Bab 3 :- Meteor?

11 0 0
                                    

Haziq berbelah bagi... Mahu bertanya atau tidak, Dia tahu ayahnya tidak suka diganggu sewaktu membaca surat khabar... Tapi rasa ingin tahunya mengatasi segalanya...
"Ayah..."
"Ermm..."
"Malam tadi Haziq ada nampak benda warna merah jatuh dari langit"
"Apa benda tu?" Encik Hassan menunjukkan sedikit minat... Haziq fikir ini masanya dia menarik minat ayahnya...
"Tak tahulah, tapi dalam buku kata tahi bintang... Haziq nampak benda tu jatuh betul-betul kat hujung kampung sana, kat kawasan belukar bawah kaki bukit... Malam tadi Haziq kejut ayah dengan ibu tapi tak bangun pun... Ayah tak sedar ke?"
"Tahi bintanglah tu... Eh, mana ada kamu kejutkan ayah malam tadi... Kalau ada tentu ayah dah bangun," balas Encik Hassan seolah-olah tidak percaya dengan cerita Haziq... Haikal hanya memerhati... Dia tidak mahu berbicara depan ayahnya takut dikatakan merapu pula... Dia membiarkan tugas merapu pagi itu kepada Haziq...
"Eh... ayah ni tak percaya kat Haziq ke? Ibu macam mana?"
"Kamu tu tidur tak basuh kaki agaknya... Ayah kau kalau tikus berdecit pun dia bangun, inikan pulak kalau kamu jerit kat telinga dia... Lagilah dia bangun... Haziq mimpi kot... Tu Abang Haikal tak ada pun bising-bising," kata puan Nurin senada dengan suaminya...
"Semua orang tak percaya Haziq," ujar Haziq...
"Iyelah iyelah ayah percaya... Kerja rumah dah siap? Kalau sudah, lepas ni ikut ayah ke bendang... Kita kena betulkan batas tali air yang rosak... Nanti masuk pulak air ke sawah Mak Cik Nab tu... Ayah tak nak gaduh dengan jiran-jiran... Kamu tahu sajalah Mak Cik Nab kamu tu, pantang harta benda dia diusik, melenting dia nanti, Lagipun air kalau banyak sangat, mati anak padi... Mati anak padi susahlah kita nanti..."
Haziq sedikit kecewa dan berlalu pergi kerana tiada siapa yang percaya dengan ceritanya... Tidak pula dia mahu berkongsi cerita itu dengan abangnya yang juga berfikiran pesimis seperti ayahnya...
"Betul ke Haziq nampak cahaya tu?"
Haziq terhenti... Haikal menunjukkan minat terhadap cerita adiknya itu... Sama ada pura-pura ingin tahu atau cuma mahu mengambil hati adiknya tidak pula haziq tahu...
Betul bang... Haziq kejutkan abang malam tadi abang pun tak bangun..." Haziq membuka cerita... "Warna apa?" Haikal seolah-olah mahu tahu lebih mendalam pengalaman adiknya itu...

Atau dia mungkin tahu sesuatu?

"Mula-mula warna tu putih, kemudian yang kedua yang lebih besar warnanya merah... Merah menyala macam biji..." Bersungguh-sungguh Haziq menerangkan dengan harapan abangnya akan berkongsi cerita dengannya... Paling tidak pun bersetuju dengannya yang fenomena yang disaksikan malam tadi memang benar-benar wujud...

"Mana ada meteor merah... Biasanya, warna meteor kuning bercampur putih macam Haziq nampak mula-mula tu... Kuning itu terasnya ataupun batunya... Putih tu ekornya yang terdiri daripada gas atau cecair... Kalau merah menyala... Rasanya tak pernah lagi jumpa... Haziq mengigau kot?"
Abang pun tak percaya? Tak apalah... Tak Haziq tahu apa yang Haziq nampak... Memang merah macam biji saya," Kata Haziq berlaku pergi?
Haikal hanya memerhati adiknya yang kecewa kerana ceritanya tidak dipercayai...
"Haziq-Haziq" Haikal tersenyum... Haziq merajuk lagi...

✨✨✨✨✨✨

Setiap pemilik sawah perlu membuat batas-batas atas keperluan tertentu... Batas berfungsi sebagai jalan kecil dan juga menjadi garis sempadan dengan pemilik sawah yang lain... Selain sebagai penghalang air dari mengalir semula ke sungai, air perlu banyak dalam petak sawah kerana padi memerlukan banyak air... Jika batasnya pecah, air boleh mengalir ke sawah orang lain... Ini boleh menyebabkan padi mati kerana terlebih air terutamanya anak padi... Air yang lebih boleh dipam keluar tetapi batas yang rosak perlu dibetulkan sendiri...
"Ha, tengok tu... Kan betul ayah cakap... Ada benda lalu kat sini, tu yang rosak batas ni," Unar Encik Hassan merujuk kepada lubang besar terbentuk betul-betul di kawasan tengah batas...
Encik Hassan sedikit marah... Mungkin lembu-lembu Pak Medan melintasi sawahnya... Pak Medan memang gemar melepaskan lembu-lembunya waktu malam demgan alasan lembu-lembunya dapat makan rumput segar dekat belukar... Untuk ke belukar itu memang terpaksa pula menempuh kawasan bendang...
Encik Hassan tidak mahu bercerita panjang... Batas perlu dibaiki segera sebelum banyak air mengalir ke sawah Mak Cik Nab... Jika itu berlaku, Mak Cik Nab akan memarahi Encik Hassan walaupun Encik Hassan banyak membantu Mak Cik Nab mengerjakan bendangnya... Mak Cik Nab kalau marah, dia akan lupa dunia... Semua orang akan dimarahinya...
"Hah, apa lagi, jangan tercegat saja... Mari gali tanah ni, timbus lubang tu cepat," arah Encik Hassan...
Haikal dan Haziq segera menjalankan tanggungjawab mereka terhadap keluarga... Haikal macam biasa melakukannya bersungguh-sungguh... Haziq baru dua tiga kali cangkul sudah mahu mengalah... Penat...
Sedang mereka sibuk membetulkan batas itu, mereka didekati seseorang... Bagaimana dia berada di situ tidak siapa yang perasan...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Haikal / HaziqWhere stories live. Discover now