谁 | Who
Spirea
A flower that resemble
'I'll be waiting'_______________
JIMIN meraup wajahnya, dua panggilan dari tunangnya Xiao Ren, yang tak berjawab itu dia renung malas.
Telefon pintarnya dia letakkan atas meja kerja.
Rimas, sesak, tak suka.
Kenapa sejak akhir- akhir ini dia rasakan panggilan dan mesej dari Xiao Ren itu agak merimaskan? Jimin tak pasti kenapa dia merasa seperti itu.
Tapi yang pastinya, dia merasa rimas dan serabut.
“Xiao Ren, dui pu chi (i'm sorry)” ucapnya seraya meraup rambutnya kebelakang. Tubuh disandarkan pada kerusi kerja.
Keningnya diurut perlahan.
Pening memikirkan hal tunangnya dan dia juga pening memikirkan tentang hal pejabat.
“Jimin, boleh aku masuk?” soal Jungkook namun dia sudah berada didalam pejabat Jimin sebelum dia meminta izin untuk masuk.
Dasar Jebon.
“Apa?”
“Soal meeting esok, paper work yang kau minta tu dah siap. Tinggal bentang je.” ujar Jungkook, dia melabuhkan punggung diatas kerusi dihadapan Jimin.
Jimin mengangguk kecil.
“Aku peliklah dengan kau ni, Jimin. Sejak dua menjak ni, asyik termenung je. Ada masalah ke?” soal Jungkook.
Jimin menggeleng kecil. Jungkook membuat muka.
“Kau jangan nak kelentong akulah. Aku tau kau ada masalah.” balas Jungkook. Jimin diam, dia lepaskan keluhan kecil.
“Rindu tunanglah tu.”
“Entahlah kook.. aku rasa aku dah tawar hati..” ucap Jimin rendah. Dia tundukkan badan, jarinya dibelek.
“Kau apahal bodoh?” soal Jungkook. Haa kan dah kena bodoh dengan Jungkook.
Dia sebenarnya tak menyukai pengakuan Jimin itu. Terus berubah riak wajah Jungkook bila Jimin menjelingnya.
Lelaki itu mengeluh.
“Entahlah..”
“Kau ni.. ish. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kau dah bertunang dengan Xiao Ren dah nak dekat 6 tahun tahu tak? Senangnya kau nak lepas dia macam tu!” ucap Jungkook.
Jungkook pegang kepala, masalah Jimin, dia yang sakit kepala.
“Kau kenapa sebenarnya? Dah jumpa yang baru?”
“Bukan..”
“Habis tu?” soal Jungkook. Pelik betul dia dengan Jimin ni. Dia patut bersyukur sikit, dah bertunang pun dengan Xiao Ren. Lawa pulak tu!
Apa lagi yang tak cukup Jimin oi?
“Wei shema (kenapa?) Cewah. Apa dia? Apa yang buat kau dah mula tawar hati? Tulah, bertunang pun lama-lama. Tengok, dah tawar hati, kan?” ujar Jungkook.
“Aku..”
Berdebar- debar Jungkook menunggu pengakuan dari Jimin ini. Sampai mahu berdiri dia.
“Apa?”
“Sebenarnya, aku masih tak boleh move on dari dia.”
Jungkook terpempam.
.
Siapa si dia ni?
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] 谁 WHO | 지민 ✓
FanficPertunangan selama hampir 6 tahun itu seakan sia- sia saja bila si jejaka, Park Jimin mula tawar hati dengan Xiao Ren. Gadis berdarah cina itu. Kesibukan kerja buatkan cintanya pada sang gadis semakin pudar menjadikan Xiao Ren seperti sedang cinta b...