Pulang

59 22 11
                                    

"Abang!! Jangan, jangan buat Ima macam ni!! Tolonglah abang Diin!!" Anak dara berumuran 18 tahun itu meronta-ronta minta dilepaskan. Genggaman tangan abang iparnya itu amat melemaskannya.
"Diamlah!!" Satu tamparan menghinggap di pipi gadis itu.

Badannya kini agak lemah melawan kudrat lelaki itu. Dia mencuba sedaya upaya menolak badan sasa yang berada di atas badannya. Lelaki itu terduduk jauh dari kakinya. Dia cepat-cepat berdiri namun langkahnya amat pendek untuk dikejar dan ditangkap.

"Nak ke mana tu sayang?!" Suara garau memasuki corong telinga saat rambutnya ditarik ke belakang.
Tanpa tenaga lagi dia hanya berserah dengan perlakuan jahanam dari abang iparnya sendiri. Dia tidak sanggup lagi dipukul habis-habisan. Beberapa minit berlalu dengan cepat daranya diragut oleh orang itu.

"Mak... Along!!!"
"Tolong Ima...." Suara serak itu kedengaran lemah akibat penangan dari abang iparnya.

"Kau dengar sini! Kalau kau bagitahu sesiapa, aku tak teragak-agak nak... buat balik dan bunuh kau!! Hahahahaha!!" Amaran yang berakhir dengan tawa jahat itu cukup menghancurkan hatinya. Tangan yang memegang kasar rahangnya ditolak.

"Kau dah buat semua ni. Jadi aku tak takut nak bagitahu mak dengan Along walaupun kau dah bagi amaran!"

☆-☆-☆-☆-☆-☆-☆

"Lebatnya hujan... Macam mana Ima nak balik." Siti berkata sendirian sambil merenung hujan yang turun dengan lebat ketika itu.

"Memang takde signal lah mak. Bibah langsung tak dapat call abang." Habibah, anak pertama Siti sedang sibuk dengan telefon bimbitnya ketika itu. Risau dia dengan suaminya yang sedari pagi pergi belum pulang-pulang.

"Macam mana ni, Bibah ada dapat mesej Ima tak?" Tanya Siti kepada anaknya itu. Ketidakselesaannya ketika itu seperti menyampaikan sesuatu mengenai anak bongsunya.
"Takde mak. Tak boleh, signal hilang sebab hujan lebat ni kut." Jawab Habibah. Telefon diletakkan di atas meja lalu melihat keluar dan menarik langsir menutupi tingkap tersebut.
Siti mengeluh perlahan.

Tidak lama selepas itu, Shahidin, menantu Siti sampai ke rumah dalam keadaan basah kuyup.
"Ya Allah abang. Kenapa basah kuyup ni? Nanti abang demam macam mana?" Kata Habibah kerisauan.
"Din, Ima mana? Dia ada ikut balik tak?" Tanya Siti pantas semasa keluar dari bilik setelah mendengar bebelan Habibah.
"Ima tak balik mak." Jawab Shahidin. Habibah yang tadi hilang ke bilik mengambil tuala untuk suami tersayangnya kembali. Tuala dicapai Shahidin dan dia menukar pakaiannya yang basah oleh air hujan itu.

"Kamu ada jumpa Ima?" Tanya Siti lagi yang masih kebimbangan.
"Tak sempat mak. Pagi tadi, ingat nak ambik Ima terus. Tapi dia call kata tak payah sebab dia memang tak balik. Lepas tu Din directlah pergi ofis. Turun pula hujan lebat sampai tak de signal. Sebab tu tak dapat call Bibah bagitahu tadi." Jelas Shahidin sebelum berjalan ke depan pintu bilik.

"Eermm... tak pe lah." Siti mengeluh sambil melangkah ke dapur. Semasa solat maghrib tadi, dia tidak putus-putus mendoakan Fathimah, anak bongsunya supaya selamat sampai ke rumah. Tapi setelah mendengar cerita menantunya, rasa kecil hati pula.

"Jom makan bang." Ajak Habibah menarik suaminya berdiri dari sofa.
"Abang nak pergi tandaslah. Tiba-tiba sakit perut." Kata Shahidin sambil memegang perutnya dia berjalan menuju ke tandas.

Siti yang baru keluar dari biliknya menuju ke dapur. Makanan di atas meja dipandang tanpa selera.
"Makanlah mak. Tak payah fikirkan sangat Ima tu. Dia dah besar. Pandai-pandailah dia jaga diri." Pujuk Habibah, dia pula yang risau melihat wajah cemberut ibunya sedari tadi.

Kalaulah Bibah faham hati naluri seorang mak.
Siti mengeluh dalam hati.

Ketika itu loceng pintu kedengaran berbunyi beberapa kali.
"Apa yang lama sangat kat dalam tandas tu? Orang pula yang kena buka pintu." Rungut Habibah dalam hati sebelum berdiri melangkah ke pintu utama.
"Kejap!! Apelah yang abang Din order. Malam-malam macam ni hantar barang." Pintu dibuka luas. Fathimah.
"Ima? Bukan Ima tak nak balik ke?" Tanya Habibah sambil membuka jeriji besi.
Fathimah melangkah masuk bersama bagasinya.
"Siapa yang datang Bibah?" Tanya Siti dari dapur.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KOLEKSI CERITA SERAMWhere stories live. Discover now