谁 Bab 17

1.8K 287 89
                                    

谁 | Who

China EsterA flower resembles fidelity and thoughtfulness

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

China Ester
A flower resembles fidelity and thoughtfulness.

_______________

APA yang Jimin dah buat ni?” soal Puan Park, cincin tunang belah rotan yang Ren berikan kepadanya itu dia letakkan atas meja.

Dia berikan pandangan penuh geram terhadap anak terunanya, Park Jimin.

Kalau boleh mahu saja dimakinya anak lelakinya itu.

Tak sedar ke yang umur dah masuk ke fasa penuaan? Umur dah sesuai nak jadi bapa budak!

Jimin cuma merenung cincin tersebut, hatinya sakit bila mengenangkan Xiao Ren yang pergi tanpa memberikan sebarang makluman kepada dirinya.

Dia tahu dia keterlaluan, tapi tak bolehlah Xiao Ren memberinya ruang untuk memperbetulkan semuanya?

Selama ini, dia jadikan Xiao Ren bayangan Anna kerana cara percakapan gadis itu, perwatakannya, senyumannya dan segala- galanya tentang Anna ada pada Xiao Ren.

Memang dia pentingkan diri, tapi.. semua orang ada buat salah, kan?

“Mama nak Ren jadi isteri Jimin.”

“Jimin dah putus tunang de-”

“Semua ni takkan berlaku kalau kamu tak buat hal! Tahu tak yang kamu dah bertunang dengan Ren dah hampir 6 tahun?! Apa makna semua tu?” soal Puan Park.

Kusyen yang berada ditepinya dibaling pada Jimin. Tapi lelaki itu cuma mendiamkan diri.

“Jimin tak sedar ke yang mama ni dah tua? Mama nak juga rasa gendong cucu, mama nak tengok kami kahwin sebelum mata mama tertutup! Susah sangat ke Jimin nak faham?!” ujar Puan Park geram.

Jimin sedikit tersentak, namun dia tetap mengeluh menandakan bahawa dia penat.

Penat dengan bebelan mamanya itu.

“Jimin dah tak boleh nak buat apa kalau Ren dah buat keputusan macam tu-”

“Ren pula takkan buat macam tu kalau kamu tak mulakan dulu!” potong Puan Park.

Jimin mengetap bibirnya. Tapak tangannya dikepal geram.

“Kenapa mama nakkan sangat perempuan cina tu? Apa baiknya? Jimin boleh cari perempuan yang lagi cantik dan lagi bagus dari dia!”

“Perempuan cina macam Anna Fang dan Xiao Ren boleh buatkan Jimin sakit jiwa!”

“Tiap- tiap hari nak membebel! Tiap- tiap hari nak call! Macam tak ada benda lain nak dibuat!” pekik Jimin. Dadanya berombak selepas amarah terluahnya.

Puan Park mendiamkan diri.

“Jimin cintakan Anna.. tapi dia terlalu mendesak, Jimin cintakan Xiao Ren tapi dia.. terlalu baik.” lirih saja nada suara Jimin mengucapkannya.

Wajahnya diraup kasar.

“Xiao Ren cuma terlalu baik untuk lelaki seperti Jimin..” bisik Jimin, setitis air mata jantan mengalir pada pipinya.

“Jimin lepaskan dia untuk dia bahagia..” ucap Jimin.

“Tapi Jimin tak sangka yang Jimin..” Jimin menggantung ayatnya, rambut hitamnya dikuak kasar.

“Masih perlukan dia dari yang Jimin sangka..”

Ego.

Dia cuma terlalu ego dan dia cuma terlalu taksub dengan kekasih lama hingga dia terlupa bahawa masih ada yang tulus mencintainya tanpa dia sendiri sedar.

6 tahun dia bersama gadis itu, layanannya cuma buat Anna. Bukan Xiao ren.

Jimin terlalu taksub hingga dia mula membayangkan bahawa Xiao Ren yang bersamanya adalah Anna.

Bodoh.

Lelaki bodoh.

Kalau boleh dia mahu memutar kembali waktu, hingga semuanya kembali ke sedia kala ataupun dia akan mencari Xiao Ren dan betulkan semuanya?

Tapi..

Masih adakah peluang untuk dia kembali kepada Xiao Ren?

Atau..

Jodoh mereka hanya sampai sini saja?

.

Dugeun dugeun.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] 谁 WHO | 지민 ✓Where stories live. Discover now