Hari berganti hari, tiada yang berubah melainkan kepenatan. Hazel mengeluh dengan nafas yang berat setelah mendapat maklumat bahawa pihak kolej akan menghantar wakil bagi setiap permainan ke peringkat negeri.
Dan siapa yang tergolong dalam peserta permainan?
Hazel, ya dia.
"Tapi prof, saya ada hal weekend ni. Tak boleh ke kalau saya tak pergi?" Rayu Hazel dengan niat untuk tidak tergolong dalam perlawanan itu. Niatnya yang mahu pulang ke kampung halaman pada hujung minggu ini musnah begitu sahaja apabila mendengar tentang program ini.
"No Hazel, a big no. You tau kan how athletic you are? Lagipun pengarah letak harapan tinggi untuk kolej kita. You nak tengok kita kalah macam tu je?" Bidas prof Azlina.
"Tapi prof.. saya..." Kelu lidahnya untuk membidas lagi. Tapi apabila terkenangkan masakan mama di rumah, hatinya tak rela.
"You pergi okay? Nama dah ada, tinggal sign je" sejurus itu, sedarlah dia bahawa dia tiada pilihan melainkan untuk turut serta dalam pertandingan.
Dengan hati yang berat, borang kebenaran menyertai program diambil dan langkah dihayunkan keluar. Telefon bimbit diraih untuk memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa tiada rezeki untuk dia pulang hujung minggu ini.
Sedang ralit dia mencari nombor telefon mama, kertas ditangannya dirampas secara tiba tiba.
"Eh apeni, orang punya lah" marah Hazel tanpa melihat gerangan yang merampas kertasnya. Sudahlah sedih tidak dapat pulang, kertasnya pula dirampas.
"Wow, borang kebenaran sertai program sukan peringkat negeri? Sounds interesting" sampuk Adrian secara tiba-tiba. Borang putih itu direnung kemudian dihadam.
"So I guess a newborn star of netball is going to shine" sindir Adrian lagi.
Hazel buat tak endah. Malas lah nak layan, orang tengah sedih.
"Aku cakap dengan tiang ke ni?" Soal Adrian pula.
Oh gosh, apa masalah jejaka dihadapannya ini sebenarnya?
"Nak apa?" Setelah sekian lama memendam rasa, akhirnya dia bersuara.
"Good question. Teman aku keluar beli barang, urgent" balas Adrian.
"Taknak, petang ni ade hal" balas Hazel pula.
"Ada aku mintak izin kau ke? Dah jom gerak, lambat betul" balas Adrian dengan nada sinikal.
Macam mana seorang Hazel boleh lupa yang Adrian adalah seorang yang suka memaksa. Yang penting, apa yang keluar dari mulutnya semua arahan.
'Menyampah betul!'
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Setibanya mereka di kedai sukan, tau lah Hazel bahawa Adrian juga akan turut serta dalam pertandingan weekend ini.
Kasut bola dipandang dengan teliti.
'Hmm, bukan main harga sepasang kasut. Ni boleh makan dua bulan kalau tak beli' rungut Hazel apabila melihat harga sepasang kasut boleh mencecah sehingga rm400. Gila.
"Hoi, ambikkan aku yang tu" arah Adrian.
"Yang mana?" Soal Hazel kembali. Yelah, kasut ni ada banyak. Ambikkan yang tu, tu yang mana? Susah bercakap dengan orang yang tak spesifik ni.
"Yang tu lah, yang mana lagi-" kata-kata Adrian terhenti apabila aku lihat kornea matanya memandang sesuatu di belakangku. Ada hantu ke? Oh mama, jangan begitu. Sesungguhnya hantu tu buang tebiat kalau nak kacau orang siang siang ni.
"Lisa.." mata Adrian aku lihat seperti terpukau melihat susuk tubuh dibelakangku. Seolah olah seperti dijampi.
Tapi, siapa Lisa? Lisa Surihani?
"Ad, you cari kasut jugak ke? I nak cari sport attire lah, lately ni I rajin workout" mendengar suara gemersik tuan badan dibelakangku, aku menoleh memandangnya.
Ya tuhan, cantiknya ciptaanMu.
Dengan rambut lurus mengurai yang berwarna keperangan, alis mata yang terletak elok, bibir mungil bak delima, hidung mancung, serta kulitnya yang putih kemerah merahan menyerlahkan lagi kecantikannya. Patutlah mamat depan dia macam kena jampi.
"Oh, I boleh carikan untuk you sport attire yang selesa" dan dan pula Adrian menawarkan diri. Yalah, perempuan cantik. Kalau tak cantik, kirim salam jelah.
"Thankyou Ad, eh ni siapa? Datang sekali dengan you ke?" Soal gadis dihadapanku ini.
"Oh tak, terserempak dekat sini je. Lagipun I tak keluar dengan stranger" bidas Adrian. Mata ku buntangkan dengan tak sengaja.
Terserempak? Stranger? Oh Adrian, you have crossed the limit.
"Eh tak, dia datang seka-" kata-kata ku dipintas apabila Adrian meraih tangan Lisa untuk ke bahagian pakaian wanita.
Kelu. Lidah bagai dipaku. Kaki bagaikan dijampi untuk tidak bergerak. Duniaku berhenti seketika.
Buat pertama kalinya, aku terasa sakit yang dalam. Terasa dihina, terasa dibuang.
Aku, Hazel, dibuang.
Langkah ku atur keluar dengan hati yang kecewa, remuk hati ini seremuk kertas jalanan yang dibuang.
Begitu hinakah martabatku?
YOU ARE READING
H A Z E L
Teen FictionApa itu cinta? Hazel, seorang gadis yang malas mahu mengambil kira tentang hal sekeliling. Baginya, cinta itu bagaikan membuang masa. Hazel, kasar diluar tetapi lembut didalam. Tidak menyangka dengan kehadiran si dia bakal membuatkan hatinya tidak...