Part 4

5 0 0
                                    

Y/N meletakkan tangan di dadanya. Laju... Jimin ni memang boleh buat dia gila. Dia belek gambar yang ada pada telefonnya. Dia tersenyum apabila gambar Jimin yang muncul.

Haih Jimin... Kalau kau tau aku suka kau, kau suka aku balik tak? Sebab kau ramai perempuan keliling kau. Aku tak cantik, tak seksi macam perempuan-perempuan yang kau pernah keluar. Aku hanya boleh pendamkan je perasaan ni, bisik hati Y/N. Y/N mengeluh lalu meletakkan telefonnya dia poket.

"Y/N, jom bersiap. Malam ni kan ada aktiviti bebas kat taman? Jom," ajak Tasha yang menjengahkan mukanya memandang Y/N. Y/N menganggukkan kepalanya lalu terus menukar baju yang sesuai.

Suasana riuh rendah dengan suara nyanyian dari pelajar-pelajar yang berada di situ. Di hujung mata Y/N, dia melihat Jimin sedang didekati oleh beberapa orang perempuan. Tapi ada satu benda yang aneh. Jimin menolak semua perempuan tersebut sambil memandang Y/N. Y/N jadi tak keruan lalu bangun mengambil air di meja buffet yang disediakan oleh pihak kolej. Y/N termenung seketika memikirkan mengapa Jimin berbuat demikian. Tiba-tiba ada pengumuman untuk mereka semua berkumpul di tengah taman ditemani api tiruan.

"Okay, semua! Malam ni saya nak tengok bakat korang semua. Dah lama kan kita tak keluar macam ni? Jadi, ada sesiapa yang nak cuba?" ujar seorang fasilitator yang menjaga mereka semua. Semua menunjukkan bakat masing-masing. Ada B-boy, menyanyi, menari dan meniru suara alam. Ada juga yang menyanyi dengan meniru artis kegemaran masing-masing. Kelakar habis. Sampai tiba-tiba Jimin majukan diri ke tengah sambil membawa gitar.

"Ehem! Saya nak nyanyikan satu lagu yang saya cipta sendiri untuk orang yang sangat istimewa buat saya," ujar Jimin. Semua memandang ke arah Jiyeon yang orang sedia maklum tentang perasaannya pada Jimin. Mereka menyangka Jimin suka akan Jiyeon dan  menyanyikan lagu itu untuknya. Dengan muka bangga, Jiyeon bangun lalu lambai seperti Miss Universe.

"Kau tengok tu, Y/N. Over!" Ujar Tasha yang berada di sebelahnya. Y/N hanya ketawa.

"Okay, 1 2 3, go!" Jimin terus memetik gitarnya dengan merdu. Y/N hanya memandang sambil tersenyum. Dia begitu menikmati alunan suara Jimin sampai hanyut dalam pandangan Jimin. Jimin yang juga sedang memandang Y/N juga tersenyum.

Malam ni aku mesti luahkan dekat Y/N... bisik hati Jimin. Makin lama Y/N dengar, makin dekat lagu itu dengannya dan baru dia perasan Jimin memandangnya penuh makna. Mata Y/N terus memandang tempat lain.

Gatal sangat kau ni Y/N sampai tak ingat dunia pandang crush kau. Tapi kenapa lagu ni macam familiar ea? Ouhhhh!!!! Ni lagu yang dia reka masa dalam bas and ada part yang ada kena mengena dengan aku yang Jimin sorang je tau... Y/N memandang Jimin kembali. Mata Jimin tidak lekang memandang Y/N dari tadi.

Jimin, lagu ni untuk aku ke?

Ye, untuk kau!

Mata mereka seperti berkata-kata. Y/N menggelengkan kepalanya. Ini tak mungkin benar!

Habis sahaja lagu, riuh dengan tepukan tangan pelajar. Jimin ingin mendekati Y/N tetapi Jiyeon terus memeluk Jimin.

"Jimin, I tak sangka you nyanyikan lagu ni untuk I. Thanks, Jimin." kata Jiyeon lalu mencium pipi Jimin. Jimin hanya tersenyum lemah. Matanya mencari Y/N tapi dia hilang dari pandangan. Jimin mengeluh perlahan.

Do You Love Me Too ? #dylmt? {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now