Bab 6 Kekesalan

35 7 0
                                    

Selepas 2 hari Aish Azmirul keluar daripada Cadburyss, Hannah,Leeyana,Urasyumi dan Farrasya masing-masing hanya berdiam diri dalam group whatsapp Cadburyss.
Suatu malam, Hannah menelefon Leeyana untuk meluahkan rasa sedih dan kecewanya.
"Hannah...kau ok tak ni.." kata Leeyana apabila mendengar tangis Hannah.
"Tak tahu la weh.."balas Hannah sambil tersedu-sedan akibat menangis.
"Aku pun sedih jugak dia tinggalkan cadburyss dengan kata-kata fitnah tu..tapi apa kita boleh buat kan..Dah itu keputusan dia.." balas Leeyana lemah..Terkesan dengan perubahan mendadak Aish Azmirul.
"Hm.." balas Hannah lalu meminta diri untuk merehatkan diri kerana sudah beberapa jam beradu dengan air mata sebelum bangkit menelefon Leeyana.

Di sekolah...

"Aish Azmirul.. Boleh tak kau beritahu kitaorang kenapa kau tiba-tiba tuduh melulu kepada kitaorang?" Ujar Urasyumi dengan berani.Walhal,dalam hati sudah dibaca surah-surah pendek kerana takut Aish menengkingnya di kalayak ramai.
"Kau nak apa lagi? Apa? Tak puas ke nak mainkan orang? Belum dapat lagi buli aku.Macam tu?"  Balas Aish Azmirul sambil menjeling Urasyumi.Tanpa sebarang perasaan,Aish Azmirul mengungkapkan kata-kata yang membuatkan Urasyumi dan rakan-rakannya terkejut. "Minggu ni aku last dekat sini..Aku pindah sekolah baru.Tak ingin aku hadap muka acah-acah korang.."Sambung Aish dengan muka bersahaja.
"Okay..kitaorang nak minta maaf" usul Hannah dengan baik dan ikhlas..Tetapi..sebaliknya berlaku..
"Minta maaf? Untuk apa? Ouhhhh sebab korang mainkan aku kan" tuduh Aish Azmirul tanpa memikirkan perasaan keempat-empat gadis jelita itu.
"Takpela..kitaorang minta diri dulu..." Usul Leeyana sambil menarik tangan tiga orang rakannya.

Tiba-tiba..Aish Azmirul merasakan air jernih mula membasahi wajahnya."ya Allah kenapa aku layan mereka dengan buruk sekali,sedangkan mereka melayan aku dengan baik...Kenapa aku tak siasat dulu sebelum menuduh mereka.." desis hati Aish Azmirul sambil meraup wajahnya. Menyesal.Ya menyesal yang dirasai Aish Azmirul ketika ini.

Hm..macam pendek sangat je ni.. kenapa eh? Ok kalau nak idea saya lebih banyak,korang support ok🤗! Tolong vote dan comments tau! Positive comments😊!
#no copy ya
Af

Sahabat sementara ke selamanya nii?Where stories live. Discover now