Aku masih ingat lagi tarikh ini, 1 Januari 2019. Aku sedang menunggu Lina yang akan habis bekerja. Lina bekerja di syarikat MNC dimana walaupun cuti umum, Lina masih perlu bekerja dan dapat gaji 3 kali ganda pada cuti umum dan cuti ganti. Aku tidak kisah sangat dengan keadaan kerja Lina kerana kami masih ada banyak masa bersama dan jika kami ingin bercuti, Lina boleh ambil cuti pada bila2 masa. Cuma, dia tidak ambil cuti pada hari ini kerana kami tidak ada apa2 rancangan. Daripada duduk dirumah saja, baik dia kerja dan dapat duit lebih. Lina ada keretanya sendiri cuma sudah jadi kebiasaan kalau Lina terpaksa kerja dan aku cuti, aku akan hantar dan ambil dia selepas kerja.
Sedang aku menunggu di lobi, aku terima mesej dari Lina,
Lina: Abang, ayang dah habis keje ni. Kjp ea
Baru sahaja aku habis baca mesej Lina dan tekan butang Reply, bahu aku ditepuk. Aku menoleh dan nampak seorang lelaki...
Haziq: Wey Razman
Aku: Haziq!... wei, ko buat apa sini?
Haziq: Aku keje dkat sini. Ko lak?
Aku: aku tengah tunggu bini aku. wey, lama gila x jumpa. Last nampak ko masa aku kahwin la
Haziq: Aah la...ko la. Sejak kahwin, lupa member dah...hahaha. gurau je
Aku: hahaha....bese la. tgh fasa honeymoon lagi. ko dah lama ke keje sini?
Haziq: eh, takde la. Baru je 2 minggu.....
Belum Haziq menghabiskan ayatnya, Lina datang ke arah kami
Lina: Sori abg, lama ke tunggu? Eh, abg kenal ke?
Aku: Ni kawan abg yg, Haziq.
Haziq: La...Lina ni isteri ko ke? Patut la mcm pernah nampak
Lina: Hahaha....abg, kitorg satu team la....
Aku: la...yeke?.... Haziq ni budak sekolah abg....Haziq, ko x cam ke bini aku? kan ko datang kahwin aku
Haziq: haha....aku tak cam la.....tu jela sekali aku nampak Lina ni....mane la aku ingat...haha
Aku: haha....ni balik ni ko nak kemane?
Haziq: Aku balik terus je ni....takde plan aku hari ni
Aku: Kalau camtu, meh la lepak....Ayang ok tak, kita lepak makan ngan Haziq ni jap?
Lina: Eh....ayang ok je.
Aku: Ha....jom ar Haziq. Boleh sembang2 sket
Haziq: Eh, ok ke ni?...Korang boleh ke nak melepak?
Aku: Apa lak tak boleh?... Kitorg pun takde plan pun pasni
Haziq: Ha...ok la camtu.... Kita lepak Ampang la. Port lama kita. Kita jumpa sana
Aku: Ha...cantekkk. Jom2
Kami bergerak dengan kereta masing2 ke sebuah tapak food truck di Ampang. Ketika itu kami sampai agak awal, pada pukul 5 lebih. Jadi, tidak ada ramai orang disitu. Mudah untuk kami mencari tempat yang selesa, memandangkan kami mahu bersembang lama. Sambil makan, pelbagai cerita telah kami borakkan, dari zaman aku dan Haziq bersekolah hingga ke zaman universiti. Haziq juga banyak menanyakan tentang hidup setelah berkahwin kepadaku. Ku lihat Haziq pandai mengambil hati Lina. Sebelum ini bila aku bawa Lina keluar makan dengan kawan2 ku yang lain, Lina hanya senyap dan tidak banyak bercakap. Kini, Lina banyak juga bercakap dan nampak selesa di depan Haziq. Kemudian aku tanyakan pada Haziq tentang keadaan kerja. Haziq menceritakan yang di pejabat, rakan sekerjanya nampak sombong. Malah dia juga ingat Lina ni sombong juga.
Aku: wah....ayang memang sombong ye dkat ofis?...haha
Lina: Eh...takde la abg. Lina mana ada nampak pun Haziq ni..... Dia kan baru. Dia selalu gi training je
Haziq: Haha.... betul tu Man. Aku memang takde duduk dekat meja pun. Asyik pergi training je...... tapi aku ada lah cuba tegur brader2 dalam team kitorg ni. Sombong diorg tu... Yang perempuan pun sama
Lina: Betul tu Haziq. Diorg memang sombong. Jumpa orang kampung, sibuk duduk dengan orang kampung dia je....
Haziq: Lina nak taw tak? Kan bos dah letak Haziq duduk sebelah Lina kan..... Ada sekali tu, Haziq pergi pantry nak buat air. Si siti tu datang, cakap kat Haziq supaya hati2 dengan Lina.... Dia kata Lina kuat mencarut kat orang
Lina: Dia cakap camtu?....eiii....geram nye
Aku: Siti tu ke yang syg pernah citer kat abg tu?
Lina: Ye bang.... Haziq nak taw x? Ada sekali tu Lina baru lepas buat air pastu nak duk balik dekat meja. Tengah jalan tu selisih dia. Lina tengah bawak air tu, si siti boleh taknak bagi jalan pastu dia langgar Lina. Abis tumpah air dekat baju Lina... Pastu dia boleh taknak mintak maaf.... Memang kena carut la....
Haziq: La... kurang ajar giler siti tu
Aku: Betul tu Ziq...Lina dah citer kat aku. Memang budak2 ofis korang x suka dia. Sebab Lina ni cantik, pastu dari KL, macam2 diorang kutuk... takpe la yang. Ni Haziq ada..... Ayang lepak ngan dia je
Haziq: Betul tu Lina.... Haziq pun rasa menyampah ngan diorang. Sombong...... Nasib baik Haziq tahu Lina ni isteri si Razman ni... kalau tak, memang bosan la keje dkat ofis tu
Lina: Tu la.... Lina pun dah rasa bosan keje dekat situ
Aku: Takpe la yang. Sekarang ayang sembang dengan Haziq je..... Budak2 ofis ayang tu tak deserve pun jadi kawan ayang... Ada Haziq ni, lega sket abang. Kalau tak, kesian je abang dengar ayang takde teman borak.
Kelihatan wajah Lina yang sedih teringatkan keadaan di ofis bertukar gembira kerana ada kawan untuk bersembang. Selepas itu kami tukar topik dan teruskan perbualan tentang hal lain pula. Kelihatan Lina selesa dengan Haziq kerana segala cerita dan lawak yang Haziq ceritakan memang kena dengan gaya perbualan kami suami isteri
YOU ARE READING
Kawan Baik Seorang Isteri
FantasyKisah seorang suami yang mengizinkan isterinya berkawan baik dengan seorang lelaki lain. Persahabatan si isteri yang 'istimewa' membuatkan si suami rasa satu perasaan yang tidak dapat ditafsirkan.