Bab 1 - Perkenalan

84 10 0
                                    


Pada suatu hari yang indah,di sekolah menengah Sri Langkasuka....

"Weh Hannah! Ada budak baru la kat kelas kita" Leeyana bercakap dengan Hannah sambil memandang pelajar baru
"Mana mana??!!" Mata Hannah meliar ke sekeliling
"Ishh tu lah" kata Leeyana sambil menunjukkan ke arah pelajar baru tersebut.
"Uwuuu" kata Hannah sambil memandang pelajar baru itu dengan mata bersinar.
"Wehh kau jangan lah buat hal" Marah Leeyana sambil menepuk bahu rakannya.
"Apa? Salah ke nak tengok" Hannah jeling kepada Leeyana.
"Bukan ke kau nak single.. HahahahaHa Hannah dah jatuh cinta laa" celah urasyumi sambil tergelak.
"Wekkk..sibuk je korang ni" Hannah jelirkan lidah.
"Okay Assalamualaikum semua..harini kita ada pelajar baru" Kata cikgu ida.
Hannah,Leeyana,urasyumi dan Farrasya saling berpandangan dan mengangkat kening masing-masing seperti sudah merangka suatu rancangan.
"Okay Aish,kenalkan diri kamu depan kawan-kawan baru kamu" arah cikgu ida sambil tersenyum manis ke arah Pelajar baru.
"Hai.. Assalamualaikum..nama saya Aish Azmirul..Saya dari Johor" Aish Azmirul tersenyum kepada semua rakan sekelas barunya.
"Hai Aish !!" sahut rakan sekelas barunya.
"Okay Aish,kamu boleh duduk sebelah Hakeem dan Rahman" Cikgu ida menunjukkan tempat dimana Aish boleh duduk.

*SELEPAS WAKTU REHAT*

"Hannah..jom berkenalan dengan budak baru tuu" ajak urasyumi sambil tersenyum gedik.
"Eeeee taknak lah aku. Kau gi lah ajak orang lain.Sibuk nak ajak aku kenapa?!"
Tolak Hannah sambil membuat muka.
"Alaaaa kau kan hot nnt senang la aku nk berkawan dengan dia" urasyumi tidak putus asa.
"Taknak taknak gi ajak orang lain shuh shuh" halau Hannah sambil tangan membuat isyarat 'pergi-pergi'.
"Ish taknak la kawan dengan kau ni!" Urasyumi sudah merajuk dengan penolakan Hannah.
"Ok" kata Hannah sambil menahan ketawa apabila melihat muka cemberut Urasyumi.
"Baru lepas makan jeruk ke urasyu tu hahahaha"bisik hati Hannah sambil ketawa kecil.

"Leeyana,jom berkenalan dengan budak tu" ajak urasyumi kepada Leeyana pula.
"Ok jom!" Jawap Leeyana dengan teruja.

"Haiii selamat berkenalan..kita jadi kawan boleh?" Leeyana mulakan dengan mukadimahnya.
"Hai ..mestilah boleh" jawap Aish Azmirul sambil tersenyum malu.
"Eyy asal dia ni senyum macam tu..nak termuntah aku" bisik hati Leeyana sambil membuat mimik muka ingin termuntah.
"Hahaha" Leeyana ketawa hambar dengan jawapan klise Aish.
Leeyana dan urasyumi berlalu daripada situ dan pergi ke arah meja mereka.
"Ha weh apa cita..macam mana dengan si Aish tu" Hannah teruja ingin mengetahui balasan Aish.
"Eyy dia tu kan, tak nampak macam pemalu pun..hm.. jadi dia ni boleh dikatakan peramah juga la..TAPI..dia tu macam annoying sikit la..tapi aku dapat rasa dia boleh jadi kawan kita" jawap Leeyana dengan wajah bersahaja.
"Ouh..apa kata, kita ajak dia masuk group kita nak?!" Idea gila Hannah muncul dan membuatkan Leeyana berasa pelik.
"Hm..kita tanya yang lain dulu, kalau yang lain ok,aku on je..lagipun aku teringin jugak nak ada best friend lelaki" Kata Leeyana sambil tersenyum membayangkan persahabatan mereka semakin kukuh apabila menambah seorang ahli lelaki.

Ok chapter 1 dh siap☺️
Harap korang enjoy tau..saya masih baru lagi mahu berjinak-jinak dalam bidang penulisan ni..😁
#no copy ya
Af

Sahabat sementara ke selamanya nii?Where stories live. Discover now