+1

505 43 0
                                    


"Yeah!" jerit Minji dan Hyunjin keriangan. Bukan mereka saja, satu dewan mula bising tatkala peperiksaan sudah tamat. Tiada lagi buku, tiada lagi kerja sekolah, tiada lagi beg yang berat dan yang paling seronok tak perlu belajar. Ianya tak akan kekal lama tapi itulah yang kami mahukan. Kebebasan sementara!

"Dahlah jerit-jerit! Naik pekak telinga aku ni," marah aku perlahan. Segera mereka memalingkan wajah ke arahku.

"Sorry. Terlampau happy, kan Minji? Semua seronok. Kenapa kau tak happy, Yoon?" soal Hyunjin membuatkan aku senyum segaris.

"Betul tu. Kenapa?" Minji pula bertanya.

"Tak ada apa-apa pun. Aku gembira saja, cuma kau orang ni nampak over sangat. Yah, tak akanlah aku nak join menjerit macam kau orang yang nak serupa dengan monyet tu," sindir aku. Habis kau, Yoon!

"Amboi, kau Yoon!" Serentak Hyunjin dan Minji berkata.

"Hahaha. Aku gurau saja," kata aku sambil ketawa seiring dengan mereka.

"Ingat tak apa yang kita nak buat selepas tamat peperiksaan?" soal Hyunjin dengan nada ceria. Soalan yang paling malas aku nak dengar setakat ni. Kenapa kau perlu ungkit, Hyun? Aku dah cuba lupakannya. Haih.

"Mestilah! Bucket-list! Tak sabar tau, aku nak keluar dengan boyfriend aku. Dua hari saja lagi funfair tu akan berlangsung dan kau mesti tahu perasaan aku. Omo, omo!" Minji meluahkan perasaannya. Hyunjin pula mendengar dengan penuh minat manakala aku diam membatu.

"Haeyoon, kenapa dengan kau ni? Monyok semacam saja. Ada masalah eh?" Hyunjin menyoalku sambil menyentuh lengan kiriku.

"Ya. Memang ada masalah. Tentang bucket-list yang kau orang tengah cakap tadi. Kau berdua okaylah. Partner masing-masing suka sama suka. Crush kau suka kau. Minji memang okay, lagi-lagi partner dia tu boyfriend official. Aku ni apalah ada. Hanya seketul Haeyoon yang tak berapa nak ada zat. Haih!" ujar aku meluahkan rasa tidak puas hati.

"Alahai, itu pun nak jadi masalah ke? Small matter saja, kawan. Kau ajaklah dia. Ajak cara baik," ujar Minji memberi pendapat tentang masalah aku. Alahai, dia fikir senang ke nak ajak crush yang sombong. Tambahan pula perempuan macam aku ni. Mana nak ada tarikan. Entah macam mana aku boleh sangkut dengan sifat kesombongan dia.

"Kau dah lupa eh, apa yang dia dah buat dekat aku dulu. Gantung beg aku tinggi-tinggi, gelakkan aku dan yang tak boleh aku lupakan, dia yang buat aku tersungkur depan orang ramai. Malu tau. Sejak hari tu, aku dah mula move on. Menyesal gila suka mamat poyo tu," ujarku bertubi-tubi tanpa berhenti.

"Ala kawan, kau nak tipu aku ke? Habis username siapa yang selalu like gambar Jeon Jungkook tu? Sampai ke hari ini kau still lagi like gambar dia, stalk dia. Cis, kau ni! Acah move on," ujar Minji lalu memandang aku sinis. Apa? Haih, move on susah babe.

"Yalah! Aku memang tak boleh move on lagi. Ingat mudah? Tapi aku betul-betul nak lupakan dia. Dahlah, lupakan. Aku join saja kau berdua. Apa salahnya, kalau aku tak pergi dengan crush aku. Bukan mati pun," kataku perlahan. Teringin sangat nak dengar ucapan selamat malam daripada Jungkook.

"Kau dah janji nak sempurnakan bucket-list pertama kau kan? Orang yang memungkiri janji adalah orang munafik."

Menusuk kalbu.

"Itu dulu sebelum dia buli aku. Janji yang ada makna biasanya selalu dimungkiri."

"Banyak alasan kau, Yoon. Kita orang akan tolong kau. Jangan risau. Kalau tak dapat juga, kau betul-betul kena move on."

Memang tak akan dapat. Aku pasti.

"Bila nak mula?" tanya aku laju.

"Esok!" balas Minji dan Hyunjin serentak. Aku hanya tersenyum pahit. Realiti tak seindah mimpi. Yoon, Yoon jangan harap kau dapat keluar dengan Jungkook. Tengoklah macam mana aku kena dengan Jungkook esok.

Oh, crush! - jjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang