Petang itu aku bersiar-siar di taman. Ketika aku lalu ditu tempat duduk seorang budak perempuan, aku terdengar dia bercakap sendiri. Aku berhenti dan menoleh. Setiap tutupnya seperti berbual dengan seseorang. Sambil mendengar apa yang dia katakan, aku meneruskan langkah dengan perlahan. Sampai langkahku yang ke tiga, aku terdengar dia menyebut namaku berkali-kali.
Aku berhenti dan berjalan menuju ke arahnya. Dari tepi aku melihat wajahnya yang putih, halus tanpa ada sedikit pun yang calar.
"Maira..... Maira..." Katanya sambil memain-mainkan dua jarinya di atas rumput.
"Maira, jomlah main sama-sama." Katanya lagi.Aku cuba menghampiri nya dan berdiri betul-betul di sebelahnya. Dia mendongak ke arah ku dan hanya tersenyum. Saat itu aku ternampak bekas tamparan di pipi kiri nya.
Pada mulanya dia masih bermain dengan jemarinya. Namun saat lama aku perhatikan, dia mula rasa tidak selesa.
"Ada nampak Maira tak?" Budak perempuan itu bertanya sebaik saja aku ingin berlalu.
"Maira?" Aku mengulangi nama yang disebutnya.
"Ya, Maira adik saya."
"Adik awak? Saya tak nampak." Jawabku. Cari adik rupanya, ingatkan cari aku.Dia memandang ku dengan gelisah.
"Adik awak pergi mana sebenarnya?" Tanya ku melihat kegelisahan nya.
"Adik dah tak ada. " Jawabnya hampa.Aku terkesima mendengar jawapannya. Aku ingin berlalu namun tangannya laju saja menggenggam pergelangan tangan ku.
"Akak boleh tolong carikan adik saya?" Pintanya dengan wajah meminta simpati. Aku mengalihkan pandangan dari wajahnya.
"Adik awak kan dah...." Belum habis kata-kata ku, budak perempuan itu terus berlari meninggalkan aku. Aku terdiam namun terus meneruskan perjalanan.☆ ~ ~ ~ ~ ~ ☆
Semasa berjalan pulang ke rumah, aku berfikir-fikir. Seminggu selepas berpindah di perumahan ini, belum pernah aku melihat budak itu. Mungkin juga budak jalanan, fikirku dalam hati.
Malam itu aku tidak dapat tidur dengan nyenyak. Setiap kali aku melelapkan mata, setiap kali itu lah aku melihat wajah budak perempuan yang aku jumpa petang tadi.
Keesokan harinya, aku bertanya pada ibuku berkenaan budak yang aku temui di taman dan hadir di dalam mimpiku. Aku meminta penjelasan ibu, mengapa budak itu muncul dalam mimpiku. Namun ibu mengatakan bahawa ianya adalah mainan tidur.
Pada mulanya, aku menganggap pendapat ibu adalah benar dan membiarkannya. Tetapi, setelah tiga malam berturut-turut aku masih mimpikannya, aku mula gundah. Aku berusaha mencari budak itu di kawasan perumahan dan taman. Malangnya aku tidak melihatnya sama sekali. Setelah itu, aku terus bertanya pada jiran-jiran baru ku.
"Mak cik pernah dengar tak nama Maira di kawasan perumahan ni?" Tanya ku semasa bertemu dengan jiran sebelah rumah kami.
"Maira? Agaknya, memang pernah ada. Tapi..." Mak cik itu memandang ku lama.
"Kenapa mak cik?" Aku hairan.
"Kamu kenal ke dengan Maira tu?" Tanya mak cik itu.
"Tak." Jawab ku ringkas.
"Habis tu, dari mana kamu tahu pasal Maira?"Aku diam. Betul juga. Aku tidak pernah pun berjumpa dengan orang yang senama dengan aku itu. Tapi kenapa aku nak cari dia?
"Tak, mak cik. Hari tu saya ada jumpa budak ni. Dia kata tengah cari adik dia. Maira nama adik dia tu. Saya cari ni pun sebab saya dah janji nak tolong dia." Jelasku.
Mak cik tadi hanya mengangguk-angguk."Kalau macam tu kamu balik dulu lah. Dah maghrib ni, tak elok keluar rumah." Kata mak cik itu menyuruh ku pulang.
Aku akur dan berlalu pulang ke rumah. Di rumah, aku terus membersihkan diri dan berehat. Memandangkan waktu ini adalah waktu cuti sekolah, aku masih mempunyai masa untuk mencari budak misteri itu.
YOU ARE READING
KOLEKSI CERITA SERAM
Short StoryKoleksi Cerita Seram👻 🐾setiap part yang author publishkan di sini adalah cerita yang berbeza. 🐾semua part cerita ber'genre'kan horror. 🐾lambat update sebab siapkan cerita lain The part of story published: 1. Dom puaka - 14 mei 2020 2. Jasadku...