15 : Hai

687 68 0
                                    

Pagi tu awal awal lagi aku dah tercongok di depan bangunan syarikat .

Helmet di kepala aku tanggalkan . Rambut aku betulkan sedikit biar nampak macho .

Apabila siap mengunci moto bike aku masuk ke dalam bangunan tersebut . Ramai yang tunduk dan mengucapkan selamat pagi kepada aku .

Ya , Jawatan aku tinggi di syarikat ni .

Aku naik ke lif . baru pintu nak tertutup  ada seorang menahannya dan masuk ke dalam lif .

Nafaanya tercungap cungap mungkin sebab berlari .

Aku melihatnya . Mata aku membulat .

"Yunha" panggilku . dia menoleh .

"Jungkook !" Jeritnya mungkin sebab happy jumpa aku . *bangga*

"Haii ! Jungkook lama tak jumpa awak . awak sihat ? awak buat apa kat sini ?  " tanya dia .

Aku tersenyum kecil . comel betullah dia ni .

"Aku sihat je macam kau tengok ni hmm . aku kat sini sebab aku kerja lah . kau ? " ulasku .

Sebelum menjawab Yunha tersengih malu .

"Saya kat sini jumpa babyboo saya lah ." katanya . itu membuatkan aku sakit hati . aku tahu dia nak jumpa Yejung .

Aku hanya mengangguk dan diam .

Dalam 5 minit akhirnya aku sampai ke tingkat 16 .  Aku keluar dari lif tanpa menghiraukan Yunha .

Yunha masih kelihatan pelik dengan perangai aku . tadi elok ni tak pulak .

"Kookie ! Tunggulah !" Panggilannya membuatkan langkah aku terhenti .

"Kau kan nak jumpa 'babyboo' kau . Asal kau ikut aku ?" Tanya ku dengan muka tegang . marah ni marah !

"ermm kan pejabat Yejung dekat tingkat ni jugak . and tak salahkan kalau saya nak jalan dengan awak . kitakan lama tak jumpa ." balasnya sambil memainkan jari cantiknya .

Dia ni selalu buatkan aku tak jadi nak marah .

"hmm jom lah . aku dah lambat ni ." kataku lalu terus jalan .

Yunha segera berlari mengikut langkah ku .

---------------------------------------

I love you but as a friend

- Park Yunha

[C] PSYCHO | JJKWhere stories live. Discover now