Bab 9💮

43 6 0
                                    

Tarik nafas hembus...
Tariiikkkk...hembuuussss...fuhh
1

2

3
Okey... Ready, set..GO!!!

"Woi! Kau sape nak suruh dia?!!" Satu suara menghampiri.

Aku, Daniel dan Lukman tersentak. Sape yang jerit macam orang kena kacau ni??

Satu kelibat datang. Mukanya merah menahan amarah. Dia berdiri di sisi. Sisi sape? Aku lah!

"Kau dah kenapa terjerit jerit? Ingat kitorang pekak ke?" Daniel bangun dari baring. Kepalanya bertambah sakit bila ada satu malaun terpekik kat sini.

"Biarlah! Mulut aku!!" Akif memeluk tubuh.

Lukman pula hanya tenang sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

Aku pula tengah serabut. Dengan si pesakit lagi tambah pula budak baru ni. Haduh, boleh pecah kepala aku tau.

"Kau sape hah? Apa hubungan kau ngan dia?!" Daniel berang.

"Kalau kau nak tahu, aku ni...umphh.." Aku menutup mulutnya dengan tanganku.

Akif meronta ronta minta dilepaskan. Aku memberi isyarat supaya senyap. Dia akur.

Aku melepaskan pegangan. Nasib tak terlepas. Kalau tak siap budak tu aku kerjakan.

Daniel dan Lukman saling berpandangan. Masing masing mengangkat bahu.

"Apesal?"

"Erk..takde lah. Hmm, dia ni girlfriend aku.." Akif berkata perlahan.

Aku terkejut lalu dengan spontan aku menyiku perutnya.

"Aduh duh....sakit lah nenek!" Dia memegang perut.

Yang berdua tu terkejut. Tapi memasing tak mahu masuk campur.

"Kau kata aku nenek? Eeiii!!" Rambut coklatnya aku tariiikkkk.
"Dah lah. Sibok je kau. Pergi jauh jauh!!" Aku menolak badan Akif ke luar.

"Isy, tak nak! Aku nak duduk sini." Dia mengeraskan badan. Tangannya disilang ke dada.

"Erghh..fine!" Aku duduk di sofa sambil memeluk tubuh.

Semua di dalam bilik rawatan membisu. Sunyi..sepi..senyap. Aman sekejap...

"Woi! Pehal kau duduk? Kau tak selesai lagi!" Laung Daniel. Isy, memang nak suruh aku pekak ke?

"Kau tak boleh cakap elok elok eh? Sikit sikit nak tengking. Hah, entah entah waktu kecik makan pembesar suara. Kau tahu tak, kalau asyik jerit boleh dapat penyakit? Memang nak cepat pecah peti suara tu? Hesy, nilah budak budak zaman sekarang.." Aku menggeleng kepala. Sampai aku tak perasan yang aku dah membebel macam mak nenek.

"Tak tahu pulak yang budak ni kuat membebel." Daniel tersenyum sinis. Lukman pula ketawa kecil.

"Do i care? My mouth." Aku mencebik bibir.

"Ah, cepat! Darah ni dah kering tahu." Arahnya. Tahu mengarah je. Dasar giler kuasa.

Aku merengus kasar. Aku mendekati katilnya lalu mengambil first aid kit.

Aku termenung. Macam mana nak buat? Mana satu yang kena dulu? Aku menggaru kepala.

"Haish, serabut lah! Aku mana reti!!"

"Takpe, biar aku tolong." Lukman bersuara.

"Tolong?" Mataku bersinar.

"Tolong ajar kan..hehe.." Sambungnya lagi. Terus aku down. Ceh..

"Nanti abang ketua pengawas mengamuk." Dia menepuk bahu Daniel.

Abang? Urghh.. Aku buat gaya mata ke atas sambil tangan di bahu.

"Okey, mula mula kena cuci dulu." Kata Lukman. Aku hanya mengikut arahannya.

Dan bermula lah sesi rawat merawat.

"Pastu kau tekan slow slow." Aku menekan kapas yang dah diletakkan ubat ke dahi pesakit.

"Weih, aku lemah lah." Ujarku. Tangan masih memegang kapas.

"Kenapa?" Soal Lukman. Pelik. Lemah sebab apa? Daniel hanya berdiam diri. Terleka dengan rawatan yang diberikan.

"Sebab..." Aku terdiam seketika. Mereka berdua sedang menanti sambungan ayatku.

"Kau ajar aku dengan lembut sangat. Lemah gemalai...rasa macam nak...." Kataku terhenti lagi.

"Rasa macam nak ape?"

"Nak cubit je mulut tu.." Hee.. gediknya aku. Aku saje je.

Lukman tertawa besar. Aku pun ketawa sekali tapi kecik je. Control keayuan gitew.

"Ye lah..aku dah anggap kau macam adik aku tau." Lukman memandang aku.

"Aku pon dah anggap kau abang aku."

"Woi! Aku ada kat sini. Jangan nak tunjuk kemesraan korang kat depan aku!" Daniel membentak.

Aku geram. Kacau daun betul mamat ni. Kapas ditekan dengan kuat di dahinya. Ambik kauu!!

"Auch, sakit giler!!" Jeritnya. Aku menjelir lidah. Padan muka!

"Eleh, orang tu jeles sebab tengok kita bermesraan, kan?" Lukman kupandang. Dia tersenyum.

"Eeii, geli aku." Daniel buat muka menyampah. Aku malas nak layan.

Selesai meletakkan ubat, aku segera membalut kepalanya dengan bandage yang disediakan.

"Dah siap!" Aku menepuk tangan keriangan. Gembira kot dapat buat benda macam ni.

"Giler eh?" Aku menunjal dahinya. Memandai je cakap orang giler.

"Woi, syukur aku tolong. Kalau tak aku biar je." Aku berkata sambil menilik kuku dijari.

"Kau main cara kotor nak balas dendam kat aku. Agak agak lah."

"Hello! Kalau aku nak buat, tak main lah jarak jauh pukul bola. Kalau boleh, aku nak je pukul kau guna kayu pemukul tu. Biar pengsan masuk hospital terus." Gumamku selamba.

Daniel terus membulat mata.

"Uishh, mulut kau!" Aku meletakkan jari telunjuk dibibir.

"Sian baby titew. Sampai tertidur." Aku berjalan menghampiri Akif yang terlena di sofa.

"Huh, baik aku blah cepat. Nanti meletop aku." Pipi Akif kuusap perlahan. Dia terkebil kebil.

"Jom balik kelas." Dia bangun. Aku meletakkan tangan kirinya di atas bahuku. Tangan kananku memeluk pinggangnya. Kami berlalu keluar.

Daniel dan Lukman memerhati dari tadi.

"Erm, diorang ni pakwe makwe ke?" Tetiber Lukman menyoal.

"Huh.." Daniel mengeluh.

"Kau pehal?" Daniel menggeleng. Dia lantas berbaring sambil menarik selimut.

"Aku nak rehat. Kau pergi lah balik kelas dulu." Dia berkata. Lukman tanpa banyak soal terus berlalu. Memberi ruang kepada Daniel untuk berehat.

To be continue..🐩

Aku Suka KauWhere stories live. Discover now