谁 | Who
Dahlia (arabian night)
A flower that resembles a proud loud._______________
XIAO Ren duduk termenung di luar rumah, kolam kecil berisi ikan Koi itu direnungnya.
Sudah dua hari dia begitu, merenung nasibnya yang takkan dapat diperbaiki lagi.
Papa dan mamanya masih memulaukan dirinya dari segala aspek. Termasuklah ketika mereka berbincang tentang menu makanan yang patut dihidangkan pada hari itu.
Bunga-bungaan yang sepatutnya Ren uruskan diberikan pada orang lain.
Bila waktu makan, Ren dibiarkan seorang diri. Hanya Mei saja yang datang menemani namun itupun ditegur Papa.
Sebegitu kecewanya mereka pada Ren hingga mereka sanggup menganggap dirinya seperti orang asing saja didalam rumah tersebut.
Ingin rasanya dia menangis dan meraung sekuat hati, namun semuanya seakan terkubur didalam hatinya yang mula mati.
Ren sudah lali.
Keluarganya sudah bersikap begitu sejak dia merayu untuk bertunang dengan lelaki korea bernama Jimin.
Kemesraan mereka sekeluarga sudah mula hilang saat Ren menjalinkan hubungan dengan Jimin.
Sakit, tapi Ren masih mampu menahannya.
Xiao Ren gadis yang kuat, kan? Bisiknya didalam hati.
Keluhan berat dilepaskan, sebiji batu dicapai lalu dibalingnya kedalam kolam. Geram.
Jika dirinya dilahirkan didunia hanya untuk disakiti, apa gunanya dia hidup, kan?
Dimana ketika sepatutnya keluarga yang menjadi tempat mengadu dan meluah perlahan- lahan menjauhinya?
Dimana mereka saat Ren patah hati? Dimana sokongan mereka bila Ren berjaya mengecap kejayaan berjaya meraih anugerah dekan di universiti?
Tak ada.
Hidupnya berubah bila dia berjumpa Jimin.
“Ren dah tak tahan.. (cc)” bisik Xiao Ren.
Sejujurnya dia penat.
Dia penat menjadi gadis bodoh.
“Xiao Ren?” panggil seseorang dan serentak Ren mendongak. Dahinya berkerut pelik.
“Kun, apa awak buat kat sini?(cc)” soal Ren. Pipinya yang basah cepat- cepat dihapus menggunakan ibu jari.
Lelaki itu cuma tersenyum, dia melabuhkan punggung disamping gadis itu.
Senyuman tak pernah lengkang di bibirnya membuatkan kekacakannya semakin menyerlah.
“Saja singgah, kerja. Saya dapat tahu alamat rumah awak dari Sue. Saya kesini dengan mama. (cc) Saya cari awak kat kedai bunga awak, but you're not there.” ucap Xukun.
“Hem..”
“Awak betul- betul okay? (cc)” soal Xukun. Ren mengangguk kecil tapi wajahnya tetap ditundukkan.
“Bu yao pian wo.. (don't lie to me..)” bisik Xukun sebelum dagu Ren disentuh sebelum dinaikkan agar memandangnya.
Anak mata lelaki itu buatkan Xiao Ren tak mampu menahan tangisnya.
Tak semena- mena dia palingkan wajahnya, mengelak dari menangis dihadapan Xukun. Lelaki itu mendengus kecil.
“See? You're lying.”
Tersenguk- senguk Ren menangis, habis hujung lengan baju Hanfu- nya itu basah kerana air mata.
“Ren..”
Bahu Xiao Ren ditarik lembut agar gadis itu berhadapan dengan dirinya.
Sekali lagi dagu Ren disentuh dan wajah gadis itu didongakkan agar memandangnya.
“Saya tak suka tengok perempuan nangis, so please stop.” bisik Xukun sebelum tubuh Xiao Ren ditariknya kedalam pelukan.
“Saya tahu awak kuat. (cc)” bisik Xukun sebelum belakang tubuh gadis itu diusapnya.
Xiao Ren tersenguk- senguk. Bila gadis itu sudah tenang, barulah pelukan dileraikan.
Xukun diam, pipi Xiao Ren yang basah dengan air mata itu diusapnya.
“Xie xie (thank you)” ucap Ren.
Mereka membisu, tapi masih dalam posisi yang berhadapan. Tak semena- mena bahu Xiao Ren di cengkam lembut oleh lelaki itu.
“K- kun?”
“Xiao Ren, kahwin dengan saya. (cc)”
Xiao Ren bungkam.
.
ugh!
Btw check this story too.
Sharing puisi
By ukhtiqowiyUQ[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] 谁 WHO | 지민 ✓
FanfictionPertunangan selama hampir 6 tahun itu seakan sia- sia saja bila si jejaka, Park Jimin mula tawar hati dengan Xiao Ren. Gadis berdarah cina itu. Kesibukan kerja buatkan cintanya pada sang gadis semakin pudar menjadikan Xiao Ren seperti sedang cinta b...