3

42 5 0
                                    

Dari jauh, aku tersenyum sinis. Padan muka. Tau pun sakit hati.

"Bro, sampai bila nak buli budak tu? Kesian aku tengok dia. Muka dia merah merah masa marah kau. Nampak sangat geram dia tu" sampuk Daniel.

"Alaa, kejap je. Lagipun siapa yang suruh cari pasal dengan aku?" Balas aku.

"Tapi aku rasa dia tak sengaja pun nak jeling kau haritu. Dia pun jalan sorang je, mana berani nak buat hal" balas Daniel lagi.

"Tapi hati aku ni sakit tau tak? Boleh dia blah macam tu je? At least bagitau kenapa dia pandang aku macamtu. Aku tau lah aku ni handsome, bagitau je lah yang dia suka tengok muka aku. Kan settle. Apa susah susah nak buat muka lepastu blah macamtu?" Balas aku lagi.

"Kau yang budak-budak ke dia yang macam budak-budak sekarang ni?" Jawab Daniel.

"Ish, dah lah. Mana Lisa?" Soal aku untuk menamatkan perbualan tentang gadis tak dikenali tersebut. Aku sememangnya tak suka orang yang tinggal pertanyaan aku tanpa jawapan. Aku pantang. Dan dia dah langgar pantang larang aku.

Menarik, orang macam dia memang menarik untuk dijadikan bahan gurauan.

Game on, sweetie girl.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Aku menyepak dengan sekuatnya batu yang berada di hadapan aku. Bencinya!

Harini, hasil kerja aku yang aku gigih siapkan selama sebulan semuanya diletak atas nama Ariana. Berapa malam aku korbankan masa tidur semata nak siapkan kerja tu, kenapa dia yang dapat nama?

Kejamnya dunia ni!

"Ehem, I think i know this kind of look.... emm the loser face isn't?" Aku mendengar suara Ariana yang memerli aku. Rakannya, Amylea turut serta menggelakkan aku.

Sabar Hazel.

"Loser will always remain as loser" sampuk Amylea. Mereka aku lihat sedang seronok menggelakkan aku.

Mama, can I cry?

Malas mahu melayan kerenah mereka, aku berlalu untuk menenangkan hati.

Dengan perasaan geram aku berjalan tanpa arah tuju. Mata ku hadap ke arah jalan namun jasadku hilang entah kemana. Tanpa sedar, air mataku jatuh. Aku tak kuat, Hazel bukanlah manusia yang kuat. Cuma aku mampu sembunyi semua kisah duka disebalik perwatakan beku aku. Aku manusia biasa, aku akan menangis jika dipijak sebegini rupa. Aku...

Aku tak kuat seperti yang mereka sangka. Aku lemah.

Terasa lenganku ditarik, lamunanku terhenti seketika.

Aku, dekat mana ni?

"Eh, apa ni? Nak pergi mana ni?" Soal aku bingung melihat seorang jejaka yang menarik tanganku mengikutinya. Disebabkan dia membelakangiku, aku tak dapat lihat wajahnya. Tapi, tak pernah aku lihat susuk figura yang tinggi lampai sebegini. Siapa ni? Aku kena culik dalam kampus ke?

"Hello? I''m talking to you. Sir, let me go" Kata aku. Kalini aku betul-betul mahu dilepaskan. Tempat ini bukan tempat aku. Ni bangunan architecture. Aku tak tahu selok belok bangunan ni. Kalau sesat, macam mana?

"Diam lah, ikut aku" balas si jejaka didepan aku. Aku termangu.

This voice reminds me of someone.

"Adrian?" Soalku. Aku yakin, itu dia. Tapi kenapa sampai bawa aku ke merata tempat? Aku makin pelik dengan perangai yang ini.

"Nama kau apa?" Soal Adrian setelah kamu berhenti di koridor blok architecture.

H A Z E LWhere stories live. Discover now