Sesi rehat bermula, aku ditinggalkan oleh Minji dan Hyunjin di laluan menuju ke kantin. Mereka berdua suruh aku jalan seorang diri dan lalu depan Jungkook. Selepas itu, buat benda yang mereka cadangkan semalam. Eh, kepala bana betul! Tak kesiankan aku yang akan dibuli sebentar lagi.
Kelibat Jungkook makin jelas di ruangan mata dan saat itu jantung berdegup kencang membuatkan nafaa aku terasa sesak. Aku kuatkan diri dan terus berjalan. Kelihatan Taehyung, Jungkook dan Jimin sedang rancak berborak. Ha, matilah aku lepas ni. Mana nak letak muka yang memang dah terkenal disebabkan Jungkook yang suka buli aku.
Sebut saja Haeyoon, satu tingkatan memang kenal. Aku yang selalu jadi bahan ketawa, ejekan, buli oleh Jungkook. Aku hairan mengapa mesti aku? Nasib Minji dan Hyunjin tak malu nak kawan dengan aku.
"Aduh!" aduhku perlahan apabila terasa punggung mencium lantai.
"Mata tu dekat mana? Jalan tu pakai mata. Jangan pakai mata lututlah. Habis kotor baju aku. Budak pendek ni!" kata Jungkook dengan nada tak senang hati dan menyampah. Aku mendongak perlahan.
Dia hulurkan tangannya ke arah aku. Oh my! Apa ni? Adakah Jungkook sudah berubah. Aku tanpa berfikir panjang terus menyambut tangannya.
Buk!
Aku terjatuh buat kali kedua. Aku benci kau, Jungkook. Kedengaran suara sumbang mula ketawa dan ada juga mengejekku. Pasrah. Belum sempat aku nak cakap tentang hasrat aku, dia dah terlebih dahulu tunjuk belang. Aku gelak hambar di dalam hati.
"Kook, kasihan Haeyoon, kau buat dia macam tu. Tak penat ke asyik kenakan dia. Kalau sekali dua, aku okay saja tapi ni hampir setiap hari. Malulah dia. Asyik diketawakan. Dia mengelamun tu, mungkin ada masalah, tu yang tak nampak kau," bela Jimin, jelas kedengaran di telingaku. Terharu. Inilah boyfriend Minji. Beruntung Minji dapat dia.
"Aku tak suka perempuan yang tak eye-contact dengan aku dan masalahnya ialah dia. Aku menyampah," ujar Jungkook lagi.
Aku bangun lalu menyapu debu-debu yang melekat pada kain aku.
"Maaf. Saya minta diri dulu," ujarku tergagap-gagap lalu mula melangkah namun lengan tangan milikku sempat ditarik oleh Jungkook. Ini yang tak nak ni. Dahlah hati aku tak berhenti lagi daripada berdebar.
"Awak nak apa?" soalku lalu melepaskan pegangan tangan Jungkook.
"Minta maaf pun, cara kurang ajar."
Berasap telinga aku mendengarnya.
"Habis tu nak cara apa ya, Jungkook? Saya dah lambat ni. Minta maaf."
"Pandanglah muka aku. Minta maaf secara elok. Aku tahu kau saja guna laluan ni sebab nak raih perhatian aku, kan? Aku rasa kau ada sesuatu nak bagitahu. It's okay aku akan dengar," bicara Jungkook tenang saja. Aku dongakkan kepala memandang wajahnya. Aku rendah dia galah. Bebola mataku bermain dengan bebola mata miliknya.
Pandang wajah Jungkook buatkan aku rasa nak pengsan. First time, aku bertatapan lama dengan dia macam ni. Main mata. Gila kau, Haeyoon! Aku nampak Minji dan Hyunjin dari sini. Mereka bagi aku semangat.
"Saya minta maaf. Lusa ada funfair. Minji dan Hyunjin dah ada partner. Cuma saya seorang sahaja tak ada partner. Jadi, saya...,"
"Kau nak ajak aku pergi funfair? Maaf tak berminat. Boleh pergi dari sini. Lagipun aku dah ada partner. Yang lebih cantik dari kau. Comel, rendah, tak tergedik-gedik macam kau. Kalau tak ada partner, sila mereput di dalam bilik. Dasar kentang tak tahu malu," potong Jungkook. Air mata aku dengan lajunya jatuh. Terus wajahku tertunduk lemah. Aku dah agak. Tapi kali ini lebih perit.
"Gila, ada hati nak pergi funfair dengan Jungkook oppa."
"Berani gila perempuan tu."
"Kasihan dia kena hina macam tu. Aku ship mereka berdua tau. Sweet saja Kook oppa buli dia."
"Dah tahu hodoh pergi dekat mamat handsome. Cermin tak ada dekat rumahlah tu."
Aku menangis kecil.
"Ya, saya tahu saya kentang yang tak ada zat. Hodoh, tak comel, gedik tapi perlukah awak hina saya? Awak tolak sajalah tak payahlah nak kutuk saya! Hiks... Hiks."
Aku tak tahan. Tanpa membuang masa, aku berlari meninggalkan Jungkook. Sempat juga melihat muka Jimin dan Taehyung yang rasa bersalah.
▧
![](https://img.wattpad.com/cover/221962838-288-k584692.jpg)
YOU ARE READING
Oh, crush! - jjk
أدب الهواةMacam mana nak tackle hati crush, nak ajak dia pergi karnival dengan rupa macam ni. Serupa kentang tak ada zat. Sekali lalu depan dia, habis dicemuh. Oh, crush sudikah anda pergi ke karnival bersama kentang tak ada zat ini bagi menyempurnakan bucket...