EZLIYA memandang sekitar dom tersebut. Tidak kelihatan seperti yang dikatakan oleh pelajar-pelajar di situ kepadanya.
Setelah siap mengemas barang-barangnya di dalam almari, dia terus berbaring di atas katil yang sudah lama kosong sebelum ini. Dalam hati, Ezliya merenung-renungkan kembali kata-kata pelajar di situ yang mengatakan bahawa dom yang dihuninya kini adalah 'dom puaka'. Ada juga mengatakan sesiapa yang memasuki dom tersebut akan diganggu oleh makhluk yang tidak dikenal pasti.
Ezliya hanya membiarkan hal itu berlalu pergi tanpa memikirkannya. Memandangkan hari itu hari ahad, masih kurang lagi pelajar yang datang di dom itu. Sambil mendengar lagu dari handphonenya, akhirnya dia terlena dalam keadaan mulut yang ternganga.
"Liya, Liya... bangunlah dah maghrib ni." Kedengaran suara ibunya memasuki corong telinga.
"Kejap bu.. Liya ngantuk sangat ni." Ezliya menjawab dalam keadaan mamai.
"Emm, sorry awak pelajar baru ke?"Ezliya membuka matanya besar-besar. Lantas dia bangun saat melihat seorang perempuan berdiri tegak di sisi katil.
"Ooh, ya saya pelajar baru. Ni katil awak ke?" Tanya Ezliya.
"Tak katil saya kat atas. Sorry ganggu awak tidur. Tapi, sekarang dah nak maghrib dah ni."
"Tak pe. Dah lama kut saya tidur. Thank you ." Ezliya memisat-misat matanya sambil bangun dari katil.
"Err, nama saya Syamira, awak?" Tanya Syamira setelah memperkenalkan diri.
"Saya Farah Ezliya." Ezliya tersenyum mesra, begitu juga dengan Syamira.
"Saya naik dulu ye... " Syamira segera naik di katil atas."HAI, Ezliya! Seronok dapat jumpa dengan awak lagi." Fira, rakan sekelasnya tersenyum lebar menayang gigi.
"Ish, kau ni tak pandai diamlah. Pot pet, pot pet!" Marah Wati kepada Fira.
Ezliya hanya tersenyum.
"Awak tunggu sape?" Tanya Wati.
"Jom ikut kami pergi dewan makan." Ajak Fira tanpa sempat Ezliya menjawab pertanyaan Wati."Kawan awak masih mandi kut. Lagipun dia ada kawan sendiri nak pergi dewan." Tambah Firah lagi.
"Okey, saya ikut koranglah." Putus Ezliya.
"Janganlah segan dengan saya. Saya baik, paling comel, paling cantik dan yang baik hati sekali. Yang palin penting, saya ni paling glamour kat sekolah."
"Perasanlah kau ni. Macamlah cantik sangat." Perli Wati semasa mereka menaiki dewan makan☆ ~ ~ ~ ~ ~ ☆
"EZLI, awak tak kena kacau ke kat dom puaka tu?" Tanya Fira semasa sedang menghadap Quran selepas sembahyang maghrib suatu malam.
"Ish, kau ni Fira tak pandai tutup mulut ke? Dia datang sini baru seminggu."
Seperti biasa Wati yang akan menjawab semua persoalan yang diajukan Fira.
"Yelah, manalah tahu masa dia mandi, ada yang kaaacau!"
"Mulut kau ni celopar betul lah." Wati memukul paha Fira."Hei! Dah kenapa tu main pukul-pukul? Ustaz pukul kau berdua baru tahu!" Marah Ustaz Zafran yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang di sisi mereka bertiga. Lantas mereka berpura-pura membaca Quran.
"Hah, Ezliya tak baca tu?" Ustaz Zafran bertanya sambil duduk di sebelah Ezliya. Ezliya hanya tersenyum malu.
"Ustaz ni kalau nak ngurat pun agak-agaklah. Surau ni!" Dengan lantang Fira melarang Ustaz Zafran.
Wati sekali lagi menyiku-nyiku lengan Fira."He eleh, kau ni kan. Mari sini ustaz nak dengar kau baca." Mata Fira terbeliak.
"Alah, ustaz saya tak habis lagi." Dalih Fira.
"Hah, tulah banyak cakap lagi."
"Okey, okey. Ustaz dengar Ezliya baca dulu. Suara dia merdu tau.""MIRA kenapa kau tak pergi masjid tadi?" Tanya Ezliya semasa mereka berada di dalam dom.
"Saya masih period lagi. Tak bolehlah pergi sana." Jawab Syamira. Sudah lebih seminggu mereka berkawan tapi masih alasan yang sama diberikan oleh Syamira bila ditanya begitu.
"Awak tidurlah. Nanti lewat bangun pula."
"Okey." Ezliya hanya menurut.
YOU ARE READING
KOLEKSI CERITA SERAM
Short StoryKoleksi Cerita Seram👻 🐾setiap part yang author publishkan di sini adalah cerita yang berbeza. 🐾semua part cerita ber'genre'kan horror. 🐾lambat update sebab siapkan cerita lain The part of story published: 1. Dom puaka - 14 mei 2020 2. Jasadku...