18/1/2020

74 5 0
                                    

Kamu Warna Yang Tak Akan Pernah Pudar.

Antara seribu satu rasa yang dialami oleh Emir, kesemua daripadanya akan bertukar kelabu.

Sehingga hadirnya Naim.

Naim telah beri dia pelbagai jenis rasa. Ada satu ketika, Naim sendiri keliru dengan apa yang mampu dia lakukan demi menyembuhkan luka luka Emir. Maka dia telah melakukan satu kesilapan. Satu kesilapan yang hampir meragut nyawa Emir, dengan tangannya sendiri. Tidak akan pernah Emir lupa warna rasa itu. Hitam. Ibarat lohong-lohong gelap yang sangat dalam dan juga yang bakal menelan rakus dirinya hidup-hidup.

Seterusnya, rasa teruja. Sinonim dengan simboliknya warna kuning. Perasaan keceriaan, optimis dan semangat. Ada satu kata-kata yang telah Emir suarakan kepada Naim untuk mendefinisikan perasaan teruja itu, "Your existence is a gift from God to me."

Antara yang lain, rasa biru. Mendamaikan. Rasa selamat untuk percayakan Naim. Rasa tenang apabila Naim selalu ada. Sehingga Emir rasa, Naim mungkin adalah hero di halaman muka bukunya itu. Emir tidak akan pernah lupa akan kehadiran Naim, sewaktu rasa sakit itu datang. Sewaktu kenangan masa lalunya itu diputar secara tidak sengaja. Dan juga pada ketika kehilangan segala jenis Yang di dalam hidup Emir. Naim akan sentiasa ada. Dari jauh, dari dekat.

Dan semoga dia tetap selalu ada.

Surat Untuk Naim.Where stories live. Discover now