chapter 7

95 16 0
                                    

Beberapa bulan sudah berlalu,Jihyo dan Jungkook sudah menjadi semakin rapat..walaupun itu hanya pada tanggapan Jungkook sahaja tetapi itu sudah cukup membuatkan dia tidak berasa kesunyian lagi.Lelaki itu juga sudah mula selesa untuk berkongsi masalahnya dengan Jihyo tetapi hanya masalah di Sekolah dan bukan mengenai hal peribadinya.Sedikit demi sedikit Jihyo cuba mencungkil 'rahsia' itu tetapi masih tidak berjaya kerana Jungkook pasti akan segera menukar topik perbualannya demi mengelak pertanyaan Jihyo.


Tetapi pada suatu hari..segalanya berubah..



Jihyo ternampak Jungkook duduk termenung seorang diri di dalam Kelas semasa dia melepasi Kelas itu.

"Eh,apa yang dia buat seorang diri dalam kelas tu?" (Bruhh warna hitam ni ☝ cakap dalam hati tau)

Jihyo berpatah balik dan berdiri di hadapan muka pintu Kelas Jungkook.

"Dia nangis ka?"

Jihyo pun segera menghampiri Jungkook dan meneliti wajah lelaki dihadapannya itu.

Dia terkejut melihat wajah Jungkook sudah dibasahi dengan air mata.

"Kenapa pula ni?Selama ini kalau dia kena buli pun dia tak adalah sampai menangis..tapi kenapa sekarang?

Jihyo mengoncang lemah badan Jungkook.

"W-wae? Kenapa kau menangis?

Jungkook tidak memandang muka Jihyo tetapi tangisannya jelas menunjukkan yang dia memerlukan seseorang untuk menenangkannya.

Jihyo mencuba sekali lagi.

"Ada orang buat kau ka? Nak aku balas balik apa yang dia buat dekat kau?"

Jungkook menggeleng.Lelaki itu mengagahkan diri untuk bertentang mata dengan gadis dihadapannya ini.Jihyo terkejut melihat wajah Jungkook.

"Wuish,teruk ni.Kenapa boleh jadi sampai macam ni?"

Wajah lelaki itu merah.Matanya lebam dek kerana mengeluarkan air mata yang banyak.Mulutnya menahan daripada mengeluarkan rintihan yang sayu.Cermin mata sudah lama ditanggalkan dan terlihat serpihan kaca daripada cermin mata berterabur di lantai yang sejuk itu.

"Apa yang jadi sebenarnya ni? Boleh kau bagitahu aku? Takkan kau masih tak percayakan aku lagi? Tanya Jihyo.Dia masih menunggu jawapan daripada lelaki itu.

"A-aku..tak boleh.." bisik Jungkook perlahan.

"Kenapa? Ada orang ugut kau? Jangan risau,aku takkan buka mulut pasal hal ni tapi kau kena bagitahu aku" Pujuk Jihyo.

"Kau tak patut tahu dan kau takkan faham..biar kali ni aku yang selesaikan sendiri.
Lagipun,sampai bila aku kena bergantung pada kau sorang saja"

"Aku tahu kau boleh uruskan sendiri tapi kau dah janjikan yang tiada rahsia antara kita berdua..kau lupa ka?" Pujuk Jihyo lagi.Dia masih bersabar dengan lelaki dihadapannya ini.Sungguh degil bisik hati Jihyo.

"Tak boleh..sebab ka-"

"Sebab aku orang luar?!" Tempik Jihyo.Dia sudah mula hilang sabar bila Jungkook berkata begitu sedangkan dia sudah cuba untuk berbaik dengannya.

"Yes,kau orang luar..."

Jihyo terdiam.Dia sudah buntu.Ayat yang keluar dari mulut Jungkook tadi sudah cukup membuatkan Jihyo terkelu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

REVENGE 🔫JungTaeHyo🔫 (HIATUS)Where stories live. Discover now