bibirnya tersenyum.
Sliding door itu tersangkut mungkin kerana sudah lama tak digris. Larian dipercepat dengan kadar yang maksima. Pintu masih lagi mempunyai ruang untuk dia menyelinap masuk.
'Oh yeah. I can do this!' Dia semakin hampir, hampir, hampir dan...papp.
🌾🌾🌾
YOU ARE READING
Aku Suka Kau
Teen FictionAku Tengku Alia Juliana Cuma murid biasa Jadi pengawas, takde maknanya Murid kesayangan, memang jauh sekali. Sebab? Aku selamber badak je tido dalam dalam kelas. Tapi, tetap dapat Top 10. MUAHAHAHA... Okey, nak kena terajang aku ni Ada kawan, of c...