7

44 4 0
                                    

Selepas kejadian tempoh hari, Hazel sedaya upaya untuk tidak bertembung dengan Adrian lagi. Entah kenapa, tetapi hatinya bagai dipijak.

Hati yang remuk dibiarkan. Malas mahu melayan perasaan, lagipun perlawanan akan bermula dalam masa 10 minit lagi. Selaku ketua kumpulan, Hazel memastikan segalanya cukup lengkap, dan mental rakan sepasukannya dipersiapkan.

Selepas 4 perlawanan, kumpulan mereka layak ke pusingan akhir. Ya, seronok. Tapi yang tak seronok, semua peserta akan turut serta menjadi penonton. Yang memalukan lagi, Adrian juga akan menjadi penonton perlawanannya.

Tangan yang sejuk dikipas kipaskan.

'Jangan layan perasaan tu, Hazel' sedaya upaya hatinya dipujuk untuk bertenang.

230 petang, permainan bermula. Disebabkan cuaca yang panas terik membuatkan staminanya semakin berkurang. Peluh membasahi dahi dan seluruh anggota badannya. Perut terasa pedih dek kerana dia tidak menyentuh sedikitpun makanan.

Mata sempat dikerling kearah tempat penonton. Dapat dilihat dengan jelas Adrian dan Lisa duduk di bangku penonton menyaksikan perlawanannya. Oh, bukan menyaksikan perlawanannya. Ianya lebih kepada beramah mesra antara mereka ibarat mereka ditenggelami dengan dunia mereka.

Disebabkan matanya terlalu fokus memandang ke arah Adrian, tidak semena mena bola yang laju meluru kearahnya terhempap di bahagian kepalanya. Tidak cukup dengan itu, badannya dirempuh dan siku pihak lawan menusuk terus ke perutnya yang kosong.

Hazel rebah, namun dengan sedaya upaya dia cuba untuk bangkit dan meneruskan perlawanan. Namun pandangannya menjadi kelam dan sakit yang dirasai di bahagian sikunya akibat dirempuh menyukarkannya untuk bangkit.

Pandangannya menjadi kelam, dan-

"Hazel!" Sebelum matanya tertutup.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Mata cuba dibuka dengan perlahan-sedar. Sedar bahawa dia sedang berbaring di atas katil, tau lah dia bahaa dia di hospital. Takkan di katil bilik pula kan?

Tapi yang menghadirkan perasaan sedih dalam hatinya apabila tiada seorang pun yang berada disisinya saat ini.

'Takpelah Hazel, kau kan dah biasa' cuba untuk memujuk hati yang sayu.

"Bangun dah?" Soal satu suara yang sedang berdiri di meja sebelahnya.

"Siku kau retak, perut kau masuk angin. Doktor kata gastrik. Tu, siku tu nanti nak kena simen" tambahnya lagi.

Kepala dikerling ke sebelah kanan.

Apa mamat ni buat dekat sini?

"Takpayah nak kerut kerut sangatlah. Bersyukur sikit aku teman kau. Buang masa aku je" tambah Adrian lagi. Tangannya sibuk membancuh air dan matanya sikitpun tak memandang kearahku.

"Siapa suruh kau teman aku?" Balasku kembali. Sakit hati tak habis lagi.

Lepas dia tarik tangan Lisa haritu, aku kena balik sendiri naik grab. Dahlah mahal, dapat driver grab lelaki pulak tu. Kalau kena rogol tak pasal-pasal dia mengandung sekarang ni. Ni semua jejaka di depan dia punya pasal lah ni.

"Ni makan ni, Lisa belikan. Asal kau tak alas perut dulu before game? Tak pasal-pasal menyusahkan semua orang" tambahnya lagi.

Hazel mengetap bibir. Orang tengah sakit ni, dia nak tambah sakit hati lagi ke?

"You, dia dah bangun? Macam mana? Okay tak?" Soal Lisa yang muncul dengan plastik makanan di tangan.

"Dah, tapi tak reti bersyukur. Menyusahkan orang" balas Adrian sebelum dia duduk di kerusi yang disediakan dan membuka telefon bimbitnya.

"Tak baiklah macamtu, kesian dia. Tengah sakit tu, you ni pun" balas Lisa lagi sambil dia mengambil tempat duduk di kerusi sebelah katilku.

"Biarlah, tu balasan sebab degil" tambah Adrian.

"Ish, tak baik. Hazel, ni I belikan makanan untuk you. Makanlah, doktor suruh you makan. Lagipun tadi you gastrik teruk sangat, tu yang sampai pengsan" balas Lisa dengan prihatin.

Dahlah cantik, baik pulak tu. Tak semena ada satu perasaan yang menjalar di hatinya. Dia terasa seperti tercabar.

"Terima kasih, nanti saya makan. Korang baliklah dulu, susah-susah je datang sini" namun dia tidak mampu untuk bertanding dengan gadis dihadapannya ini. Ini bukan pesaingnya kerana dia yakin dia akan kalah tanpa bertanding.

"Dahlah Lisa, jomlaj gerak. Pandai lah dia uruskan diri sendiri. Dah besar, bukan kecik lagi" bidas Adrian sebelum dia menarik tangan Lisa meninggalkan aku keseorang didalam bilik ini.

Hati ini untuk kesekian kalinya, terasa dicarik-carik.

Entah mengapa, terasa sakit.

Air mata tumpah untuk pertama kalinya.

Hazel kalah.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Lauk masak lemak dengan sup sayur disuap ke mulutku. Huwa, nikmatnya masakan mama.

"Lain kali cuba jaga diri tu elok-elok. Mama tau sangat lah Hazel ni, suka sangat tak makan. Suka sangat kan tak makan sampai sakitkan diri sendiri? Tau tak mama abah risau bila dapat tau Hazel sakit macamni? Ni, tangan ni, dah kena simen. Macam mana nak makan nak mandi nanti? Risau semua orang tau?" Bebel mama disertai dengan suapan yanv tak henti-henti. Bebel sebab sayang, kan?

"Emm sedapnya maaa masakan mama. Untunglah tangan kena simen, dapat suap selalu" balasku. Malas mahu melayan bebelan mama. Tau, salah diri sendiri yang cuai.

Abah yang sedari tadi menonton, bersuara.

"Nasib baik budak tu call abah bagitau Hazel injured tadi. Kalau tak, sampai tangan tu sembuh pun abah taktau" balas abah dengan gelengan kecil.

Hazel berhenti mengunyah. Dia terperasan sesuatu. Dia tak telefon mama abah mengatakan yang dia sakit. Bahkan memberitahu tentang kejadian tadi pun, tidak.

Macam mana....

"Apa nama budak tu, alah abah lupa. Hafiz? Haris?" Soal abah.

"Harraz?" Soalku.

"Haaaa Harraz. Dia kata dia kawan Hazel. Pelik abah bila lelaki telefon. Ingatkan ahlong, rupanya menantu" balas abah dengan gurauan.

Namun aku tak menghiraukan gurauan abah. Kepala memproses kembali memori bersama Harraz.

Tak mungkinlah?

Dia tak takut dengan abah ke?

Berani matinya...

"Pakcik, makcik. Sihat? Saya Harraz, yang telefon pakcik tadi" tiba-tiba suara garau mematikan lamunanku.

Mataku tepat memandang ke arah kornea matanya.

Ya Tuhan, apa lagi ni?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

H A Z E LWhere stories live. Discover now