+5 [final]

417 40 13
                                        

Chup!

Bibirnya melekat sekilas dibibirku. Aku menangis kecil. Jungkook dah gila!

"Aku suka kau, Yoon. Aku suka kau tapi aku cuba untuk padamkan perasaan ni dengan cara membuli kau. Silap, ianya silap. Kau makin dekat dengan hati aku. Maafkan aku. Aku tahu aku dah banyak sakitkan hati kau. I love you, Haeyoon. Selamat malam."

Dia meluahkan perasaannya di hadapanku tanpa sedikit gugup mahupun takut. Aku diam. Tanpa memikir panjang, aku terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Yoon, oh Yoon. Ada hadiah untuk kamu ni. Omma letak depan pintu ya," kata omma dengan nada kuat. Aku dah lama sedar. Malas nak bangun. Memori semalam masih berlegar-legar dalam fikiranku.

Dengan malas, aku bangun membuka pintu dan ternampak....

"Eo? Teddy bear besar berwarna ungu?" omelku sendirian. Teddy bear itu segera aku ambil lalu memeluknya. Kyeopta!

Pintu bilik ditutup semula. Aku ternampak satu kad yang tergantung di leher anak patung ini.

'Sudi tak jadi girlfriend aku, Cik Kentang? Kalau kau terima, kau datang dekat taman ni tau. Kalau tak, mainlah dengan teddy bear tu," baca hati kecilku.

Sebentar, Jungkook lamar aku jadi teman wanita dia. Apakah! Bahagianya hidup aku. Bukan setakat dapat keluar dengan crush, malah dia nak jadikan aku yeoja chingu dia. Bucket-list aku serta-merta sempurna.

Teddy bear itu aku tinggalkan, dan melompat-lompat di atas katil macam orang gila. Happy!

Sabar, nyata atau tak ni?

Mana tahu dia bagi fake hope?

Ah, malas fikir.

Segera aku capai kertas bucket-list yang terdampar di atas meja. Aku gumpal kertas tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Kad teddy bear tadi, aku renung.

Betul ke ni?

Jungkook lamar aku?

S... Saya cintakan awak, Jungkook. Ungu ialah warna terakhir pelangi semacam itulah cinta saya pada awak. Takkan ada lagi pengganti.

Aku tersengih macam kerang busuk apabila berhadapan dengan Jungkook. Teddy bear berwarna ungu aku peluk. Dari tadi juga Jungkook syik memandang aku. Aku malu! Cik Kentang malu, okay.

"Em Jungkook, betul awak nak saya jadi girlfriend awak? Tak malu? Awak betul suka saya? Ikhlas nak bercinta dengan saya?" Aku menyoalnya bertalu-talu tanpa rasa ragu-ragu.

"Ya, Yoon. Aku suka kau. Tak, buat apa nak malu. Yoon, aku ikhlas ni. Kau nak apa lagi sebagai bukti. A kiss?" Jungkook menjawab dengan tenang. Aku memandang teddy bear ungu itu. Kyaa, Encik Sombong suka kitalah. Merah merona pipiku apabila Jungkook menyebut perkataan kiss.

"Saya terima lamaran awak," ucap aku perlahan. Berdebarlah.

"Apa, aku tak dengarlah."

Alamak, sengaja nak malukan aku atau apa ni. Aku dahlah tak boleh bab-bab kau. Semuanya akan berdebar hampir mahu pecah.

"Saya terima lamaran awak, Jungkook," ucap aku. Kali ini suara aku agak bergetar dan kuat. Kuat setakat dia boleh dengarlah.

"Thanks sebab terima aku untuk jadi kekasih kau even aku ada banyak buat salah dekat kau. Sakitkan hati kau, buli kau, kenakan kau dan memalukan kau. Mesti kau dah banyak makan hati kan? Hmm, apalah nak jadi dengan aku ni. Kenapa kau terima aku?"

Aku meletakkan teddy bear ungu ditengah-tengah antara kami berdua. Aku menarik nafas sebelum memulakan percakapan.

"Tak, awak silap Jungkook. Awak buli saya, kenakan saya, sakitkan hati saya dan awak malukan saya sekalipun saya tetap tak simpan dalam hati. Tak makan pun hati. Malah saya menyukainya. Ada satu masa, saya fikir awak ada hati dengan saya. Gedikkan saya? Saya tahu. Kalau awak nak tahu, saya simpan perasaan dekat awak,"

"Saya terima awak sebab saya sayangkan awak. Kerap kali saya berfikir sebelum nak jumpa awak dekat taman. Saya takut hati saya dipermainkan. Awak lelaki. Lelaki yang mempunyai ramai peminat. Terutama sekali perempuan. Semuanya cantik sedangkan saya seorang perempuan kentang saja. Bila-bila masa awak boleh tinggalkan saya. Wah, tika tu hati saya sedang direnyuk seperti kertas."

Entah mengapa aku merasa sebak. Air mata jatuh berderai membasahi seluar pada bahagian peha.

Pipiku, dipegang kedua-dua belah tangan Jungkook. Aku terkejut. Ada juga kelu.

"Tak, aku takkan buat macam tu dekat engkau. Aku sayang akan kau, Yoon. Aku janji dengan kau yang aku takkan tinggalkan kau. Jangan menangis. Aku tak suka ubi kentang aku menangis. Manja macam budak."

Aww, crush. Jangan buat aku macam ni. Aku tak kuat. Aku senyum kepadanya.

"Janji jangan tinggal janji tau sebab saya benci janji. Saya takkan sesekali percayakan orang yang dah buat saya hilang kepercayaan. Ingat Jungkook."

"Sentiasa aku sematkan dalam fikiran. Aku akan ingat."

"Terima kasih kerana menerima saya menjadi kekasih awak. I love you."

"I love you too, sayang."

Bibir Taehyung melekap pada bibirku. Oh, crush! Aku meletakkan kepercayaan yang tinggi pada kau untuk tak sakitkan hati aku. Aku percaya. Jangan jadi janji tinggal janji. Ini kisah aku bersama crush. Kisah aku yang penuh suka duka sebelum mendapatkan realiti sebenar. Harap hubungan kita sampai kahwin ya, Encik Sombong.

Cik Kentang× Encik Sombong
♥♡♥

Cik Kentang× Encik Sombong♥♡♥

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Oh, crush! - jjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang