Bab 4💮

70 9 0
                                    

Flashback

(Aku ingat semula kejadian ni selepas cikgu cerita..pastu yang aku pengsan, cerita berdasarkan apa yang cikgu kata 👌 )

Papp!!

Bunyi sliding door dewan ditutup. Pada masa yang sama  aku terlanggar dengan muka telah terpenyek kat permukaan pintu tuh.

Perlahan lahan aku melurut jatuh. Bunyi yang terhasil menyebabkan Cikgu Rania menoleh kearahku.

Wanita itu meluru dan membuka pintu. "Ya Allah! Macam mana boleh jadi gini?" Aku memandang cikgu. Raut wajahnya begitu terkejut.

Kepalaku terasa berpusing pusing dan aku nanpak cikgu ada dua orang.

Aku menggelengkan kepala beberapa kali. "Julia?" Cikgu memanggil.

Aku memberikan senyuman sambil tangan menunjukkan ibu jari. Mataku  dihalakan ke dalam dewan.

Semua pelajar sedang memandangku. Aku tak nampak apa reaksi diorang sebab penglihatanku berpinar pinar.

Aku bangun dari melutut. "Julia, lutut kamu berdarah!!" Kata kata cikgu tak dihiraukan.

Aku berjalan masuk dengan terhinjut hinjut. Senyuman masih tak lekang daripada bibir.

"Saya okey!" Aku berkata sebelum aku jatuh tersembam ke lantai.

Guru guru dan para pelajar di dalam dewan yang menyaksikan perkara tersebut terkejut.

Baru je cikgu hendak mengangkat badanku tetiber..

"Cikgu, biar saya tolong!!" Seorang pengawas menghampiri cikgu.

Dia menggendong badanku. "Bawa dia terus ke bilik rawatan. Jangan nak bawa ke tempat lain pulak ya?" Cikgu Rania memberi arahan.

Pengawas itu tersengih dan menganggukkan kepala sebelum berlalu keluar dari dewan.

End flashback

"Dan yang angkat kau tuh..." Yanie mengangkat keningnya berkali kali.

"Ketua Pengawas!!" Jerit diorang serentak. Woi, bingit telinga aku! Aku memberi jelingan maut.

"Jadi korang tahu lah?" Soalku bingung. "Iyer hakak. Orang lain pon tahu." Yanie berkata.

Aku membuntangkan mata. 'Patutlah...' Aku menggaru dagu. "Kau dah kenapa?" Aku menggeleng.

"Jom balik kelas. Rehat dah habis." Aku berdiri lalu berjalan meninggalkan diorang.

"Woi mangkuk!! Dasar loh.." Yanie mengomel. Biha dan Najwa sudah pergi. Tinggal lah dia sendirian.

"Kawan jenis apakah ini?? Tinggal kawan sorang sorang. Huh!" Dia pon mengejar langkah diorang yang sudah jauh.

Di kelas 4 Brilliant..

Aku melangkah masuk. Baru setapak tetiber..

"Alien dah sampai!!" Seorang pelajar lelaki menjerit. Hadoii.. asyik jerit jer. Boleh pekak aku.

"Kau ni nak kena hempuk ke, Fikri?!" Aku menengking. Hah, kau kan dah kena.

Rasanya sampai tingkat atas boleh dengar suara aku. Asyik korang je jerit, aku pon nak jugak.

Orang lain hanya menonton. Takut masuk campur. Kang ada yang kena ngapp dengan aku.

Fikri menggigil. Baru sikit dah kecundang. Haish..mamat pondan nih..

Aku Suka KauWhere stories live. Discover now