12/5/2020

63 3 0
                                    

5 hari selepas ulang tahun Diana.

Part III : Kamu Warna Yang Tak Akan Pernah Pudar.

Sekitar Februari, bulan yang manusia sering klasifikasikan sebagai bulan cinta, Emir pula merasakan yang sebaliknya. Kerapkali Emir mengulang perkara yang sama.

Membayangkan yang tidak ada.

Emir menarik nafas panjang. Pena di telinga ditarik perlahan. Helaian muka surat baru buku biru mula menjadi lakaran perasaannya yang akan diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

"Ini..adalah imaginasi yang aku harapkan bakal berlaku."

Pelahan-lahan, Emir menutup kedua belah matanya. Mindanya cuba membayangkan situasi yang sejujurnya dia harapkan bakal terjadi di dunia nyata.

-

Naim mengambil tempat di sisi Emir. Kedua mereka saling diam sehinggalah Emir mengambil inisiatif untuk memulakan bicara.

"Kalau Tuhan beri saya peluang untuk memilih agak dikekalkan memori saya sama ada bersama Dira atau bersama awak, Naim; maafkan saya. Saya pilih Dira."

"Walaupun ianya sakit?" Naim pegang dada.

"Ya. Saya lebih sakit bersama awak berbanding saya bersama dia." Emir tunduk.

"Tapi kenapa? Kenapa bukan saya?"

Emir diam. Naim masih merenung Emir dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Ada rasa perit, rasa sayu, rasa ingin tahu dan rasa takut.

"Kenapa.. Tolong bagitahu saya Emir.."

"Awak sakit, Naim. Sangat sakit. Terlalu sakit sehingga saya hampir menarik nyawa saya sendiri. Sepanjang saya bersama Dira, Diana mahupun Adam.. Tidak pernah sekali pun saya cuba untuk membunuh diri saya. Walau betapa sakit rasa yang saya rasakan sewaktu dengan mereka." Emir mengangkat wajahnya yang sedari tadi tunduk.

Pandangan mereka bertentangan.

"Tetapi bersama awak.." Emir diam sejenak.

"Saya hampir terjun dari bangunan Melati itu."

Naim meraup wajahnya.

"Naim, awak adalah satu tragedi yang diputarkan Tuhan kepada saya. Tragedi ini akan menghantui hidup saya, sepanjang masa. Situasinya saya tahu, tetap akan sama sahaja. Cuma dengan orang yang berbeza." Sambung Emir.

"Makin lama, di dalam ini.." Emir menekapkan tangannya ke dada.

"Makin sakit, sakit dan sakit. Sehingga saya katakan pada diri saya, sudahlah. Saya tidak larat lagi."

"Kesakitan ini sangat memenatkan, Naim. Alangkah indahnya dunia saya jika semua ini mampu dibawa pergi dengan hanya sebuah mimpi panjang. Tetapi, hanya Tuhan saja tahu. Bahawa di dalam mimpi pun, kesakitan ini masih mengejar saya."

Emir bangun.

"Jangan pergi, Emir. Jangan.." Naim menarik lengan Emir untuk tidak melepaskan dia pergi.

Pandangan Emir jatuh kepada tangan itu. Perlahan-lahan, dia melepaskan pautan itu dari lengannya.

"Maafkan saya, Naim. Sewaktu saya hampir terjun tempoh hari, saya sedar bahawa di dalam diri saya, hanya tinggal cebisan yang terakhir."

"Dan kini, cebisan itu, hampir ranap dimamah api yang saya kenali sebagai memori. Saya yakin, kepergian memori kita seiring dengan terhapusnya kisah duka yang telah saya tinggalkan ke atas diri awak."

Emir memberikan senyuman yang paling indah sebagai hadiah kepada pertemuan mereka yang dia anggap sebagai yang terakhir.

"Jangan bersedih. Awak kenal saya siapa. Saya akan sentiasa hidup dalam memori saya."

Naim kaku di tempatnya. Mindanya cuba mencerna apa yang telah terjadi.

Emir telah pergi. Dan dia mungkin tidak akan kembali.

-

Surat Untuk Naim.Where stories live. Discover now