Part II : Kamu Warna Yang Tak Akan Pernah Pudar.
Ada lagi. Warna putih. Bersama Naim, Emir mampu terbang setinggi langit, sedalam lautan, menyaksikan keindahan alam semesta sesama mereka. Percikan rona merah kuning yang seringkali hadir sewaktu menyambut sebarang perayaan, menghiasi kembali kelam malam. Namun masih tidak mampu melawan betapa indahnya perasaan Emir sewaktu dirinya bersama dengan Naim.
Namun Naim juga manusia. Naim juga punya ada sisi rapuhnya. Seringkali Emir keliru dan risau, tentang sebarang kemungkinan yang terjadi apabila warna-warna dalam diri Naim terpadam kerana hadirnya duka. Oh, alangkah bagusnya jika Emir juga mampu menjadi pengubat atau sekurangnya katalis untuk Naim menghilangkan rasa sakitnya. Sudah lama Emir tidak menjadi sinar di dalam hidup seseorang. Semenjak pemergian Adam Lee, hanya tinggal satu cebisan terakhir untuk Emir jaga dengan sebaiknya.
Emir tahu, jika cebisan yang terakhir itu juga tidak berjaya ditatang dengan penuh sayang, kehidupan Emir akan hilang, buat selamanya.
Mungkin fizikal Emir masih kekal di dunia, tetapi hati, jiwa, raga dan mindanya (bahkan memorinya) bakal hanyut ditelan gelapnya lautan. Lautan yang turut digelarkan sebagai lohong. Lohong-lohong yang menarik segala sisi istimewa dunia, mencipta ruang ilusi yang jika keadaannya disedari, mirip perasaan ingin mati.
Kenapa? Kerana pada saat itu, rasionalisasi dan pertimbangan mula memudar seiring dengan rasa-rasa yang lain, yang turut ditarik bersama.
Dan semoga, bersama dengan Naim, mampu mengajar Emir erti yang terindah yang sebenar-benarnya.
YOU ARE READING
Surat Untuk Naim.
TeenfikceKepada Naim, Kamu, adalah warna yang tidak akan pernah pudar. Kewujudan kamu, adalah suatu seni dari Tuhan. Terima kasih, kerana selalu ada. Terima kasih, untuk segala memori. Terima kasih, kerana menjadi yang terakhir. Di sini, Emir. "When I become...