chapter 6

83 18 7
                                    

Hari ni semua Kelas Senior balik lambat.Jihyo terpaksa menunggu Taehyung untuk pulang bersama  jadi jihyo pun cepat-cepat mengemas barangnya dan segera keluar.

Semasa dalam perjalanan ke kelas Taehyung,ada 3 orang pelajar perempuan menghalang jihyo daripada meneruskan perjalanannya.

"So..this is Kim Jihyo.." kata salah seorang daripada mereka

"Not bad.."

"But aku rasa dia tak secantik kaulah Irene.Entah-Entah dia ni FAKE.."

"Yes,perempuan FAKE yang suka rampas hak orang.." balas salah seorang daripada mereka iaitu Irene.

"Irene kalau aku jadi kaulah kan aku dah belasah dah perempuan ni sampai mati.." kata salah seorang daripada mereka iaitu Solar.

Irene pun mula menghampiri jihyo.

"Aku nak kau dengar ni baik-baik, STAY AWAY from Taehyung or kau nak aku yang buat kau jauh dari dia.Tapi pada akulah kan baik kau jauhkan diri kau daripada dia,sebab aku malas nak bazirkan tenaga untuk lawan dengan orang lembik macam kau ni..." Perli Irene sambil menunjal-nunjal dahi Jihyo.

"Tak payahlah menyusahkan diri kau.Banyak lagi lelaki lain yang kau boleh pilih.Jap sapa nama budak nerd tu..umm Jungkook?"

"Ha yelah,budak nerd tu kan ada buat apa susah-susah nak cari lain.." kata Somi.

"Eh diam pula kau.Aku dengar bukan main gangster sangat kau kat sekolah ni,tapi dengan kami takut pula,dasar lembik!!" Kata Solar lagi.

"Kan,bukan main back up budak nerd tu padahal diri dia sendiri pun tak boleh nak bela..." kata Somi.

Mereka bertiga tertawa sinis

"Kami haraplah yang kau tak cari masalah sebab jaranglah orang cari masalah dengan kami,kalau ada pun mesti dah lesap esoknya..." kata Solar.

"Ingat tu sayang,kalau sayangkan nyawa baik berundur sebab aku kejam orangnya dan aku jamin yang kau tak boleh terlepas daripada aku.."kata Irene sinis.

"Oh ya,sebelum terlupa sila batalkan perkahwinan tu ya..kalau aku tahu perkahwinan tu diteruskan siap kau aku kerjakan.."kata Solar.

"Dahlah,buang masa kita
je..harap kau fahamlah ya FAKE girl...I'm warning you" kata Irene.

Mereka bertiga baru sahaja hendak beredar tiba-tiba Jihyo tertawa sambil menepuk kedua belah tangannya.

Jihyo pun mula mendekatkan jaraknya dengan Irene.

"Jadi kaulah Irene,Bae Irene.Gadis yang kena tinggal dengan Taehyung sebab curang tu kan.." kata jihyo sambil berdecit dan tertawa sinis.

"No wonder Taehyung tinggalkan kau.Perangai mengalahkan kera dekat hutan sana tu terloncat sana terloncat sini.Kalau setakat perempuan macam kau ni tak sesuailah dengan dia,He deserve better..." kata Jihyo sambil memandang sinis ke arah Irene.

"Kau dengar ni baik-baik,satu sekolah dah tau cerita kau putus dengan Taehyung sebab apa tu umm haaa sebab lelaki yang dekat kelas sebelah tu kan umm apa nama dia Seok apa haaaa Seokjin tu.."kata Jihyo.

"Jangan nak reka cerita!!"jerit Irene.

"What?salah ke apa yang aku cakap.Bukan kau ke yang terhegeh-hegeh kejar dia sedangkan kau dah ada Boyfriend" Kata jihyo sinis.

"KAU!!" Jerit Irene dan hendak menyerang Jihyo tapi ditahan oleh Solar dan Somi.

"Eh aku tak habis cakap lagi ni.Dengar ni baik-baik,kalau aku nak kahwin sekalipun dengan dia buat apa aku nak takut dengan korang ni.Lain kali jagalah baik-baik boyfriend tu dah jadi macam ni kan susah.." kata jihyo lagi.

REVENGE 🔫JungTaeHyo🔫 (HIATUS)Where stories live. Discover now