Bab 9-Cinta ?

47 6 14
                                    



"Assalamualaikum .. Korang masih ingat aku?" Tanya Aish Azmirul dengan jantung berdegup pantas menunggu balasan kata-kata daripada 4 gadis itu..
Sedang seronok bersembang, tiba-tiba Hannah,leeyana,urasyumi dan Farrasya terhenti dan perlahan-lahan kepala dan mata mereka dialihkan ke arah suara yang tiba-tiba muncul itu..
Dalam hati keempat gadis jelita itu,perasaan mereka berbaur.Sedih, gembira, semuanya ada..
"Waalaikummussalam.. ingat" jawap Farrasya perlahan.
Aish Azmirul tersenyum manis."Boleh aku duduk?" Tanya Aish Azmirul sambik jarinya menunjukkan tempat kosong disebelah Hannah.
"Duduk la.." jawap Farrasya
Urasyumi, Leeyana dan Hannah masih terkejut dengan kehadiran Aish Azmirul.
Lalu,Aish Azmirul menarik kerusi.Duduk di sebelah Hannah sambil matanya melirik kepada Hannah."Hannah.. cantiknya kau.." desis hati Aish Azmirul.Tiba-tiba jantungnya berdegup pantas,perasaannya pada Hannah masih utuh dalam hatinya.Tiada sesiapa yang tahu isi hatinya yang dia sudah jatuh cinta dan masih menyintai Hannah Afyzha.Selama 5 tahun,hati Aish masih kosong seperti dahulu.Dirinya amat merindui untuk menatap wajah manis Hannah,kelakuan Hannah masih menari-nari di ruang ingatannya.
"Hm..kenapa senyap je ni?" Tanya Leeyana apabila menyedari keadaan sunyi sepi antara mereka.Dan dia juga sedar mata Aish Azmirul lama melirik kepada Hannah.
"Em emm.."Hannah berdeham untuk menyedarkan Aish Azmirul yang sedari tadi menatap wajahnya.Ya, Hannah nampak dengan jelas mata Aish Azmirul asyik  memandang wajahnya..Apa? Ada cacat ke?
Aish Azmirul terkejut dengan suara lembut Hannah.
"Hm ya yaa.. korang apa khabar?" Tanya Aish dengan perasaan sedikit malu kerana kelakuannya disedari 4 gadis itu.
"Alhamdulillah..kitaorang sihat sejahtera.."jawap Urasyumi bagi pihak dirinya dan 3 rakannya sambil tersenyum.
"Korang buat apa sekarang? Maksud aku dah kerja ke? Atau masih belajar..hm.ataupun ada yang sudah berkahwin?" Tanya Aish Azmirul ingin mengetahui hal semasa rakan-rakannya.'Rakan-rakannya' ? Iye ke masih rakan?Bukan ke Aish Azmirul sudah buang 4 gadis yang ikhlas berkawan dengannya?..
"Kami semua masih belajar..tapi urasyumi masih menyertai kursus bakeri.." jawap Hannah.
"Ouh wow..tahniah urasyu.." ucapan tahniah khas untuk Urasyumi yang sudah berjaya dan bakal menjadi chef bakeri"
"Thanks Aish..kau sekarang kerja dah ke?" Tanya Urasyumi pula.
"Alhamdulillah aku dah kerja..sekarang aku bekerja di syarikat guaman" balas Aish sambil tersenyum simpul.
"Uuuuuu peguam rupanya.." jawap Hannah dengan teruja sekali.
"Alhamdulillah..bakal suami awak ni.." jawap Aish Azmirul dengan penuh makna tersirat sambil matanya melirik ke arah Hannah Afyzha.
Hannah disebelah Aish sudah terkejut dengan kenyataan yang disebut Aish..
"Hm..hihihihi" hanya ini yang dijawap Hannah kerana berasa malu yang teramat..tetapi dalam hatinya berasa sesuatu yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
"Aish,boleh bagi nombor telefon kau?" Pinta Leeyana berharap agar Aish memberikan nombor telefonnya dan mereka masih boleh menjalinkan hubungan persahabatan.
"Boleh.." balas Aish sambil tersenyum lalu memberi kadnya..Kad kerja dan disitu sudah tertulis nombor telefon.
"Hannah.." panggil Aish Azmirul tiba-tiba selepas selesai perjumpaan mereka.Hanya tunggu masa mereka ke kereta masing-masing.
"Iye.." balas Hannah perlahan.
"Rumah kau masih dekat perumahan dulu tu kan?" Tanya Aish Azmirul dengan berhati-hati..Risau Hannah dapat menangkap rancangan yang sudah lama difikirkan.
"Yes,still dekat situ.." balas Hannah tanpa menyesyaki sesuatu.
"Okay thanks..boleh tak lepasni,aku nak jumpa dengan kau je" tanya Aish.
"Mestilah boleh!" Balas Hannah
Aish Azmirul tersenyum sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya.
Lalu,mereka semua berpecah..Kembali ke kereta masing-masing untuk pulang ke rumah orang tua mereka.



Hehehehe guyss! Macam mana bab 9 ni..keep support me dengan follow,vote dan comments ya!
#no copy ya
Af

Sahabat sementara ke selamanya nii?Where stories live. Discover now