E I G H T E E N

170 34 0
                                    

•Angel•

Aku seperti berada di sebuah tempat yang gelap tanpa sebarang cahaya. Aku tak tau aku kat mana satu cahaya pun aku tak nampak.

Gelang yang dihadiahkan oleh felix kepada aku tiba-tiba sahaja bercahaya. Entah kenapa, Cahaya daripada gelang tersebut seperti ingin membawa aku ke sesuatu tempat. Aku tak tau nak buat apa aku cuma ikut cahaya daripada gelang tersebut sehingga aku keluar daripada tempat yang gelap itu tadi.

Felix?

Kenapa felix ada kat dalam mimpi aku? Ni kali kedua dia masuk dalam mimpi aku.

"Apa kau buat dekat sini?" Tanya aku hairan melihat felix.

"Aku nak bagitau sesuatu." Jawabnya cukup membuat aku tertanya-tanya.

"Apa dia?" Balas aku.

"Angel. Aku nak kau tau bila aku dah takde atau pergi ke tempat yang jauh nanti aku nak kau sentiasa ingat aku tau. Gelang tu kau jaga baik-baik. Kau tak boleh jadi lemah dan jangan jadi orang yang senang untuk dibuli. Bila aku dah takde nanti aku dah tak boleh nak tolong kau, kau kena jaga diri sendiri. Lepas ni mungkin kau dah tak ingatkan aku. Jadi aku harap gelang yang aku bagi tu kau boleh ingat."

Aku terdiam seribu bahasa tak tau nak cakap apa.

Tempat yang tadi indah dengan bunga-bunga mengelilingi tempat tersebut tiba-tiba menjadi gelap aku dah jadi tak keruan bisikan bisikan yang bergema di seluruh tempat tersebut membuatkan aku seperti ingin keluar daripada tempat ini.

Aku mencuba untuk mencari jalan keluar daripada tempat ini aku terhenti seketika apabila melihat bunga rose yang aku petik berada di atas meja, Pasu tersebut telah pun pecah. Aku mengambil bunga tersebut tetapi duri daripada bunga itu membuat jari aku berdarah dan dalam sekelip mata aku terbangun daripada tidur aku.

"Pehal mimpi ni macam real je aku tengah berlucid dream ke apa ni." Aku mengelap peluh yang berada di dahi. Seriously memang seram.

15 SEPTEMBER (LAST DAY)✓ •LEE FELIX•Where stories live. Discover now