F I F T H T E E N

220 52 0
                                    

Selepas selesai aku membeli di kedai serbaneka aku pun terus pulang. Aku melewati taman dimana aku dan felix selalu pergi. Kelihatan seorang lelaki yang amat aku kenali yang sedang berjalan entah ke mana. Aku hairan apa dia buat dekat sini petang² ni. Aku pun membuat keputusan untuk mengikut dia.

Entah kemana si felix ni nak pergi. Yah orang itu adalah felix. aku berhenti seketika apabila felix mula jalan disebalik semak yang berada di taman ini. Apa dia buat kat situ? Ada sesuatu ke kat situ? Aku pun terus hasratku untuk mengikuti felix. Ehh sejak bila ada tempat rahsia kat taman ni ehh cantik sia. Aku berjalan jalan di kawasan ini sambil meninjau ninjau kawasan tersebut. Wow nice memang cantik siap ada bunga rose lagi aku mengambil bunga tersebut dan meletakkan di dalam poket hoodie aku. Aku baru perasaan yang felix dah takde. Felix kat mana ehh? .

"Apa kau buat kat sini?" Kedengaran suara felix yang deep berada di belakang aku. Aku menolehkan kepala aku dan ternyata memang felix.

"Err takde saja je. Tadi aku nampak kau jadi aku hairan lah kenapa kau jalan dekat sebalik semak tadi tu jadi aku ikut lah." Jawab aku gementar tapi aku sembunyikan.

"Balik sekarang. Tempat ni tak sesuai untuk manusia." Balas felix mendatar.

"Eh tapi aku nak tengok-" percakapan aku dipotong oleh felix.

"Aku kata balik tu kau balik lah!" Felix meninggikan suaranya. Felix kelihatan terkejut kerana dia baru sahaja meninggikan suaranya dekat aku.

"Maaf" jawab felix lagi.

"T-takpe aku balik dulu." Aku cepat² mengatur langkahku untuk keluar daripada tempat ni.

15 SEPTEMBER (LAST DAY)✓ •LEE FELIX•Where stories live. Discover now