Pertama kali bertentang mata

166 6 0
                                    

"Isya, saya dah cakap, kalau pelajar tak hadir. Sila whatsapp mereka bagitahu mereka bawak MC dan jangan biarkan mereka memberi alasan, kalau sakit tunjuk surat doktor, tak pun surat pengesahan ibu bapa" Marah cikgu Sue. Isya hanya mengangguk dan merungut di dalam hati, dia sebal, dalam kepala dia hanya satu, ingin mengetahui siapa pelajar yang tak hantar MC dan dia ingin maki dan mengamuk sepuas hatinya, itu tak cukup untuk dia melepaskan perasaan malunya apabila di marah oleh guru kelasnya di dalam bilik guru.

Selepas meminta diri untuk masuk ke kelas, Isya terus pergi ke meja hadapan kelas di mana terletakkanya buku kawalan kelas dan membuka helaian yang menunjukkan senarai pelajar yang tidak hadir. Hanya beberapa sahaja pelajar yang tak hadir dan memudahkan dirinya untuk mencari dan memberi tazkirah percuma darinya. "Muhammad Nurhilman, Syed Othman.. hm Nurhilman ni lelaki ke perempuan?" Tanya dirinya sendiri dan melulu ke tempat meja lelaki. Tanpa segan silu Isya menegur seorang lelaki di meja tersebut "Weh Aiman, Nur hilman ni sapa?" Aiman dengan muka terkejut "weh hahaha hilman tu la" sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah seorang lelaki yang sosok tubuhnya agak kecil, lelaki tersebut berhadapan dengan Isya. Tanpa sempat lelaki kerdil itu berkata, Isya sudah potong ayatnya "mana MC kau sedap je cuti sekolah tapi taknak bagi MC !!" Hilman sudah bungkam, dia kehilangan kata kata. Isya menambah lagi "Cikgu cakap kau demam, mana surat doktor ?" Hilman dengan keadaan terkejut sambil menjawab, "ade kat rumah, nanti besok aku bawak" Isya terus mengangguk dan memberi lirikan mata yang tajam. Selepas Isya beredar Hilman masih menangkap wajah ayu Isya dan berkata "marah marah pun cute je" katanya dalam hati. Dia agak gembira kerana wanita yang selama ini dia lihat dari jauh akhirnya menegurnya.

Tamat persekolahan untuk hari itu, Isya sudah tidak sabar ingin balik ke rumah dan menikmati makan tengaharinya, apabila teringat tentang makanan dirumah perutnya sudah berbunyi kelaparan. Langkahnya semakin dilajukan untuk awal bergerak balik ke rumah. Setibahnya di rumah, Isya bergegas mandi dan solat zohor, kemudian baru mengisi perutnya yang kosong sejak dari pagi. "Sebab mamat tu lah aku tak dapat rehat kene marah dengan cikgu sue" sebal sungguh hatinya ketika itu. Dia tidak ingin mengikut perasaab kerana tahu akan kesannya kepada mood sehariannya. Dia lupakan perkara tersebut dan menikmati hidangan tengaharinya.

Selepas siap makan tengahari dan beberapa tugasan rumah. Isya mencapai telephone bimbitnya dan menaip sesuatu "4 PSV" hah mana budak Nur tu ? Sambil ralit Isya membelek belek group kelas tersebut, dia terjumpa lelaki kerdil tersebut dan automatik tangannya terus menekan "direct message" tanpa memberi salam Isya menaip "woi, surat kau jangan tak bawak, kau tak bawak siap kau" Isya terus menghantar dan terus menekap muka dibantalnga, dia ingin merehatkan kepalanya yang mula berdenyut denyut kerana pening memikirkan masalah pelajar di dalam kelasnya. Sementara dia tengah menunggu masa untuk tidur, dia terdengar bunyi whatsapp masuk, dengan segera dia mengambil dan baca, message dari pelajar bernama Nur tadi "okay besok aku bawak" balasnya.

Isya tersenyum riang, kan senang kalau macamni. Dia terus lelapkan mata dan berharap esok berjalan dengan sempurna. Dia hanya berharap.

Cinta pandang pertamaWhere stories live. Discover now