Part 1

6 0 0
                                    

"Aku benci betul lah. Asyik kacau aku je mamat tu. Rimas aku!" bebel Y/N. Tasha yang sedang menghirup mee supnya memandang Y/N hairan.

"Jimin?" soal Tasha. Y/N mengangguk sambil mengeluh. Tasha menggelengkan kepalanya.

"Asyik gaduh je korang ni. Jangan macam-macam Y/N. Takut jatuh cinta," usik Tasha. Muka Y/N terus berubah.

"Dengan playboy tu? NO WAY!" jawab Y/N dengan suara separuh tinggi. Tasha hanya menjongketkan bahunya.

Sebenarnya ini yang Tasha tak tahu. Y/N dah lama suka kat Jimin tapi dia pendamkan saja sebab ramai lagi perempuan yang lagi cantik daripadanya. Walaupun sikap suka kacau orang tu buat Y/N rimas and rasa nak bunuh je mamat tu, dia tetap bersyukur sebab Jimin kenal dia yang hanya biasa-biasa ni.

Hari ini kolej ada mengadakan aktiviti luar. Tempat duduk telah ditetapkan dengan mencabut undi. Dapat sahaja nombor tempat duduk, Y/N terus berlari mendapatkan Tasha.

"Sha, kau nombor berapa?" soal Y/N

"No. 3. Kau?" soal Tasha pula. Muka Y/N terus berubah muram.

"Alaaaa... Kita tak duduk sama-sama. Hmm~" jawab Y/N sambil memuncungkan bibirnya. Dia menaiki bas tersebut dengan harapan partner dia boleh sekepala dengannya. Dia keluarkan earphone dari beg tangannya dan mula mendengar lagu.

"Eh, Y/N! Tak sangka kita duduk sama-sama. Aktiviti kalini mesti best sebab ada kau," ujar Jimin sambil keningnya menari ronggeng. Terus berubah muka Y/N.

"Kau partner aku? Kau silap tempat ni, ujar Y/N. Jimin hanya memekakkan telinga dan duduk di sebelah Y/N.

"Terimalah hakikat kita partner dalam bas ni. Best jugak, boleh kacau kau hehe," jawab Jimin sambil tersengih.

"OMG comelnyaaaa ~ Kyaaa ~" hati Y/N melonjak-lonjak suka tapi Y/N tak tunjukkan di muka. Y/N hanya mengeluh lalu membiarkan Jimin di sebelah.

Sepanjang perjalanan, Jimin dengan kerja dia, Y/N dengan lagunya. Y/N mencuri pandang kerja Jimin di laptop. Nampak macam lirik lagu. Y/N hanya menjongketkan bahu lalu tidur ditemani lagu.

Lagi 2 jam mereka akan sampai ke destinasi. Jimin tak boleh tidur, jadi dia menyumbat telinganya dengan earphone dan mendengar lagu dengan harapan dia dapat tidur. Baru sahaja ingin melelapkan mata, dia dikejutkan dengan penambahan berat di bahu kirinya.

Y/N yang tidur nyenyak tidak sedar yang kepalanya sudah bersandar pada bahu Jimin. Jimin memandang Y/N yang lena dibuai mimpi. Jimin tersenyum. Tiada siapa yang tahu apa yang dia rasakan sekarang. Jimin menyelak rambut Y/N yang menutupi muka.

"Tidur pun comel," Jimin tersenyum lalu meletakkan kepalanya di kepala Y/N lalu tertidur.

~SHIP IS SAILING. I REPEAT SHIP IS SAILINGGGG~

Do You Love Me Too ? #dylmt? {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now