07/12/2020

43 2 0
                                        

Pasca kepergian.

"Bangun." Ada suara yang tidak asing dari pendengarannya, menjamah telinga sebaik sahaja kelopak mata dibuka.

Emir mengusap cebisan air mata yang masih bertakung di pelupuk matanya.

Aku sedang bermimpi ke?

"Ada online class ke?"

"Ada." Jawab Emir perlahan.

Emir bingkas bangun, memperkemas katil, mengambil tuala dan berlalu ke kamar mandi.

Sewaktu sedang memberus gigi, Emir secara tidak sengaja bertentang mata dengan refleksinya di dalam cermin. Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Dia terpaku. Membisu seribu bahasa.

Saya sayang akak.

Because tonight will be the night that I will fall for you..

Kau begitu sempurna, di mataku kau begitu indah.

Aku ni mir, dengan kesedihan macam kawan baik.

Bela babi lebih baik dari bela kau!!

Crap apa kau tulis ni?

Bodoh bodoh bodoh! Anak tak guna!

Jangan contact aku lagi. Aku rimas.

Akak kata akak pandai sangat baca fikiran orang?

Pernah tak kau terfikir semua ni berpunca daripada kau?

"Fuck." Emir berdesis perlahan. Pandangannya segera dialih kepada jam tangan G-shocknya yang diletak di dalam kabinet pencuci muka. Hampir 30 minit dia termenung gara-gara menatap sepasang mata yang sudah membawa segunung trauma di dalam dirinya.

Fluorida di giginya sudah mengering. Emir membuka pancuran air lalu membasahkan dirinya. Dia sangat-sangat berharap, seiring dengan berlalunya deras air dari ubunnya sehingga ke hujung kaki, mimpi ngeri yang dia alami tadi turut serta dibawa pergi.

Dadanya terasa sakit. Segala jangkaannya benar-benar belaka.

"Dia dah lain."

"Sangat lain. Sangat menakutkan. Sangat yang bukan dia."

Emir teresak perlahan-lahan.

Pancuran air ditutup. Emir melangkah longlai keluar dari situ. Pandangannya tertancap kepada origami mawar berwarna merah jambu yang elok terletak di atas mejanya itu.

Tubuhnya melembik. Emir cuba sedaya upaya untuk tidak jatuh ke tempat-tempat berbahaya-bucu meja misalnya.

Memorinya semakin menghilang. Makin banyak perkara; baik manis mahupun pahit, kian dilupai dari sehari ke sehari.

Emir menangis lagi. Sesungguhnya itu bukanlah hari yang indah buatnya.

Emir mengambil telefon bimbir Redmi Note 9 berwarna Emerald Green di sampingnya. Kata kunci 'Naim' ditekannya perlahan.

Dia menyentuh mesej-mesej yang telah dibintangkan. Di dalam kesayuan, dia membaca sedikit sebanyak yang tertera.

Emir mencapai pula buku hijau yang setia berada di sampingnya sejak dari dahulu lagi. Helaian baharu dibuka, mata penanya mula menari galak.

Reminiscing about the time when we used to be so close.
When you are still capable to understand me fully.
When the thought of 'don't force her, she can't do it, give her some more time to relax' is still relevant to you.
When you are considerate enough about my situation,
willingly to be my hero,
stand by my side whenever i was at my lowest point of my life....

Surat Untuk Naim.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang